🕶️ Ejen 1.0 🕶️

742 68 0
                                    

Aku Faira. Seorang gadis yang telah ditugaskan oleh AWA (Agent Worldwide Association) untuk merisik sebuah sekolah yang dianggap mistik kerana ia terletak di dalam sebuah hutan.

Alhamdulillah, dengan kelebihan yang ada, aku menggunakannya untuk melepasi ujian-ujian yang perlu dilalui demi melepasi pagar sekolah ini. Tanpa diduga, aku diterima dengan senang hati.

Namun... Aku rasa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk aku bercerita.

Sebab sekarang ini, aku sedang berdiri di hadapan pintu bilik pengetua Akademi Dary untuk menjalani sesi temu duga bersama beliau.

Gulp! Apakah aku akan lepas?

°°°°°

"Saya dapat tahu..." Tuan Ramli membuka bicara seraya merenung dalam anak mataku. "Yang awak ini ditugaskan untuk mengintip di sini?" Sambungnya dalam nada serius.

What?!!

"Apa yang tuan merepek ni? Saya datang sini untuk belajar dan mengasah kelebihan saya." Balasku sambil menggaru pipi yang tidak gatal. Mataku tidak dialihkan ke tempat yang lain agar dia tidak dapat membaca gerak mukaku.

Tawa kecil terbit dari bibir Tuan Ramli. Pandangannya tidak ubah seperti seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya.

"Awak ada dua deria keenam, bermakna awak ada tujuh deria. Melihat masa lampau serta mengesan ketakutan. Jadi, awak boleh memasuki Abies Academy di negara jiran kita yang mana menempatkan pelajar-pelajar yang memiliki kelebihan yang nyata dan lebih daripada satu. Selepas itu, awak masuk pada pertengahan tahun dengan orang tengah yang amat mencurigakan." Ujar Tuan Ramli lagi.

"Saya rasa... hanya sesetengah pihak sahaja yang mengetahui kewujudan sekolah ini." Kata-kata akhirnya itu menusuk jiwa kecil ini.

Aku ketawa janggal sebelum membalas. "Yalah, saya pernah dengar mitos mengenai sekolah ini. Ada kalanya, ibu bapa saya suka membangkitkan mengenai kelebihan saya. Tiba-tiba sahaja, saya dihantar di sini untuk belajar."

Ya Allah, ampunilah aku kerana menipu!

Senyuman kecil tidak lagi dapat Tuan Ramli ukirkan. Beliau mengeluh perlahan sebelum mengurut kepalanya.

"Awak, diterima. Tetapi, jika saya nampak keganjilan pada perbuatan awak di sekolah ini, saya akan buang awak serta-merta. Tanpa awak sedari, banyak mata-mata di sini." Amaran keras Tuan Ramli berikan. Bukan dia mahu bersangka buruk namun, telah banyak kisah pengkhianat di akademi ini.

Aku hanya mampu tersenyum kelat. Anggukan aku berikan tanda patuh.

"Baik tuan."

•••••

Di dalam bilik pengetua, terdapatnya lima orang pelajar perempuan sedang sedaya upaya memahami situasi yang sedang diceritakan oleh pengetua sekolah itu.

"Alah, kena buat lagi!!" Keluh Yazmin sambil ternganga besar.

Niysa yang sedang cuba untuk memasukkan alat komunikasi ke dalam telinganya, menjeling Yazmin. "Relaxlah sis. Jaga sikit adab tu. By the way, saya suka kerja kita!"

"Siapa budak perempuan tu? Tingkatan berapa? Kelas mana? Dorm mana?" Soal Aisyah bertalu-talu sambil menekan pen yang berada di tangannya berkali-kali. Sesungguhnya, dia telah bersedia untuk menulis segalanya.

"Faira Rarifah Binti Anuar, kelas tingkatan 4 Kemboja, Dorm Nanas." Sahut Hanie yang sedang memegang nota mengenai pelajar perempuan tersebut. Nota tersebut diambilnya dari atas meja Tuan Ramli.

Aisyah mengangguk faham dan menulis laju. Terujanya dia!

"Jadi, kita nak siasat perkara ini berapa lama?" Aineen pula menyoal.

"Selama mana kalian dapat lihat segala perbuatan dia tanpa dia curiga akan apa-apa. Nak lagi bagus, cuba jadi kawan dan korek rahsia. Kalau sudah 3 bulan sekurang-kurangnya, dia tidak melakukan apa-apa, kita lepaskan dia. Namun, mata-mata kalian haruslah dipergunakan sepenuhnya." Balas Tuan Ramli dengan panjang lebar. Wajahnya di-serius-kan.

Uih, ganas.

"Baik, tuan!" Balas Yazmin dengan tangan yang terketar-ketar membuat tabik hormat. Sahabat-sahabatnya yang melihat perlakuannya itu hanya tercengang seraya menahan tawa.

"Kalau nak jadi kawan, bahaya sikit sebab kita sentiasa berjalan berlima. Lagi satu, kita berlima pakai kain sekolah colour lain. Takut-takut dia curiga." Niysa memberitahu spekulasinya yang tepat. Benar, benar, benar.

Aineen mengangguk setuju. "Bijak betul awak ni. Jikalau begitu...."

"Hei lupakah? Kita kan ada rakan-rakan yang lain?" Aisyah tersengih memberi cadangan.

Bersambung...
🕶️ Ejen 1.0 🕶️

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now