🌩️ Ejen 3.0 🌩️

678 66 3
                                    

Sudah hampir tiga minggu aku duduk di sini tetapi... Tiada apa pun yang aku dapat?!

Aku belajar seperti biasa, beriadah seperti biasa, makan seperti biasa dan berkawan seperti biasa.

Tiada apa yang luar biasa di sini!

Sudahlah tiada khabar yang disoalkan oleh HQ. Nampak sangat mereka tidak kisah akan keberadaan ejen mereka.

Tidak apalah, aku kan hebat! Boleh punya, aku boleh!

Pap, pap, pap.

Larian laju aku dengari sewaktu aku sedang bersendiri di kantin. Kelihatan lima orang gadis berkain biru cair sedang berlari laju menuju ke sebuah van bersama dengan Tuan Ramli, pengetua Akademi Dary.

"Wah, mereka akan beraksilah itu." Suara-suara kecil mula muncul. Aku cuba untuk mencuri dengar perbualan gadis-gadis di meja sebelahku.

"Yalah, dengar cerita, hari ini ada satu sekolah biasa kena serang di Shah Alam. Mereka akan datang membantu." Ujar sahabatnya pula. Sekolah apakah itu? Ada diceritakan di dalam sebuah buku lain, buat pengetahuan semua.

Wah, ini peluang! Aku sudah agak bahawa merekalah hero sekolah itu. Pasti mereka sering mengintipku kerana aku selalu ternampak kehadiran mereka apabila aku berada di mana-mana.

Kadang-kadang berlima, kadang-kadang berdua dan kadang-kadang seorang pun ada.

Dengan ketiadaan pengetua, aku boleh merayau dan mencungkil rahsia sekolah ini. Tempat yang sudah lama aku ingin pergi ialah perpustakaan akademi ini.

Perpustakaan tempat misteri. Tempat yang mengandungi pelbagai rahsia duniawi. Di markas aku, itulah tempat yang ejen pergi. Kerana apa? Kerana banyak simpanan yang minda sendiri tidak dapat tanggapi.

Baiklah, baik aku gerak sebelum Maya datang cari aku. Gadis itu, penyibuk juga ya? Apa yang aku tanya mengenai sekolah, pasti dijawabnya benda lain. Memang tiada guna langsung.

Pintu besar itu aku tolak sebelum melangkah ke dalam dengan perlahan-lahan. Sebenarnya, ada satu rak yang menarik perhatian aku.

Setibanya di tingkat atas perpustakaan, aku terlihat satu butang di suatu sudut rak itu. Dengan penuh perasaan ingin tahu, aku berlari pantas dan terus menekan punat tersebut.

Oh yeah! Rak itu bergerak!

Aku meneliti sekeliling kalau-kalau ada mata yang melihat. Mujur tempat ini tersembunyi. Nafas lega aku helakan sebelum melangkah masuk dengan penuh bersemangat.

♢♢♢♢♢

Langkah kaki aku lajukan. Aku tak boleh buang masa! Macam-macam aku kena tulis dan inform kepada ketua agensi-ku.

Aku menyeluk poket dan mengeluarkan sebuah tab kecil. Tangan aku bersedia untuk menaip setiap maklumat yang aku dapat.

Terowong yang sempit itu aku susuri dengan penuh berhati-hati. Benar, ini hanya satu akademi. Pasti tiada perangkap atau apa-apa senjata yang membahayakan. Namun, kita mestilah sediakan payung sebelum hujan.

Aku menekan jam tangan di pergelanganku dan satu pisau halus yang panjang terbentuk. Aku kan ejen, pasti ada segala benda yang aku perlukan untuk berlawan. Pisau itu aku halakan ke hadapan sekiranya terdapat halangan.

Satu cahaya yang aneh muncul di layar mataku. Tanpa aku sedari, aku mula berlari laju ke arah cahaya tersebut.

Setibanya di sana, sebuah buku yang seakan-akan terapung terpapar di hadapanku.

Adakah ini nyata atau hanya satu ilusi? Benarkah perkara ini, Ya Allah?

Aku menggunakan tab untuk mengambil beberapa gambar. Menarik, menarik, menarik! Jikalau aku dapat memberi maklumat sebesar ini, aku pasti akan dinaikkan pangkat!

Baiklah, kini tiba masa untuk aku tahu apa yang ada di dalamnya. Aku menguatkan diri untuk mendekati buku tersebut. Secara tiba-tiba satu tangan menarikku tatkala kakiku hampir menjejak satu garisan putih di atas lantai.

"Awak nak buat apa tu?!"

Bersambung...
🌩️ Ejen 3.0 🌩️

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now