Pada suatu hari, hadirnya cahaya mentari yang menghiasi indahnya pagi. Kicauan burung yang mencipta lagu indah, menari di sebuah pohon yang rendang.
Terdapat seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan sedang duduk di bawah pohon tersebut. Senyuman manis diberikan kepada satu sama lain.
Tidak lama kemudian, daun-daun yang bewarna hijau mula berguguran dan babak ini menambahkan lagi suasana romantis antara mereka.
Selepas itu...
"Sudah Yazmin! Saya tak nak dengar lagi cerita pelik-pelik macam ni!" Jerit Hanie seraya menutup telinganya menggunakan bantal.
Yazmin yang berada di atas katilnya memeluk tubuh lalu mencebik. "Tadi kata nak cerita-cerita sebelum tidur memandangkan esok cuti. Tiba-tiba tak mahu pula." Bebelnya.
"Maksud kami, cerita hantu. Bukannya cerita romantik macam tu! Eee geli!" Ucap Niysa seraya menggelengkan kepala beberapa kali.
Aisyah memandang Yazmin lalu ketawa kecil. "Alahai, kalau baca novel cinta mahu pula ya?"
"Sudah. Sekarang biar saya cerita pula." Aineen mengambil bahagian.
Alkisahnya pada zaman dahulu, terdapat seorang gadis yang bijaksana serta anggun di sebuah kampung. Dia sangat dihormati oleh masyarakat sekeliling.
Namun, akibat sifat dan kelebihannya yang terlalu menonjol telah mengakibatkan dirinya dicemburui oleh gadis-gadis kampung. Hal ini demikian kerana, rupa parasnya yang cantik dapat mencairkan hati pemuda-pemuda yang melihatnya.
Sehinggalah pada suatu hari, dia telah diracun dengan kejam oleh seorang penduduk di situ. Dia didapati meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai papan rumahnya sambil memegang serpihan pinggan yang telah pecah.
Ketulan-ketulan karipap yang bertebaran di atas lantai menjadi bahan siasatan. Apabila disiasat, rupa-rupanya terdapat racun yang banyak di dalam ketulan-ketulan karipap tersebut yang mana membuatkan gadis itu meninggal dunia serta-merta.
Walaupun telah seminggu berlalu, kes itu tidak dapat diselesaikan. Tetapi kebenaran terbongkar apabila penduduk kampung kerap terlihat wanita berambut panjang dan berbaju kebaya biru berkeliaran di hadapan rumah anak pak imam di kampung itu.
Anak gadis pak imam itu juga sering mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan setelah berita tentang kematian gadis itu tersebar. Akibat tidak boleh tidur malam, dia menyerah diri dan dibawa ke balai polis.
Walaupun anak gadis pak imam itu telah dihukum gantung, namun hantu gadis itu masih lagi kelihatan berlegar-legar di kawasan kampung tersebut.
"Aineen, takutlah!!" Jerit Niysa seraya memeluk Hanie.
Yazmin dan Aisyah yang pada mulanya memegang lengan satu sama lain melepaskan pegangan mereka dan berpura-pura cool.
"Kalau kalian nak tahu, kampung tersebut dekat je dengan akademi kita ni." Aineen menyambung lagi dengan nada yang seram.
"Sudah-sudah! Dah malam. Jom tidur!" Ajak Yazmin yang berasa seram sejuk apabila jarum jam berada tepat di nombor 11.
Aisyah mencebik. "Alah, awalnya tidur." Rungutnya.
"Kalian..." Ucap Niysa dengan takut-takut. Tangannya kelihatan menggigil-gigil sambil menuding ke satu arah.
Kini, mereka berlima berada di atas katil yang sama.
"Apa dia Niysa? Awak jangan main-main." Ucap Aineen seraya merangkul tangan Yazmin. Yazmin juga sudah cuak wajahnya.
Tidak lama kemudian, tawa yang kuat dilepaskan Niysa. "Ha, tahu takut! Itulah!" Katanya diselangi dengan gelak tawa.
"Ee, jahat!" Tutur Hanie lalu memukul tangan Niysa dengan lembut. Bertambah kuat tawa Niysa.
"Dah lah. Jom tidur. Biar dia gelak sorang-sorang." Aineen berkata dengan marah. Kemudian, mereka bertiga terus membaringkan diri di atas katil masing-masing serta memejamkan mata. Niysa yang ketawa ditinggalkan berseorangan.
Niysa berhenti ketawa lalu melihat sekeliling. "Lah, dah tidur?"
Dia kemudian membaringkan diri lalu menarik selimut bagi menutupi tubuhnya. Ketika dia memejamkan mata, terdengar satu bisikan di telinga.
"Niysa..."
The End
🗨️Ceritera💬
YOU ARE READING
Akademi Dary : One Shot (SS)
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi d...