✨ Perjalanan Terakhir ✨

617 65 0
                                    

Maya berlegar-legar di sekitar akademi bersama Yazmin dan Aisyah bagi mencari dua orang pelajar lelaki yang terlibat. Setibanya mereka di makmal komputer, kelihatan Fazli sedang sibuk mencari maklumat untuk kerja kursusnya.

"Fazli, oh... Fazli. Assalamualaikum." Panggil Maya.

"Waalaikumussalam. Ada apa?" Soal Fazli sambil berpusing memandang Maya menggunakan kerusinya yang beroda itu.

Setelah melihat Fazli yang bersedia untuk mendengar, Maya menyampaikan hasrat Umi untuk mengajak mereka ke Pesta Mingguan Sains di Maktab Pengajian Tinggi Dary. Terangguk-angguk Fazli bagi menunjukkan bahawa dia mahu dan teruja untuk ke sana.

"Maaf ganggu awak tengah buat kerja." Pohon Maya, kekok.

Fazli hanya menayangkan senyuman kecil. "Tak apa."

"Halah, halah. Jangan sweet sangat di sini. Jom cari Ahnaf pula." Tegur Yazmin yang membuatkan kedua-duanya tersentak seketika.

Selepas itu, mereka meneroka kawasan akademi bagi mencari Ahnaf pula.

Gedag, gedug, gedag, gedug.

Bunyi bola berlaga dengan dinding dan lantai dewan dapat didengar dari jauh. Sangka mereka, ada sekumpulan pelajar sedang bermain bola di dalam dewan khas sukan. 

Maya, Aisyah dan Yazmin segera menghampiri dewan tersebut bagi mencari kehadiran Ahnaf di situ. Beberapa orang lelaki dapat dilihat sedang menghantar bola kepada ahli kumpulan mereka.

Sebaik sahaja mereka selangkah masuk, Ahnaf sudah menyedari kehadiran tiga orang gadis itu. Dan dia pasti, mereka sedang mencarinya.

"Yo-" Belum sempat Ahnaf yang teruja itu mahu menegur, sebuah bola telah melayang ke mukanya terlebih dahulu. Tepat-tepat dia terbaring di hadapan ketiga-tiga gadis yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu masuk dewan.

Aisyah menunduk bagi melihat Ahnaf. "Hanie tak ada dekat sini. Tak payah nak excited sangat." Tuturnya bersahaja.

"Ahnaf, fokuslah lain kali. Jaga mata! Jaga mata!" Tegur seorang sahabatnya sambil menjegilkan matanya. Serta merta dia diketuk di kepala oleh ahli mereka yang lain akibat bersifat menjengkelkan.

Akhirnya, Ahnaf bangkit dari perbaringan dan duduk di atas lantai. Perbuatan itu diikuti Maya manakala Yazmin dan Aisyah pula berdiri di belakangnya. 

"Kak Umi ada ajak kita pergi Pesta Mingguan Sains di maktab nanti. Nak join?" Ajak Maya dengan berbisik. Risau pula dia sekiranya pelajar-pelajar yang lain terdengar perbualan mereka.

Ahnaf menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Dia faham akan sebab Maya berbisik kepadanya.

"Okey, terima kasih. Bye! Assalamualaikum." Tutur Maya sebelum melangkah pergi bersama dua orang sahabatnya.

Selepas menjawab salam, Ahnaf kembali semula untuk bermain. Apabila dia menoleh untuk kembali ke dalam permainan, sebuah bola menampar wajahnya sekali lagi.

"Cakap dengan perempuan tak ajak aku!" Rungut kawannya yang membaling bola tersebut. Kemudian, kawannya itu pula dibaling bola oleh rakan-rakan yang lain.

Haih lelaki, tak faham betul!

~~~~~~~~~~

Keesokan harinya, Maya berpakat bersama lima orang sahabatnya untuk bertemu dengan tuan pengetua bagi meminta kebenaran untuk keluar sekolah. Mereka berlima kini berada di hadapan pintu bilik pengetua Akademi Dary.

"Takut ke, Maya?" Soal Aineen dan kemudian ketawa sendiri.

Maya menjeling Aineen. "Awak tak takut ke?"

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now