💢Gaduh💢

994 91 11
                                    

Yazmin, Aisyah dan Hanie dalam dilema. Masing-masing sedang termenung di dalam perpustakaan.

"Kenapa termenung saja ni kawan-kawan? Sebab kak Umi dan kak Syahirah nak tukar sekolah dah?" Maya muncul di sebalik rak buku yang dia telah kemas. Dia menarik sebuah kerusi yang berdekatan lalu duduk di atasnya.

Yazmin menoleh ke arah Maya lalu berkata. "Ya, itu satu. Tapi kami masih boleh berjumpa dengan mereka berdua tahun hadapan. Ini masalah yang lebih besar."

Maya menongkat dagunya lalu melihat ketiga-tiga sahabat yang berada di hadapannya itu. "Habis itu? Apa masalah yang besar itu?"

Keluhan kecil Aisyah lepaskan sebelum dia turut menongkat dagu. "Aineen dan Niysa bergaduh." Balasnya sayu.

"...Lagi." Sambung Hanie dengan cebikan. Buku tebal yang sedang dibacanya digunakan untuk menutup wajah kecewa.

"Haih, apa lagi yang mereka gaduhkan itu?" Maya bertanya lagi lalu meletakkan kepalanya ke atas meja. Pendengarannya dibuka luas-luas.

Keadaan menjadi sunyi sementara masing-masing sedang mengarang ayat dalam kepala. Apa yang harus dijawab mereka?

"Tidak mengapa. Nanti awak tengok sendiri." Suara Hanie memecahkan kesunyian yang sedang memaut suasana.

Anggukan diberikan Maya sebelum dia mula membuat kerja semula.

Keluhan kecil diberikan sekali lagi oleh mereka bertiga.

•••••

Gadis itu berjalan dengan gembira sekali. Dia berpusing-pusing di sekeliling taman bunga akademi. Sungguh, gembiranya hari ini!

"Walaupun ada pergaduhan antara budak berlima tu, aku kena sentiasa positif! Maklumlah, kerja di perpustakaan sudah siap, haha!" Ujar Maya gembira. Seraya itu, dia bersandar pada sebuah kerusi batu.

Pada ketika dia ingin menenangkan fikiran, dua suara yang sedang bertengkar muncul secara tiba-tiba.

"Kan saya dah cakap, kita kena jahit lencana baju ni dekat belah kiri!" Aineen menarik sehelai kain daripada pegangan Niysa.

Niysa membulatkan mata sebelum menarik kain itu semula. Jarum dicucuk pada kain tersebut. "Cikgu sendiri cakap dekat belah kanan. Awak tak dengar ke?!"

Kini, taman yang tadinya tenang dibingitkan dengan jeritan dua orang pelajar perempuan akademi tersebut. Sudahlah berkain biru, tidak malukah jika dilihat oleh pelajar yang berkain ungu?

Maya menutup telinganya. Mujurlah pada ketika itu, hanya mereka bertiga yang berada di situ.

Namun, apabila dibiarkan, semakin lama semakin kuat suara mereka. Bagai ingin memecahkan gegendang telinga masing-masing!

"Ish." Ucap Maya sebelum dia berdiri dan menghampiri kedua-dua sahabat itu. "Masalah betul kalau cikgu bagi mereka berdua ni kerja sama-sama." Gumamnya lagi.

Bak! Bunyi tapak kaki dihentak kuat di hadapan Aineen dan Niysa. Kedua-dua gadis itu tersentak lalu menoleh ke arah pemilik bunyi hentakan tapak kaki tersebut.

"Assalamualaikum Maya, mahu apa?" Soal Aineen, janggal. Tersengih dia melihat Maya.

Maya merengus kuat lalu berpeluk tubuh. "Waalaikumussalam." Jawabnya kasar.

Niysa menutup rasa gugup dengan senyuman nipis. "Kenapa ada di sini? Tidak bertugas?"

"Tidak." Balas Maya lalu mengubah posisinya kepada bercekak pinggang. "Sahabat sekalian, tidak tahukah yang kalian ini pelajar berkain biru?"

"Errr... Tahu." Jawab Aineen lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah tahu tu, buat cara macam pelajar berkain biru! Pelajar berkain biru ialah pelajar yang telah berbakti kepada sekolah ini dalam pelbagai ancaman dan cabaran. Oh ya, kalian tahu ada berapa orang sahaja yang mempunyai kain biru itu di sekolah ini?"

"Mmm... Lima?" Niysa pula memberi jawapan.

"Ha! Kalianlah! Siapa lagi? So please, tunjukkan contoh yang baik. Kesian saya tengok dekat Yazmin, Aisyah dan Hanie tu." Maya melontarkan segala kata-katanya dengan sinis. "Sudahlah, bye Assalamualaikum!" Kemudian, dia berlalu pergi.

Keadaan menjadi sepi. Aineen dan Niysa hanya saling berpandangan lalu melihat kain mereka. Selepas itu, mereka mengangguk lalu berpelukan.

"Saya minta maaf!"

"Saya pun!!"

•••••

Aisyah, Hani dan Yazmin tertawa kecil tatkala melihat telatah kedua-dua sahabat mereka itu. Mereka menutup mulut dengan tangan agar tidak didengari oleh sesiapa.

"Aduhailah, tidak sia-sia kita follow Maya." Tutur Aisyah dengan perlahan. Wajahnya memaparkan riak terhibur.

Hanie menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Ya! Alhamdulillah, akhirnya berbaik semula selepas dua hari bergaduh tentang nak jahit lencana."

"Itulah pasal. Dah banyak baju tak jadi sebab asyik jahit dekat tempat lain-lain. Sudahlah baju itu untuk pelajar senior yang akan ke graduasi." Ujar Yazmin pula disambuti anggukan daripada sahabat-sahabatnya.

Buat beberapa ketika, keadaan menjadi sunyi semula.

Yazmin tersengih lalu berkata. "Malaikat lalu."

"Yazmin, shhh! Jangan percaya." Tegur Hanie kepada sahabatnya itu.

Aisyah hanya menggelengkan kepala. "Sudahlah. Mari kita tengok mereka berdua." Ajaknya lalu menarik kedua-dua sahabatnya itu.

Akhirnya, mereka berlima menyiapkan kerja menjahit lencana itu bersama-sama.

The End
💢Gaduh💢

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now