"Bukan tak biasa cuti, tapi hari ni rasa lain pula." Yazmin berkata sambil bersila di atas rumput dengan mata yang tajam memerhati pelajar-pelajar yang lalu lalang.
Mereka di mana? Di tempat biasalah, bawah pohon rendang yang terletak di tepi padang sekolah.
"Rasa lain? Apa yang lainnya?" Soal Aisyah lalu turut memerhati sama pelajar-pelajar yang lalu di hadapan mereka.
Aineen menepuk dahinya. "Yang peliknya ialah, pengetua beri kita keluar dari sekolah. Maknanya, kita boleh nak pergi shopping atau pergi mana-mana kita nak." Jelasnya.
"Nak shopping apanya? Sekolah pun dalam hutan." Niysa berkata tanpa memandang sahabat-sahabatnya. Dia memusatkan perhatian kepada buku yang berada di tangannya.
Hanie yang sedang sibuk mengarang ceritanya memandang sahabat-sahabatnya. "Tidak mahu shopping tidak apa. Boleh panggil kenalan terdekat atau siapa-siapa untuk datang kerana pagar sekolah terbuka sahaja tu. Bekas pelajar pun boleh datang jikalau mahu." Tuturnya bersahaja.
"Ya tak ya kan? Kalau-kalau ada orang itu rindu seseorang..." Aisyah berkata sambil menjeling Yazmin di sebelahnya.
Yazmin yang tidak memahami apa-apa hanya memandang Aisyah. "Rindu siapa?"
"Rindu abang Farhanlah!" Sebut Aineen lalu mereka semua ketawa bersama.
Namun, wayar fikiran Yazmin bagaikan tidak bersambung. Entah apa yang dia fikir, tiada siapa yang tahu.
"Siapa Farhan?" Soalnya pula.
"Ya Allah." Niysa menepuk bahu Yazmin. "Cuba baca fikiran saya kalau awak tak ingat rupa dia macam mana."
Sebaik sahaja Yazmin memejamkan mata untuk fokus, sahabat-sahabatnya mula tidak senang duduk. Ingat atau tidak gadis ini?
"Hei, mana ada saya rindu abang Farhanlah!" Jerit Yazmin dengan wajah yang merah. Wajah ketua pengawas itu mula bermain-main di kepalanya pula.
"Rindu siapa tu?~" Satu suara yang sudah lama tidak mereka dengari muncul dari bahagian belakang pohon.
Siapa?
"Awak duduklah lama-lama dekat belakang pokok tu. Nanti ada 'sesuatu' yang muncul di belakang awak baru tahu!" Niysa mengenakan insan yang sedang bersembunyi itu walau tidak mengetahui siapa empunya suara.
"Ack!" Seorang jejaka berlari keluar dari belakang pokok tersebut. "Janganlah takutkan saya, Niysa!" Marahnya.
Kelima-lima gadis itu terdiam melihatkan kehadiran jejaka tersebut. Habislah jikalau dia terdengar perbualan mereka mengenai sahabat baiknya itu.
"Rafiq ini, memang penakut. Tidak habis-habis." Suara Farhan menyahut dari belakang Rafiq. Setibanya di hadapan mereka, bekas ketua pengawas itu meletakkan tangannya ke atas bahu sahabatnya iaitu bekas ketua pengawas perpustakaan.
"Eh? Kenapa datang?" Aineen menyoal, hairan. Niysa yang berada di belakangnya menahan tawa terhadap riak ketakutan yang ditayangkan oleh Rafiq tadi.
"Saja." Balas Rafiq lalu mengambil tempat. "Nak jumpa Tuan Ramli sebenarnya, tapi tiada pula beliau di biliknya."
Kepala Rafiq diketuk Farhan. "Apa duduk sekali ni? Misi kita sekarang ni, untuk mencari Izzat dan Irdawati. Saya mendapat mesej bahawa mereka akan ke sini." Marahnya.
"Oh iya. Mereka ada sesuatu yang nak diuruskan di sini kan?" Tanya Rafiq seraya berdiri dan menyapu debu di seluarnya.
"Bye-bye!" Ucap Rafiq seraya mengenyitkan mata. Gadis-gadis itu menayangkan wajah ingin muntah.
YOU ARE READING
Akademi Dary : One Shot (SS)
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi d...