Suasana di dalam kelab malam yang bingit tidak langsung diambil kesah oleh Carina kerana tujuannya hanya satu; melepaskan tekanannya.
Sudah lama dia meninggalkan tempat itu tetapi hari ini dia datang semula kerana masalah yang dihadapinya. Kalau diikutkan hatinya, cara yang terbaik untuk melepaskan tekanannya adalah duduk di rumah dan tidur sepuasnya tetapi setelah didesak oleh kawannya, Adrena, dia hadir juga.
Dia mengambil tempat duduk yang sedikit tersorok sambil mata menghala ke arah manusia yang sibuk melayan perasaan dan nafsu di hadapannya. Seketika ada tangan yang datang memeluknya, iaitu kawannya Adrena.
"I'm not expecting for you to come do" kata Adrena sambil tersengih lebar. Pakaiannya yang separas lutut dan tak berlengan itu dikerling Carina.
"You are the one that force me, Dena." Carina mengangkat keningnya.
Sebelum Ardena membuka mulut untuk melanjutkan perbualan, pinggangnya dirangkul membuatkan dia berpaling ke belakang. Seketika senyumannya melebar dan dia memeluk lelaki itu, kekasihnya Ian.
Carina bangun dari duduknya kerana tidak mahu menganggu pasangan kekasih yang sedang memadu asmara. Pada mulanya dia mahu bertanyakan tujuan sebenar Ardena yang mendesaknya untuk datang ke club malam tersebut tetapi niatnya terbantut apabila dia perasan tangan Ian mula menjalar ke punggung Ardena.
Carina memutarkan bola matanya dan bangun memesan air coke untuk membasahkan tekaknya. Tetapi ketenteramannya terganggu apabila ada suara garau menegurnya. Dia menoleh dan melihat seorang lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Hai" balas Carina dengan bosan. Dia tiada mood untuk beramah mesra dengan sesiapa pada malam itu. Tetapi nampaknya lelaki itu tidak memahami nada suaranya yang tidak berminat itu dan masih cuba untuk mengajaknya berbual dengannya.
"You're so beautiful" kata lelaki itu lagi. Carina langsung tidak mempedulikan kata kata lelaki itu kerana dia tahu lelaki itu hanya mahu seorang perempuan untuk memanaskan katilnya pada malam ini.
"My name is Nichole, but you can call me Nick. What's your name?" Kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Carina memandang sekilas tangan lelaki itu lalu meneguk habis cokenya sebelum dia memandang lelaki tersebut dan tersenyum sinis.
Game on
Carina memberikan senyuman manis sambil menyambut tangan lelaki itu lalu diletakkan dipinggangnya lalu dia duduk di atas riba lelaki itu. Lelaki itu kelihatan terkejut tetapi dia mengawal riaknya lalu tersenyum sinis kerana menganggap Carina telah jatuh ke perangkapnya. Tidak dia sangka dengan secepat itu Carina boleh tergoda dengannya. Dia mengusap usap belakang Carina sambil memandang wajah Carina yang memandangnya dengan pandangan mengoda.
"My name is Carina but you can call me babe" Kata Carina sambil mendekatkan wajahnya dengan Nick lalu mengenyit mata kanannya. Sebelah tangannya melingkar ke arah leher lelaki itu sementara sebelah tangannya lagi mengusap perlahan dada lelaki itu.
"Beautiful name for beautiful girl. Are you free after this? Want to have some fun? I can show you some" Kata Nick sambil mengenyit matanya lalu mendekatkan lagi jarak mereka.
Carina ketawa kecil melihat kelakuan Nick yang agak gelojoh baginya. Tangan yang memegang dada Nick itu sengaja diturunkan perlahan lahan ke arah tali pinggang Nick untuk menguji lelaki itu. Dia tersenyum apabila melihat lelaki itu seolah olah sukar bernafas kemudian dia menahan dada lelaki itu yang cuba untuk menciumnya. Lalu dia memandang tubuh Nick atas bawah sambil tersenyum sinis.
"I don't think you can give me what i want. I have a really high expection, babe." Bisik Carina di telinga Nick sebelum mencium lembut leher Nick lalu bangun keluar dari kelab itu dengan meninggalkan Nick yang terpinga pinga.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...