12 - clueless

2.6K 59 0
                                    

Carina duduk memeluk tubuhnya di atas sofa. Dia memandang Nick yang sedang bercakap di dalam telefon di dapur. Disebabkan kedudukan mereka yang jauh, Carina tidak dapat mendengar butir percakapan Nick. Nick kelihatan sangat serious dan sebelum dia mematikan talian, Nick sempat mengerling ke arahnya. Nick kemudian mengatur langkahnya ke arah Carina. Dia duduk di sebelah Carina lalu memeluk bahunya dari tepi.

"Kenapa ni? You okay ke?" Kata Carina. Dia memandang wajah Nick yang sedikit kusut. Sejak Nick mendengar nama Mark, Nick terus sahaja mengajaknya pulang dan tidak banyak bercakap dengannya.

"Kejap lagi Adam dengan Daniel datang sini, tau" soalan Carina dibiarkan sepi.

"Kenapa pulak?"

"Nanti you tau la" Carina melepaskan nafasnya perlahan lalu menyandarkan kepalanya ke bahu Nick. Baru saja dia mahu memejamkan matanya, dia terdengar bunyi loceng. Apabila Nick bangun dan membuka pintu, kelihatan Adam dan Daniel masuk ke dalam rumah. Adam membawa masuk beg laptopnya dan mereka berdua kelihatan agak serius.

Adam dan Daniel mengambil tempat di sofa dihadapan Carina manakala Nick duduk disebelah Carina lalu meletakkan tangannya di belakang Carina.

"Can we start now?" Kata Daniel sambil dia mengeluarkan sebuah buku dan pensel dari dalam beg laptop Adam.

"Start? Start apa?" Tanya Carina. Dia memandang Nick disebelahnya yang hanya mendiamkan diri. Kemudian satu idea muncul difikirannya.

"Oo korang nak main oiuja ke?" Kata Carina teruja. Melihat Daniel yang mengeluarkan buku dan pen, itu saja yang dapat dia fikirkan masa itu. Adam yang mulanya berkeadaan serius terus sahaja ketawa manakala Daniel pula mengorak senyuman. Nick pula hanya melemparkan senyuman kepadanya.

"Bukanlah. I nak you describe how Mark looks like, boleh kan?" Kata Adam

"Mark? Mark yang cakap dengan I tadi ke?" Tanya Carina kepada Nick dan Nick hanya mengangguk.

"Kenapa pasal Mark? Siapa dia sebenarnya? I tanya you dari tadi pasal dia, you taknak cerita pun" Carina memeluk tubuhnya. Dia merasakan sangat clueless kerana dia seorang je yang tidak tahu akan manusia yang bernama Mark itu.

"Just answer their questions and I akan bawak you date dekat amusement park. Nak?" Bisik Nick ditelinga Carina. Carina terus sahaja tersenyum sebelum mengangguk laju. Dia kemudian duduk tegak dan fokus pada Adam. Nick hanya senyum memandangnya dan tangannya mengusap perlahan paha Carina.

"Okay, apa soalannya?" Kata Carina kepada Adam.

"How he looks like?" Tanya Daniel

"Well, um he really handsome" kata kata Carina membuatkan usapan Nick di pahanya terhenti. Nick mengecilkan matanya memandang Carina.

"Don't worry, you lagi handsome" bisik Carina lalu dengan tidak bersalah menayangkan sengihannya.

"More specific please" kata Daniel.

"Mata dia coklat. More to dark chocolate. Kening dia lebat. Tapi  kening belah kiri dia macam terbelah sikit. You know, nowadays kan orang suka cukur kening dorang. Ha camtu la style kening dia." Dan Carina pun menerangkan setiap detail yang dia ingat tentang lelaki itu manakala Daniel sedang sibuk melukis sambil mendengar dari Carina.

Adam pula hanya duduk menyandar. Kalau melukis memang sah sah bukan kepakarannya. Dia kemudian duduk tegak lalu melihat maklumat tentang Mark di dalam laptopnya. Dia sebenarnya tidak mendapat gambaran wajah Mark dari mana mana pun dan Matthew juga tahu akan hal itu. Apa yang dia tahu Marco mempunyai seorang adik bernama Mark. Nampaknya Marco memang bijak menyembunyikan adiknya sehingga dia yang tidak pernah gagal mencari maklumat pun tidak dapat menemui wajah sebenar Mark. Jadi secara technicalnya mereka tidak tahu wajah Mark yang sebenar.

Carina AmelynWhere stories live. Discover now