Carina berdiri dengan senyuman manis dihadiahkan kepada Nick.
"Apa ni?" Tanya Nick
"Er.. nescafe?"
"Taknak. I want coffee"
"But, just now-"
"Coffee. Now." Nick mengangkat kening mencabar Carina untuk melawan katanya. Carina menghembus nafas perlahan seraya mengangguk. Sebentar tadi baru sahaja Nick berkata dia mahu nescafe. Sekarang nak coffee pula.
Dengan penuh kesabaran, dia meletakkan coffee di hadapan Nick. Nick melihat coffee itu lalu menyisip sedikit. Tanpa berkata apa apa, Nick mengarahkan Carina duduk di hadapannya dengan lirikan mata.
Beberapa minit berlalu dan Nick masih tekun dengan kerjanya manakala Carina sudah merasa bosan kerana tidak tahu nak buat apa lagi.
"Boss nak tea? Coffee? Ke apa apa ke?"
Nick mengangkat mukanya memandang Carina.
"Tak nampak air ni banyak lagi?"
"Saya cuma bosan"
Nick mengendahkan Carina lalu fokus dengan kerjanya. Carina bangun lalu menuju ke arah pintu.
"Where are you going?"
"Tandas"
"Dalam bilik ni kan ada tandas."
"Tu kan tandas boss"
Nick hanya mengangguk dan menyambung kerjanya. Sesampai di tandas, Carina hanya membelek mukanya dan mengemaskan dirinya. Kemudian dia masuk ke dalam salah satu tandas.
Carina mahu keluar dari tandas tetapi derapan tapak kaki dan mendengar namanya disebut menyebabkan Carina mendiamkan diri.
"Aku rasa en mesti dorang buat benda tak senonoh. Yela bukannya ada orang nampak pun." Kata seorang perempuan yang membetulkan rambutnya.
"Aku pun rasa camtu. Tak pernah la weh boss nak tealady bagai. Bukannya tak boleh buat sendiri. Semuanya dah tersedia dalam bilik dia. Aku syak boss amik dia kerja sebab dia dah goda boss" kata seorang lagi perempuan.
Mendengar kata kata dari perempuan di luar itu membuatkan Carina berasa berang. Siapa lagi tealady di office itu kalau bukan dia. Walaupun dia bukannya jenis banyak cakap, dia tidak akan membiarkan orang memijak dirinya. Dengan pantas Carina keluar dari tandas itu. Dua orang perempuan yang berkata tentangnya mempamerkan riak terkejut.
"Dah puas dah mengumpat? Takde kerja ke sampai sibuk nak jaga tepi kain orang?" Carina memandang wajah mereka dengan serius. Dia tidak kenal dengan mereka kerana ini baru hari pertamanya disini. Hari pertama pun dah macam macam dugaan.
"Kitorang cakap je. Nak marah kenapa? Betulke?" Kata seorang perempuan yang sedikit tinggi dari yang satu lagi.
"Tch. Tak perlu lah nak membuang masa cakap pasal aku. Così fastidioso." (So annoying) Carina berlalu keluar meninggalkan mereka yang terpinga pinga.
*****
Nick mengemas barangnya sebelum melirik jam tangannya. Tepat pukul 9 malam. Kebiasaannya dia akan balik lagi lambat tetapi hari ini dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan abangnya. Melihat Nick bangun menyebabkan Carina juga bangun.
"Er boss nak balik dah ke?"
Nick hanya mengangguk. Carina cepat cepat mengambil begnya dan membuntuti Nick keluar.
"Kau balik naik apa?" Tanya Nick
"Naik kereta saya"
Sekali lagi Nick hanya mengangguk dan mereka mengikut haluan masing masing.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...