18 - doubt

4.4K 80 25
                                    

"Hai, Carina" kata seorang lelaki dibelakangnya. Carina memusingkan badannya dan teruja apabila mendapati itu adalah Aiman. Dia lantas bangun dan memeluk Aiman. Aiman ketawa kecil dan membalas pelukan Carina. Aiman menghiraukan jelingan Nick

"Tak sangka jumpa you dekat sini." Kata Carina selepas melepaskan pelukannya.

"Charlie told me that you will meet him here so tu sebab la i datang sebab i pun rindu dekat kawan i sorang ni." Aiman mencuit pipi Carina. Nick berdeham. Aiman memandang Nick lalu berjabat tangan dengan Nick sambil tersenyum nipis. Nick pula hanya mengangguk dan tidak melemparkan senyuman langsung. Aiman mengambil tempat disebelah Charlie iaitu dihadapan Nick.

"Bestnya semua orang ada dekat sini" kata Carina lalu kembali membelek menu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Thanks Nick, for today" Carina  mengahadiahkan Nick senyuman manis. Nick tidak berkata apa cuma membalas senyuman Carina. Mata Carina kembali teralih kepada menu dihadapannya.

"So, since when korang together?" Tanya Aiman sambil matanya tak lekang dari melihat Carina. Carina mengangkat wajahnya memandang Nick sebelum memandang Aiman.

"Well, um entahla. Tau tau je kitorang memang dah tersuka each other" Carina melemparkan senyuman kepada Nick.

"Adik dah agak dah. Mana ada boss datang jenguk pekerja dia yang demam? Banyak lagi kerja dia boleh buat" kata Charlie. Nick hanya ketawa kecil.

"Dahla dah jom order" Carina cuba mengalihkan perhatian mereka. Masing masing akur dengan melihat menu.

"Btw Carina, asal I call you, you tak angkat? Asyik masuk voicemail je" kata Aiman setelah mereka membuat pesanan.

"Oh, phone I hilang. Taktau la kat mana." Carina mula terfikirkan tentang handphonenya. Mahu saja dia menyuruh Nick mencarinya tapi dia tahu Nick sekarang agak sibuk. Mahu beli sendiri pula Nick tidak mengizinkan dia keluar dari rumah. Bahaya katanya.

"Laa. Patutla. Takpelah, lepasni I belikan you phone baru ea" baru saja Carina mahu membuka mulut terus saja Nick memotong.

"Takpe. Aku dah belikan dah. Cuma asyik lupa nak bagi" kata Nick mendatar. Sebenarnya dia masih belum beli pun. Dia juga tidak tahu adakah patut dia memberikan Carina semula handphonenya. Dia cuma tidak mahu Carina memberi tahu lokasi rumah mereka kepada sesiapa pun. Termasuk Charlie.

"Oh okay then" kata Aiman.

Mereka semua makan dengan tenang dan sesekali berbual apabila Aiman bertanyakan soalan kepada Carina. Nick hanya fokus makan dan sesekali menyampuk apabila Carina menanyakan pendapatnya. Dia cuba menepis perasaan cemburu apabila melihat kemesraan Aiman dan Carina. Dia patut sedar yang mereka sudah lama berkawan jadi dia sebagai teman lelaki Carina perlu faham akan keakraban mereka. Nick sekali lagi mengerling Carina disisinya yang sedang ketawa dengan entah apa jenaka Aiman. Dia tidak dengar apa yang mereka bualkan kerana fokusnya hanya pada Carina. Charlie juga boleh tahan gembiranya kerana mungkin sudah lama tidak berjumpa dengan kakak kandungnya itu.

Tiba tiba Nick rasa bersalah kerana dia merasakan seolah olah dia telah memisahkan kasih sayang mereka adik beradik. Dia menunduk seketika kerana memikirkan akan keputusannya yang membawa Carina tinggal bersamanya. Tiba tiba saja dia berasa ragu sekali lagi dengan keputusannya itu. Tapi yang pasti, dia akan melindungi Carina walau apa pun yang terjadi. Carina yang perasan akan Nick yang senyap dan tidak banyak cakap terus saja memusingkan kepalanya memandang Nick. Dia meletakkan tangannya di atas paha Nick untuk mengambil perhatian Nick.

"You okay ke? Kalau you ada hal nak kena buat, kita boleh balik sekarang." Bisik Carina perlahan. Nick memandang mata Carina dan senyum. Carina memang selalu memikirkan tentang dirinya. Dia mengenggam tangan Carina yang berada di atas pahanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Carina AmelynWhere stories live. Discover now