Carina berdiri di beranda dan menongkat wajahnya. Nick masih belum pulang walaupun sudah pukul 12 lebih. Dia melepaskan keluhan perlahan lalu memeluk tubuhnya. Baru saja dia mahu berjalan ke arah katil, pintu biliknya dibuka dari luar. Dia tersenyum gembira apabila mendapati itu adalah Nick. Dengan pantas dia berlari dan memeluk Nick. Nick yang terkejut akibat dipeluk secara tiba tiba hanya ketawa kecil lalu dia mengosok perlahan rambut Carina.
"Dah malam ni. Kenapa you tak tidur lagi?"
"I'm waiting for you. I ask you to come home early, kan? Lambat gak you balik" Carina mengangkat wajahnya memandang Nick lalu dia sengaja memuncungkan mulutnya. Pelukan Nick masih belum dilepaskan.
"I have a lot of work today. I'm so sorry" kata Nick lalu dia mendekatkan mukanya untuk mencium Carina tapi Carina menjauhkan mukanya.
"Ish you mandi dulu lah. Busuk" kata Carina lalu dengan pantas dia melarikan diri dan duduk di atas katil. Dia ketawa kecil melihat wajah Nick yang monyok.
Carina membuka television ketika Nick baru saja masuk ke dalam bilik mandi. Dia tidak mahu tidur kerana dia mahu berbincang tentang perjumpaan dia dengan adiknya. Dia cuma mahu memastikan yang Nick betul betul memaksudkan apa yang dikatanya.
Nick keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala di pinggang. Dia mengambil tuala kecil yang bersih lalu mengelap rambutnya. Carina cuba untuk tidak melihat Nick dengan memaksa matanya fokus di television. Nick melangkah ke arah Carina di atas katil lalu baring di atas paha Carina. Wajah Carina ditatap sepuasnya.
"Put your shirt on, dumbass" kata Carina dengan matanya masih di skrin television. Nick ketawa kecil lalu duduk di sebelah Carina.
"Why? You dont like what you see?" Nick memusingkan wajah Carina supaya memandangnya. Carina memutarkan bola matanya.
"Tak. Go put something on" Carina menolak nolak Nick dan Nick hanya ketawa kecil lalu pergi menyarung seluar pendeknya.
"Dah jomlah tido" Nick menutup television lalu menutup lampu. Carina membaringkan badannya menghadap Nick.
"Nick" kata Carina perlahan ketika Nick mengusap pipinya lembut.
"I miss you" kata Nick sambil memandang wajah Carina. Carina hanya senyum dan diam memandang Nick. Tipulah kalau dia tidak rindukan Nick juga. Walaupun mereka duduk serumah, tapi mereka sudah jarang berbual dan bermesra seperti dulu.
"Esok tengahari sikit kita jumpa adik you. I dah call dia bagitau yang kita nak jumpa dia. Semuanya I dah uruskan dah" kata Nick selepas beberapa saat mereka mendiamkan diri. Carina yang tadinya berasa mengantuk terus saja segar. Dia tersenyum gembira.
"Serious ke ni?" Katanya teruja. Nick senyum dan mengangguk.
"Thank you" kata Carina lalu dia memeluk Nick erat. Nick tidak berkata apa apa tapi dia hanya membalas pelukan Carina. Dia sangat sukakan senyuman Carina yang begini.
"Thank you je? Kis-" belum sempat Nick menghabiskan katanya, Carina terus saja menciumnya sekilas. Nick tersenyum lebar dan memandang wajah Carina yang sedang memandangnya sambil tersengih. Nick menepuk belakang badan Carina perlahan seolah olah mendodoikannya. Carina terus saja menutup matanya cuba untuk tidur dan menyelesakan badannya yang berada dalam pelukan Nick.
"Goodnight" gumam Carina perlahan. Nick mencium pipi Carina membuatkan Carina tersenyum kecil. Senyuman Carina sedikit sebanyak menenangkan Nick. Fikiran Nick kembali menerawang ke dalam pekerjaannya.
Kini Nick sudah berjaya dikenali ramai oleh semua rakan business abangnya. Dia kini perlu ke step yang seterusnya iaitu menguruskan hal hal yang selama ini dia cuba elakkan. Iaitu membunuh. Matthew sudah memberinya kepercayaan untuk mengikut Matthew membunuh orang orang yang melanggar perjanjian mereka. Dia yang tahu perkara begini akan terjadi hanya bersetuju kerana sebelum ni pun dia pernah mengikut Matthew membunuh. Jadi dia anggap itu perkara biasa yang perlu dia lakukan sebagai orang kedua yang kuat dalam kumpulan mafia mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/176783917-288-k462162.jpg)
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Aksi"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...