Nick masuk ke dalam bilik office yang tersedia di rumahnya. Dia memang mempunyai bilik office itu di rumahnya dari dulu lagi kerana dia mahukan privasi ketika melakukan kerjanya.
Apabila dia membuka saja pintu, Adam, Daniel dan Matthew sudah berada di dalam itu. Dia menyapa mereka semua dan duduk di hadapan mereka. Kesemua mereka juga mengambil tempat duduk menghadap Nick. Matthew pula tidak lekang senyuman dari bibirnya semenjak dia datang ke rumah Nick. Memang berita ini yang mahu dia dengar dengarkan dari dulu lagi.
"So, I think yall already know what I want to say" Kata Nick. Adam dan Daniel mengangguk dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana dia kembali menyertai kumpulan mafia mereka. Nick hanya mengangguk kepada mereka
"You made a very good decision." Kata Matthew.
"I did all of this because of her" kata Nick tanpa nada.
"Well, still. Kau dah masuk balik dalam pekerjaan ni. Pekerjaan bapak kita. Remember, there is no turning back this time. This is not something you can play around with." Matthew berkata serious. Nick menghela nafasnya perlahan sebelum mengangguk.
"I get it, okay. So, sekarang ni what should i do?"
"Nanti Adam akan bawak kau pergi survey tempat tempat yang kau kena jaga. Kau kena pergi jugak sebab kau dah lama tak visit so you don't know how the situation now. I change a few things."
Nick mengangguk. Kini, Adam akan mengajarnya tentang selok belok perniagaan. Tidak perlu banyak info pun kerana dia masih ingat lagi beberapa perkara yang selalunya dia buat dahulu.
"Semalam aku jumpa kita punya customer tetap, dia kata dia nak stop business dengan kita. Sebab dia dah ada supplier lain and when i do some research, supplier dia Mark" kata Adam
"Kalau kita betul nak lawan Mark, kita kena lebih dari dia. Sekarang ni dia makin terkenal sebab kononnya dia jual barang yang lagi kuat." Kata Daniel pula.
"Should we change the formula? Kasi dadah tu lebih kuat sikit?" Tanya Adam pula.
"No need. Kita bukan nak bunuh orang sampai sekali sedut je dah k.o. Nanti aku fikirkan cara lain" kata Nick serious. Matthew tersenyum sinis sebelum mengangguk. Setuju dengan idea Nick.
"Aku kena pergi dulu. Apa apa kau boleh tanya Adam. Aku nak kau belajar semua tak sampai seminggu then i will tell you what you should do next" Matthew bangun dan berlalu ke arah pintu.
"Jom gerak" kata Adam lalu bangun.
Nick bangun dan mengikuti Adam keluar dari bilik itu. Mereka menuju ke sebuah gudang yang tersorok iaitu tempat mereka menghasilkan dadah. Gudang itu sangat lusuh dan kelihatan terbiar di luar tapi sebenarnya di dalamnya terdapat banyak pekerja yang sedang menghasilkan pelbagai jenis dadah dan kegunaannya.
"Berkumpul semua" kata Adam selepas mereka berdua masuk ke dalam gudang itu. Semua pekerja berkumpul. Ada yang terpinga pinga kerana tidak tahu apa yang akan terjadi. Ada juga yang menunduk hormat kepada Nick kerana mereka sudah bekerja lama disitu jadi mereka sudah kenal dengan Nick.
"Mulai hari ini, dia adalah boss korang. Dia adik Matthew. Kalau yang dah lama kerja dekat sini, you guys might know him. Remember, respect and protect him. Treat him like how you treat Matthew. Dia akan pantau dan jaga korang mulai hari ini." Kata Adam dengan suara dan wajah yang serious. Maka semua pekerja disitu pun tunduk hormat kepada Nick. Nick hanya mengangguk sekali.
"Aku harap korang semua boleh bagi kerjasama. Sekarang, sambung kerja" kata Nick lalu semuanya sambung kembali kerja mereka yang tergendala tadi. Nick berjalan melihat sekeliling gudang itu. Ada seorang pekerja yang menarik perhatiannya kerana pekerja itu sering memandangnya dan seolah takut takut ketika Nick memandangnya. Nick hanya menghiraukannya dan pergi ke arah Adam yang sedang bercakap dengan ketua disitu.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...