6 -distant

3.5K 82 1
                                    

Carina merasa menyesal datang ke pejabat pada hari ini. Nick hanya menunjukkan sikap dingin dan mereka tidak bercakap walau sepatah pun. Datang sahaja awal pagi, Carina menghidangkan Nick coffee dan Nick tidak memberi apa apa respon pun. Pukul 2 Nick keluar dari pejabat dan balik pada pukul 5. Dia tahu Nick meeting pun kerana dia bertanya dengan Amirah.

Setelah hampir ke semua staff balik, Carina mula merasakan dia perlu meminta maaf atas apa yang berlaku. Walaupun dia tidak tahu apa salahnya. Dia berkira kira adakah patut dia menegur Nick atau membiarkan sahaja perkara ini. Carina mengigit jari telunjuknya kerana buntu.

Nick mengemas mejanya dan mematikan laptopnya lalu bangun mencapai jaket. Carina yang perasan Nick mahu pulang segera mengambil beg tangannya. Nick mahu membuka pintu tapi tangannya dipegang Carina.

"Saya.. em saya nak mintak maaf" kata Carina perlahan dan hanya dapat didengari oleh Nick. Carina melepaskan tangan Nick.
Nick memusingkan badannya memandang Carina.

"Maaf sebab?"

"Taktau. Saya mungkin ada buat salah.. pasal semalam. So saya nak mintak maaf" Carina memandang mata Nick sekilas sebelum menunduk memandang lantai.

"Kau tak marahkan aku?" Nick mendekati Carina

Carina mengeleng perlahan. Dia juga tidak pasti kenapa dia tidak berasa marah sedangkan Nick telah menengkingnya dan melemparkan fitnah kepadanya. Tanpa dia sangka, Nick memeluknya erat. Badannya kaku kerana terkejut.

"Aku ingat kau marahkan aku. Sebab seharian kau tak bercakap dengan aku" Nick melepaskan pelukan.

"Saya ingat boss yang marahkan saya"

Nick menarik tangan Carina dan membawanya duduk di sofa.

"Listen here. Aku.. nak mintak maaf pasal semalam. Aku tak patut marah kau tiba tiba and tuduh kau macam macam. Aku tau aku tak patut buat macam tu."

"Takpela saya dah maafkan. Lagipun benda dah lepas"

Nick mengangguk dan melihat jam tangannya.

"Jom balik. Aku hantar kau. Sebelum tu kita gi makan dulu"

"Eh takpe, saya boleh balik sendiri"

"Takpela aku hantar"

"Takpe takpe lagipun esok saya nak pergi kerja macam mana kalau kereta saya dekat sini?"

Nick mahu menawarkan diri menghantarnya ke pejabat tetapi dia teringat bahawa esok dia tidak bekerja kerana mengikut abangnya 'menyelesaikan' Marco.

"Esok aku tak kerja. Jadi kau tak perlu datang"

"Tak kerja? Kenapa? Boss tak sihat ke?"

"Taklah. Aku ada hal. Maybe jumaat or sabtu baru aku ada dekat sini balik"

"Jadi automatically saya cuti la ni?" Kata Carina teruja.

"Jangan harap nak goyang kaki sangat. Kau ada kerja nak kena selesaikan"

"Kerja? Kerja apa?"

Nick menghiraukan pertanyaan Carina dan bangun untuk keluar. Carina pula hanya mengikuti langkah Nick. Dia menaiki kereta Nick setelah didesak oleh Nick.

"Jawabla boss apa kerjannya?"

Nick masih lagi menghiraukan soalan Carina. Setelah beberapa minit di jalan raya, Carina seolah olah kenal dengan jalan yang digunakan mereka.

"Boss kata nak gi makan? Kenapa pergi rumah saya pulak"

"Nanti kau tau lah"

Carina melepaskan keluhan perlahan. Tidak tahu kenapa Nick tidak mahu menjawab soalannya padahal bukannya soalan kbat pun. Nick berhenti dihadapan rumah Carina.

Carina AmelynWhere stories live. Discover now