9 - protect

2.9K 63 0
                                    

"Carina, bangun" Nick mengerakkan bahu Carina. Kemudian dia mengusap perlahan rambut Carina. Carina duduk dan mengosok matanya.

"Pukul berapa sekarang?"

"7"

Carina membuntang mata mendengar kata kata Nick. Dia cepat cepat bangun untuk mandi. Kalau tidak, dia akan terlambat ke pejabat. Nick hanya mengelengkan kepalanya.

Selepas keluar dari bilik mandi dan bersiap siap, Carina mengatur langkahnya ke dapur. Kelihatan Nick sedang membakar roti dan membancuh air.

"Wahh rajinnya boss" Carina mengintai air yang dibancuh dari bahu Nick.

"Air je pun"

"Takpe biar saya tolong. Boss kenapa tak siap lagi?" Carina memandang Nick yang masih tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek.

"Sukahati aku la. Aku kan boss. Masuk lambat pun takpe. Kenapa? Kau tak suka ke tengok aku macam ni?" Nick tersenyum sinis melihat Carina yang menjelingnya.

"Dah la. Pergi sana siap. Biar saya buat"

Nick mengatur langkahnya ke atas sementara Carina menyambung kerjanya. Selepas sahaja selesai bersiap, Nick turun ke bawah dan mendapati Carina sedang duduk menunggunya.

"Asal tak makan lagi?" Nick menarik kerusi dan duduk di sebelah Carina.

"Tunggu boss la" kata Carina sambil menyapu roti dengan mentega. Baru sahaja Nick mahu menyisip airnya, telefonnya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil, Nick mengangkat telefonnya.

"Mark dah datang tempat aku malam semalam. Dia dah bunuh hampir semua anak buah aku." Tanpa salam, Matthew terus sahaja straight to the point. Suaranya juga menunjukkan bahawa dia bukan dalam mood yang baik.

Nick mengenggam tangannya kuat sehingga keluar urat. Dia berasa sangat geram. Lepas satu, satu masalah yang timbul. Ketika ini dia merasakan bahawa nyawa Mark perlu dia tamatkan dengan segera supaya hidupnya kembali tenang. Dia tersedar dari amarahnya apabila Carina menyentuh perlahan tangannya. Dia melihat Carina lalu menghela nafas perlahan. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia tidak mahu menakutkan perempuan itu. Tangan Carina digenggamnya.

"Kejap lagi aku jumpa kau. Sekarang aku ada hal. Nanti suruh Adam dengan Daniel datang sekali."

"Okay. Nanti datang rumah aku. Anna ada sekali dekat sini"

Nick terus sahaja mematikan talian. Wajah Carina dipandang sayu. Dia mungkin akan membuatkan Carina terjebak dengan dunia kotornya jika dia tidak selesaikan hal ini dengan segera. Walhal, dia sudah lama meninggalkan pekerjaan itu. Kalau tidak disebabkan abangnya yang mahu pertolongannya, sudah pasti dia tidak akan masuk campur. Nick memegang kedua belah bahu Carina lalu mendekatkan jarak mereka. Nick menunduk supaya wajah mereka sama paras.

"Aku nak keluar. Ada hal. Kau duduk rumah dan jangan keluar. Faham?"

Carina hanya mengangguk perlahan. Nick bangun dan naik ke atas semula untuk menukar pakaian yang lebih selesa.

"Saya tak payah gi kerja ke boss?"

Nick hanya mengeleng. Baru sahaja Nick membuka pintu dan berjalan ke keretanya, dia kembali semula menghadap Carina. Dagu Carina ditariknya supaya memandangnya. Dengan perlahan dia mendekati Carina dan menciumnya perlahan. Carina tidak membalas ciuman Nick kerana terkejut. Nick melepaskan ciuman dan memandang Carina semula lalu melabuhkan ciuman didahinya pula.

"Kau nak ikut aku tak?"

"Ha?"

*****

"Rumah siapa ni?" Tanya Carina ketika mereka berhenti di sebuah rumah yang sangat asing bagi Carina. Bertambah pelik kerana terdapat banyak pengawal di sekeliling rumah itu dengan senjata di tangan mereka.

Carina AmelynWhere stories live. Discover now