Carina melepaskan ciumannya dan menolak dada Nick. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Ardena di muka pintu. Ardena di depan pintu yang melihat adegan di depan matanya hanya terkaku. Dia menutup mulutnya sebelum mengelengkan kepalanya tidak percaya. Nick pula menurunkan Carina dari meja. Carina mengatur langkahnya ke arah Ardena.
"Er.. Ardena I can explai-"
"No no. Chill. Aku okay je. Cuma.. terkejut. Are you still virgin?" kata Ardena sebelum mengerling Nick sekilas. Dengan Nick yang tidak berbaju dan posisi mereka sebentar tadi, Ardena tidak mahu bayangkan apa yang akan berlaku kalau dia tidak datang. Carina yang mendengar soalan Ardena terus sahaja memukul tangan Ardena kemudian dia menarik tangan Ardena ke arah sofa. Ardena memberikan senyuman tersirat kepada Carina. Muka Carina pula sudah berona merah. Nick mengatur langkah ke arah biliknya untuk memberi ruang kepada mereka berdua.
"Soalan kau ni takleh pedas lagi ke? Em.. btw asal kau datang sini?"
"Saja. Nak melawat kawan aku sorang ni. Maklumlah kau kan dah busy, mana nak jenguk aku" suara Ardena dibuat buat sayu.
"Sorrylah, babe. Aku memang betul betul busy. Weekend pun aku kerja tau."
"Oo aku tau kau kerja apa" Ardena mengerling ke tingkat atas. Carina menjeling Ardena.
"Kau ni. Aku betul betul busy la. Nick suruh aku kemas rumah dia time weekend tau. Sebab dia kata-"
"Alah tak kisahla. Sekarang ni, aku nak tanya. Macam mana kau boleh end up dengan Nick?"
"Nanti nantilah cerita pasal tu. Ni, kau betul ke datang sini malam malam sebab rindu nak jumpa aku?" Wajah Ardena tiba tiba berubah menjadi muram.
"Sebenarnya aku ada benda nak cerita. Pasal Ian." Ardena mengambil bantal disisinya lalu memeluknya.
"Kenapa dengan Ian?" Carina memusingkan dirinya memandang Ardena.
"Aku rasa dia curang dengan aku la" Ardena memuncungkan mulutnya
"Eh asal kau cakap macam tu?"
"Entahla weh. Aku call tak angkat, mesej tak reply. Dulu pun dia selalu gak busy. Tapi takde la sampai camni. Bila aku pergi office dia pun, asyik busy je dia kata. Sikit sikit meeting. Sumpah aku taktau nak buat apa dah sekarang. Patut tak aku break dengan dia?"
"Eh, jangan la macam tu do. Kau dengan dia dah berapa tahun dah kan. Takkan nak give up macam tu je? Cuba bagi dia masa. Maybe dia memang betul betul busy"
"Aku taktau la Carina. Aku rasa sedih sangat. Aku pasrah jela" Ardena memeluk Carina. Dia pura pura mengelap air mata yang tiada. Carina senyum lalu menepuk bahu Ardena perlahan.
"Drama queen lah kau ni. Dah la pergi balik. Aku nak tido. Dah malam."
"Eleh. Malam masih muda lah. Cakap jela yang kau nak bermanja manja dengan Nick, kan? Aku tak kira. Ada masa nanti kau kena cerita jugak how this thing can happen."
"Okay, capo. I will tell you" (boss) Carina mengangkat tangannya tanda berjanji. Ardena bangun menuju ke pintu sebelum melambai.
"Bye, Nick!" Jerit Ardena kemudian menutup pintu. Carina mengeleng gelengkan kepalanya. Dia mengatur langkah ke arah sofa untuk menutup tv. Nick yang mendengar Ardena pulang terus saja turun ke bawah.
"Macam mana dia boleh main masuk je?" Carina sedikit terkejut apabila Nick tiba tiba berdiri di sebelahnya.
"I memang bagi dia kunci rumah ni. Senang sikit"
Nick mengangguk dan menarik tangan Carina untuk duduk di atas sofa semula. Tv dipasang kembali.
"Malam masih muda" Nick mengenyitkan matanya. Carina hanya tersenyum.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Ação"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...