Carina memulakan kerjanya dengan senang hati kerana hari ini Nick melayannya dengan baik. Tidaklah sebaik mana tapi Nick rajin berbual dengannya hari ini jadi dia tidaklah merasa bosan sangat. Kadang kadang Carina berasa pelik juga kerana perangai Nick yang sering berubah tapi dia malas mahu berfikir panjang.
Carina mahu keluar untuk pergi ke tandas tapi dihalang Nick. Nick menyuruhnya supaya menggunakan tandas di dalam bilik itu sahaja. Tanpa banyak kata, Carina akur sahaja.
Seketika, pintu pejabat Nick diketuk. Nick menyuruh masuk dan kelihatan sesusuk tubuh lelaki. Nick bangun dan berjabat tangan dengan lelaki tersebut. Nick mengajak lelaki itu untuk duduk.
"Kenapa datang mengejut?"
"Saja je. Aku datang bukan sebab business. Lawat kawan lama. Takkan tak boleh?"
"Aku okay je kalau kau nak berurusan dengan aku lagi"
"Aku-" kata kata lelaki itu terpotong apabila melihat Carina. Macam pernah dia lihat perempuan ini.
"Aiman?" Carina yang baru keluar dari tandas itu terkejut melihat Aiman. Lelaki yang sangat dikenalinya.
Mereka berdua sangat rapat ketika di sekolah menengah kerana mereka kenal dari sekolah rendah. Ibu bapa Aiman juga sangat mengenali Carina. Kemana sahaja mereka pergi pasti berdua. Kecuali kalau ke tandas hehe. Ramai pelajar mengatakan yang mereka suka antara satu sama lain tetapi mereka hanyalah sebagai kawan rapat. Tidak lebih dari itu.
Mereka terpisah kerana Aiman mahu menyambung belajar ke luar negara dan tinggal dengan ibu bapanya di Perth. Jadi sejak itu Carina dan Aiman jarang berhubung antara satu sama lain.
"Carina! Oh my god tak sangka dapat jumpa you dekat sini"
Carina berlari mendapatkan Aiman lalu memeluknya. Aiman hanya ketawa dan membalas pelukan Carina.
"You masih sama Carina"
"Bila you balik sini? I miss you so much. Bosan tau bila takde you dekat sana." Carina melepaskan pelukan dan memandang Aiman sayu.
"Mi manchi anche tu. I balik sini last week. I baru je ingat nak cari you. Tak sangka dapat jumpa you dekat sini. Come stai?" (I miss you too. How are you?)
"You still remember!" Carina ketawa kecil kerana dia masih ingat lagi ketika dia cuba mengajar Aiman berbahasa itali. Susah betul Aiman mengikut apa yang diajarnya ketika itu. Tawa Carina terhenti apabila Nick berdeham. Carina memandang Nick lalu tersengih. Lupa pula yang Nick ada disini dan dia sedang bekerja.
"Boss, ni kawan rapat saya masa universiti."
Carina memperkenalkan Aiman kepada Nick dengan senyuman. Nick hanya menjeling Carina. Sakit hatinya melihat adegan jejak kasih dihadapannya tadi.
"Tunggu apa situ lagi? Pergilah buat air"
Carina mengangguk lalu pergi ke pantry kecil. Aiman mengambil tempat duduk di hadapan Nick.
"Buat air?" Tanya Aiman kepada Nick
"Dia kerja dengan aku. Tea lady" Nick menjawab tanpa memandang Aiman dan menyambung kerjanya.
"Seriously bro? Dia layak kerja lebih dari tu kot"
Walaupun mereka jarang berhubung, Aiman masih lagi mengetahui perkembangan dari Carina. Dia juga tahu Carina berjaya melanjutkan pelajaran ke Uitm jadi dia merasakan pekerjaan tea lady itu tidak berapa sesuai untuk Carina.
"Dia nak kerja sini. Tu je kerja aku boleh bagi. Lagipun aku takdelah kejam sangat. Gaji aku bagi berbaloi apa"
Aiman mahu membantah tapi Carina menahan.
![](https://img.wattpad.com/cover/176783917-288-k462162.jpg)
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...