2- agreement

4.1K 101 5
                                    

Carina meraup wajahnya. Entah apa lagi dugaan yang akan datang menimpanya. Yang pastinya masalah demi masalah ini perlu diselesaikan dengan segera. Dia tidak mahu adiknya terus terusan berada dalam keadaan bahaya. Dia perlu berjumpa Ardena dengan kadar segera. Dengan pantas telefonnya dicapai lalu dia mendail nombor Ardena. Hanya ini saja jalannya. Lagi pula dia memang tiada rakan yang lain. Hanya Ardena saja yang sebulu dengannya.

"Hello" suara Ardena kedengaran serak seperti baru bangun tidur.

"Don't tell me you are still sleeping Dena"

"It's saturday bro. Plus last night aku balik lambat. Kau nak apa? Asal semalam kau blah je? Puas aku cari tau." Kata Ardena lalu menguap

"Let's meet. Aku datang rumah kau japgi ea?"

"Eh takpe takpe biar aku datang rumah kau. Give me 30 minutes" Ardena dengan pantas menutup telefonnya sebelum Carina sempat berkata apa apa. Carina yakin yang Ardena tidak berada di rumahnya. Pasti semalam Ardena mengikut Ian balik. Lantaklah. Dia malas mahu ambil pusing kerana dia tahu walau berbuih mulut menasihati Ardena, dia tetap tidak akan berubah. Jadi dia ambil keputusan untuk diam sahaja. Asalkan Ardena tidak mengajak dia melakukan perkara yang bukan bukan, itu sudah cukup bagus.

Setelah hampir sejam menunggu, bayang Ardena masih tidak kelihatan. Mahu saja dia menelefon Ardena dan memaki perempuan itu tapi ditahan saja kerana dia tahu memang itulah perangai Ardena yang sebenarnya. Ketukan di pintu membuatkan Carina bangun. Sengihan Ardena  dibalas dengan jelingan sahaja.

"Ciao. Tak sangka aku boleh datang seawal ni."(hello)Kata Ardena dengan tenang lalu merebahkan badannya dia atas sofa tanpa dipelawa oleh Carina. Disebabkan mereka sudah bersahabat lama, dia dapat mengenali beberapa perkataan itali yang sering disebut oleh Carina.

"Memandangkan kau lambat sampai 25 minutes, let me straight to the point je" kata Carina memandang serius Ardena. Baginya masalah ini harus diselesaikan dengan segera. The sooner the better.

"Really? Lambatnya" kata Ardena yang pura pura terkejut dan meletakkan tangan di mulutnya. Tawanya pecah melihat muka Carina yang serious itu.

"Okay okay. Tell me what it is. Apa yang penting sangat tu?

Tanpa melengah masa, Carina menceritakan semua apa yang adiknya, Charlie ceritakan kepadanya tanpa meninggalkan satu info pun. Dengan Ardena, dia tidak perlu merahsiakan apa apa.

"Che cosa??! Omg is this for real?" (What) Ardena menutup mulutnya. Tapi kali ini dia benar benar terkejut.

"Okay now tell me what can i help you? Cakap je. Ti aiuterò." (I will help you) kata Ardena sambil mengusap perlahan tangan Carina. Dia faham Carina bukan dari golongan yang senang tapi dia tahu Carina seorang yang sangat rajin berusaha. Carina yang mendengar pula berasa terharu. Walaupun Ardena seorang yang sosial, dia adalah seorang kawan yang sangat baik. Tidak pernah berkata tidak apabila kawan kawan memerlukan pertolongan.

"Can i borrow your money? I will pay as soon as possible. Bila aku dapat kerja aku akan bayar."

"Okay. That's not a big deal. Nanti aku pinjam duit mummy aku. Pasal bayar balik tu kau takyah la nak pening pening fikir. Bayar bila dah ada duit je nanti. Plus that's not my money hehehe"

Lantas Carina memeluk Ardena. Ardena seorang yang agak beruntung kerana masih mempunyai seorang emak dan dia juga mewarisi harta atuknya. Tetapi, Carina tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan di atas kekayaan sahabatnya itu kerana dia percaya rezeki setiap orang adalah berlainan. Rezekinya mungkin mempunyai seorang adik walaupun tidak kaya manakala Ardena pula adalah anak tunggal walaupun dimewahi dengan harta. Mungkin sebab itu juga dia dan Ardena berkawan lama.

Carina AmelynWhere stories live. Discover now