Carina terjaga dari tidurnya apabila dia merasakan ada seseorang mengelus lembut rambutnya. Dia membuka matanya perlahan lahan dan melihat Nick yang sedang baring sambil memandangnya. Dia cuba bangun tapi Nick mengetatkan pelukannya.
"Did i wake you up?" Tanya Nick
"I um.. bila boss balik?" Carina cuba menyelesakan badannya di dalam pelukan Nick.
"Just now"
Carina mengangguk dan memusingkan badannya untuk mengambil telefonnya. Pukul 4 pagi. Dia memandang Nick semula.
"It's still early. Let's go back to sleep"
Nick tidak menjawab tetapi hanya mengetatkan pelukannya dan mula memejamkan matanya.
*****
Carina meraba raba tempat di sebelahnya. Kosong. Dia membuka matanya perlahan lahan. Dia duduk dan mengeliat perlahan. Rasanya semalam Nick sudah pulang ke rumah.
"Mimpi ke semalam tu?" Katanya lebih kepada dirinya sendiri lalu dia bangun dan mandi.
Seusai sahaja mandi dia mengenakan tank top dan short pants lalu dia mengatur langkahnya ke luar bilik. Dia terkejut apabila mendapati Nick sedang membuat sarapan di dapur. Nick tidak perasan akan kehadirannya kerana membelakanginya. Dia tiptoe ke arah Nick dan melihat Nick secara senyap senyap. Setiap pergerakan Nick dia perhatikan. Dia tersenyum senget melihat badan Nick yang tidak berbaju.
"Like what you see, princess?" Nick mengerling ke sisi untuk melihat Carina sambil tersenyum sinis.
Carina hanya menayangkan sengihnya sebelum langkahnya diatur perlahan ke arah Nick.
"Let me do this. This is my job" Carina cuba mengambil alih tugas Nick tapi Nick menolaknya perlahan.
"It's okay. You seat there first. I'm almost done"
Carina tidak perlu disuruh dua kali. Dia terus sahaja duduk di kerusi dan menunggu Nick. Nick membawa pancake yang dibuatnya sebentar tadi dan duduk di sebelah Carina.
"Wow. Perfect" Carina menepuk tangannya. Dia mengambil mapel syrup dan membuat bentuk smile di atas pancake Nick.
"How old are you?" Nick tersenyum senget lalu menyuap pancake ke mulutnya.
Carina hanya melemparkan senyuman dan makan. Dia memandang Nick yang sedang khusyuk makan. Kunyahannya terhenti apabila dia terlihat muka Nick yang mempunyai sedikit luka dan lebam di bahagian rahang dan sebelah mata kirinya. Dia mendekatkan jaraknya dengan Nick dan menyentuh perlahan lebam di muka Nick.
"When did you get this? Kenapa tadi saya tak perasan?"
"Mungkin sebab kau lapar sangat? That's why kau tak perasan."
"Seriousla boss. Kenapa ni?"
"Jatuh"
"I'm not stupid you know"
Nick tersenyum senget dan merapatkan badannya dengan Carina.
"I know. Now, if you don't mind, i want to eat."
Carina menjauhkan tangannya dari muka Nick dan mengangguk. Dia mula makan dengan perlahan. Loceng diluar berbunyi membuatkan Carina bangun dari kerusinya tapi ditahan Nick.
"Stay here" kata Nick sambil bangun perlahan lahan seolah olah tidak mahu mengeluarkan bunyi sedikit pun. Carina mengerutkan dahinya tapi masih akur. Nick membuka pintu lalu melemparkan pandangan yang membosankan.
"Kau nak apa datang rumah orang pagi pagi?" Nick membuka pagar rumahnya.
"Just want to make sure that you're safe" kata Adam lalu masuk.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Acción"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...