Carina menghela nafasnya perlahan. Badannya dipusing menghala ke kanan dan kiri cuba mencari posisi yang sesuai untuknya tidur. Selepas sahaja balik dari makan malam bersama Nick dan adiknya, dia tidak dapat melelapkan matanya. Mungkin kerana teringat akan kata kata Nick yang berbual dengan adiknya. Dia bangun dan menuju ke dapur. Tiba tiba tekaknya berasa haus.
Dia sedikit terkejut apabila melihat susuk tubuh Nick yang sedang duduk sambil menongkat dagu. Nick mengangkat wajahnya dan merenung Carina. Carina menghiraukan Nick lalu membuka peti ais dan mengambil sekotak jus oren. Apabila dia pusing dia mendapati Nick berada di belakangnya rapat.
"Ketepilah" dia menolak Nick lalu pegi ke arah sinki untuk mengambil gelas bersih.
"Kau okay ke? Dari makan tadi kau tak cakap banyak pun" Nick menyandarkan dirinya pada rak di sebelah Carina.
"Okay je. Cuma maybe penat sikit. Terima kasih boss sebab belanja saya dengan adik saya makan" Carina memandang Nick lalu melemparkan senyuman yang tidak ikhlas sebelum minum.
"Nak" kata Nick selepas Carina habis meneguk jus oren itu. Carina mengoncang kotak itu sebelum membuat muka sedih kepada Nick.
"Sorry. Dah habis" dia kemudian tersenyum senget sebelum membasuh cawannya. Baru sahaja kakinya melangkah beberapa tapak untuk naik ke biliknya, Nick menarik tangannya sehingga dia terpusing menghadap Nick.
"Nak jugak." Kata Nick kemudian menciumnya bibirnya perlahan. Carina yang terkejut terus sahaja menolak nolak dada Nick tapi Nick sedikit pun tidak berganjak. Dia cuba memijak kaki Nick tapi Nick dengan pantas mengangkat kedua belah pahanya. Carina yang takut akan terjatuh terus sahaja melilit kakinya di pinggang Nick. Tangannya pula memeluk leher Nick. Nick tersenyum di antara ciuman mereka. Carina masih lagi diam tidak membalas ciuman Nick. Nick melepaskan ciuman dan melihat Carina yang melemparkan pandangan yang tajam terhadapnya.
"Awak ingat saya perempuan murah ke?"
"Kenapa kau cakap macam tu?" Nick mengerutkan dahinya.
"Awak cium saya sesuka hati, sentuh sentuh saya, awak ingat saya perempuan murah ke?!" Carina menengking Nick. Dia menolak nolak bahu Nick supaya Nick menurunkannya. Nick tidak menurunkannya malah menolak Carina ke dinding. Jadi, Carina tersepit diantara dinding dan Nick.
"Aku tak pernah anggap kau murah"
"Then why you always touch me like i'm a cheap whore?!"
"Stop saying things like that, Carina. And stop yelling at me" Nick mula berasa berang kerana Carina tiba tiba berani meninggikan suara kepadanya.
"Tell me. Why you always kiss me? Kita bukan siapa siapa. Awak boss saya je. Ke sebab awak pernah nampak saya dekat club so you assume saya ni jenis perempuan yang suka bila lelaki sentuh sentuh? Ataupun awak memang dah biasa buat benda macam ni dengan random chick?" Kata Carina.
"I'm not like that. I-"
"Dah la Nick. Let me go. Saya nak tidur." Nick masih lagi tidak melepaskan Carina malah dia merenung mata Carina dalam. Apabila Carina cuba menolak dirinya, dengan pantas dia mencium Carina sekali lagi. Kali ini lebih lembut, tidak seagresif tadi. Ciuman kali ini lebih untuk menenangkan Carina. Suprisingly, Carina membalas ciuman Nick. Berbeza dengan Nick, ciuman Carina lebih agresif. Seolah olah melepaskan perasaan yang terbuku di hati. Nick menyengetkan kepalanya lalu mendalamkan ciuman mereka. Kaki Carina memeluk Nick erat supaya tiada ruang di antara mereka. Dia menarik kepala Nick untuk mendalamkan ciumannya. Mereka melepaskan ciuman untuk mengambil nafas.
"Aku tak sentuh kau sebab anggap kau perempuan murah. I think.. I think I started to like you." kata Nick lalu menurunkan Carina tapi kedua tangannya masih lagi mengepungnya di dinding. Carina terpinga mendengar kata kata Nick.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...