Carina terjaga dari tidurnya apabila dia mula berasa bahang. Dia membuka matanya perlahan lahan. Matanya terbuntang apabila mendapati separuh dari badannya menghempap badan Nick. Seingatnya dia sudah menjarakkan dirinya dengan Nick sebelum dia tidur. Dengan seperlahan yang mungkin dia cuba mengalihkan badannya dari Nick tanpa mengejutkan lelaki itu. Dia mengangkat wajahnya untuk melihat muka Nick. Dia terkejut sekali lagi apabila Nick sedang tersenyum sinis melihatnya.
"Tak payah la buat muka camtu. Buruk tau"
Carina cepat cepat menjauhkan dirinya dari Nick. Nick pula bangun dari baringnya lalu menekapkan telapak tangannya ke dahi Carina dan dahinya.
"Badan kau dah kurang sikit panas"
"Saya dah berpeluh. Nanti kebah la demam ni"
"Pergi tido balik dan jangan banyak cakap."
"Adik saya dah balik ke?"
"Dah. Dia pun sama macam kau. Terkejut beruk tengok kau tidur peluk aku"
"M-mana ada. Saya tak sengaja ea. Sapa suruh awak tido sini"
Carina mula rasa wajahnya bahang kerana malu dengan perlakuannya. Nick hanya menghiraukan Carina dan bangun membawa dulang berisi mangkuk bubur ke bawah.
Sesampai sahaja di bawah dia melihat Charlie sedang menonton televisyen sambil makan nasi goreng. Dia meletakkan dulang di dapur dan duduk bersama Charlie.
"Makan" kata Charlie dan Nick hanya memgangguk.
"Korang tinggal berdua je ke dekat sini?" Entah kenapa mulut Nick berasa ringan mahu bertanya dan mengambil tahu tentang mereka.
"Akak je yang tinggal sini. Saya biasanya duduk dekat dengan u. Menyewa dengan kawan. Rumah ni pun tinggalan arwah mak. Sebab tu akak duduk sini je lagipun nak menyewa dekat tempat lain sekarang boleh tahan harga dia"
Nick mengangguk. Dia mahu bertanya dengan lebih lagi tapi terhenti apabila Carina turun dari tangga.
"Kan aku suruh tido"
"Tak boleh tido dah la. Asyik tido jee" Carina mengambil tempat disebelah Charlie.
"Nasi goreng?? Nakk" tiba tiba dia merasakan nasi goreng itu kelihatan menyelerakan lagipun tekaknya tidak mampu lagi menelan bubur yang tawar itu. Carina cuba merampas pinggan dari Charlie tapi Charlie menahan.
"Tak leh tak leh. Akak kan demam. Kena makan bubur lagipun tadi akak batuk kan? So tak boleh makan ni. Ni berminyak"
"No! Lo voglio ancora!" (I still want it)
"Jangan degil lah" Charlie menyuruh Nick memegang pinggan nasi goreng itu supaya jauh dari kakaknya.
"How could you do this to me.. i'm hungry" Carina mula mencebikkan mulutnya. Airmata yang tiada pura pura dikesat untuk menambahkan rasa bersalah Charlie.
"Yela yela" Charlie menghulurkan pinggan nasi goreng kepada Carina dan Carina dengan gembira menerimanya. Dia menukar siaran tv yang menarik perhatiannya. Nick meminta izin untuk mengundur diri kerana tidak mahu menganggu mereka.
"Terima kasih boss sebab datang. Esok saya datang rumah boss ye. Janji" Carina membuka pagar untuk Nick.
"Tak payah la datang kalau tak sihat lagi"
Nick mengusap perlahan rambut Carina dan masuk ke dalam keretanya sebelum berlalu pergi. Carina tersengih dan memegang rambutnya. Dia memusing musingkan badannya sambil mengigit kuku.
"Woi buat apa lagi duk tengah panas tu?!" Jerit Charlie dari dalam rumah.
Carina mencebik lalu masuk ke rumahnya. Nasi goreng yang diletakkan di atas meja diambil semula dan dia mula menjamahnya. Charlie meletakkan tangannya ke dahi Carina dan dahinya.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...