13 - mad

2.4K 59 0
                                    

Mangkuk yang berisi mee dicapai dan dimasukkan ke dalam kuali. Kemudian Carina mengaulkannya rata sambil menyanyi kecil. Nick yang baru saja turun dari tangga terus pergi ke arah dapur kerana bau masakan yang dimasak Carina. Dia meleretkan senyumannya apabila melihat Carina yang sibuk memasak dan menyanyi. Nick menyandarkan dirinya di tepi peti ais di belakang Carina dan matanya sengaja memerhati badan Carina yang mengikut tempo lagu yang dinyanyinya. Damn she need to stop swaying those hip.

Nick datang dekat ke arah Carina lalu memeluknya dari belakang dan merebahkan kepalanya di bahu Carina. Carina sedikit terkejut tapi kemudian dia menghadiahkan senyuman kepada Nick.

"Morning." kata Nick lalu melihat wajah Carina dari tepi. Nick gembira melihat Carina yang sentiasa tersenyum dengannya bukan seperti awal awal perkenalan mereka dahulu.

"Morning. Harini saya buat mee lagi" kata Carina lalu mematikan api dan mengambil pinggan untuk menyenduk mee.

"Let me do this. You duduk dulu" kata Nick lalu mengambil alih kerja Carina. Carina akur dan duduk di bar stool.

"I lepasni nak pergi rumah abang I tau. You want to come?" kata Nick lalu mula makan. Carina pada mulanya mahu ikut tapi apabila teringat akan Anna yang tinggal bersama Matthew membuatkan dia membatalkan niatnya. I mean she friendly and stuff tapi kalau Anna memberinya baju lagi, dia tidak tahu bagaimana mahu menolak. Baju yang diberi Anna pun sudah dia sorok supaya Nick tidak menjumpainya.

"No, it's okay. I duduk sini je"

"You sure?" Carina hanya mengangguk lalu mula makan juga. Setelah itu masing masing sibuk makan dan tidak bersuara. Nick mengusap rambut Carina apabila selesai makan lalu bangun membasuh pinggannya.

"Cepatnya you makan? Tak sedap ke?" Nick memusing memandang Carina sekilas lalu menghadiahkan senyuman sebelum membasuh pinggan.

"You masak semua sedap. I nak cepat sebab nak jumpa abang I. I pergi dulu ea. Tunggu I balik tau." Carina hanya mengangguk faham. Nick mengelap tangannya dengan kain bersih sebelum mencium dahi Carina dan melangkah ke luar rumah.

Seusai makan, Carina mengambil tempat di ruang tamu untuk menonton rancangan televisyen. Dia mula berasa bosan lalu kemudian dia tersenyum apabila dia mendapat satu idea dan dia terus saja berlari ke biliknya. Dia menukar bajunya dengan pakaian yang lebih sesuai untuk jogging dan keluar dari rumahnya.

Dia lupa bila kali terakhir dia jogging dan meluangkan masa untuk dirinya sendiri. Dia pergi ke taman perumahannya dan berlari disekeliling tasik. Dia duduk seketika di couch apabila berasa penat. Mungkin kerana sudah lama tidak berjogging membuatkan dia cepat berasa penat. Disebabkan cuaca masih pagi, jadi tidak ramai orang yang berada di situ.

Ketika dia cuba mengatur nafasnya, tiba tiba saja seseorang menghulurkan air kepadanya. Dia mengangkat wajahnya memandang orang di hadapannya dan sedikit terkejut apabila melihat dia disini. Mark.

Mark terus saja duduk disebelahnya sambil tangannya masih menghulurkan air mineral kepadanya. Dia melihat Mark yang mengenakan pakaian yang lebih casual iaitu t-shirt yang berlengan pendek dan seluar track biasa. Dia berasa sedikit pelik kerana Mark tiada apa apa tatu di tangannya tapi hanyalah di lehernya. Ianya jauh sekali dengan tanggapannya yang menyangkakan Mark juga mempunyai banyak tatu seperti Nick. Dia dengan teragak agak mengambil juga air yang dihulur Mark. Kalau tidak disebabkan dia berasa haus ketika itu, mana mungkin dia akan ambil dari strangers. Well, kiranya Mark adalah strangers kerana mereka baru berjumpa dua kali.

"Thanks" gumamnya perlahan. Mark hanya mengangguk lalu meletakkan kedua tangannya ke belakang supaya dia dapat menyandar dengan tangannya.

"Why are you here alone?" Tanya Mark kemudiam mengorak senyuman sinis apabila Carina masih lagi memandangnya.

Carina AmelynWhere stories live. Discover now