15 - beginning

2.7K 58 0
                                    

Carina menutup mulutnya kerana terkejut dengan cerita Nick. Tidak dia sangka yang mama Ian memaksa Ian sendiri untuk meninggalkan Ardena kerana mamanya tahu yang Ardena sentiasa pergi ke kelab malam dan kadang kala pulang dalam keadaan mabuk. Disebabkan hubungan Ian dan Ardena yang semakin lama dan semakin akrab, mama Ian mula mengambil tindakan dengan mengupah orang untuk menyiasat latar belakang dan aktiviti yang dilakukan Ardena. Dia terus saja menyuruh Ian meninggalkan Ardena apabila mengetahui perangai Ardena yang sebenarnya. Lebih teruk apabila mama Ian menuduh Ardena adalah punca Ian selalu pergi ke kelab malam. Jadi, dia tidak mahu mereka bersama lagi kerana dia tidak mahu Ian menjadi lebih teruk.

Pada mulanya, Ian hanya menghiraukan permintaan mamanya tapi keadaan menjadi lebih teruk apabila mamanya mula memaksa Ian berkenalan dengan wanita wanita yang kononnya lebih alim berbanding Ardena. Ian makin lama makin bertambah serabut kerana ada sesetengah perempuan yang terlebih confident sehingga mereka dengan beraninya datang ke office Ian. Disebabkan itu jugalah Ian tidak mahu Ardena pergi ke pejabatnya kerana khuatir Ardena akan terserempak dengan mana mana perempuan itu. Dia tidak mahu merumitkan keadaan yang sedia rumit jadi dia merasakan adalah lebih baik jika Ardena tidak tahu tentang apa yang berlaku. Dia juga terpaksa menjauhkan diri dari Ardena kerana itu juga arahan dari mamanya.

"God, macam dram tv3 la" kata Carina kemudian menyandarkan badannya di sofa.

"I know right. I mula mula ingat dia gebang tapi tengok muka dia cam serious je. So, i decided untuk percaya." Nick juga menyandar di sebelah Carina. Tiba tiba Carina memandang Nick lalu memeluknya. Nick tidak berkata apa apa tetapi hanya menepuk bahu Carina.

"Macam mana kalau.. kalau mama you pun tak suka I? I pun sebenarnya lebih kurang sama dengan Ardena tau dulu. Bila mama I dah takde, baru i try untuk berubah." kata Carina lalu mengangkat wajahnya memandang Nick. Nick hanya senyum lalu mengusap kepala Carina.

"Jangan risau, mama I dah takde. Dia meninggal masa tengah melahirkan I. Kalau dia ada pun I yakin dia akan suka you. Plus, I pun sama jela macam you and I think I lagi teruk kot. Semua orang buat silap and I tak kisah pasal your past pun." Nick senyum kepada Carina. Carina pula terkejut apabila mengetahui Nick tidak mempunyai mak. Sangkanya Nick cuma tidak mempunyai bapa.

"I'm sorry. I tak tau pasal your mum. I'm so-" kata kata Carina terputus apabila Nick meletakkan jari telunjuknya dia bibir Carina.

"Benda dah lepas. I pun tak terasa sangat sebab I tak pernah jumpa dia." Kata Nick lalu menghadiahkan senyuman ikhlas buat Carina.

"So, em what about your dad?"

"My dad yang besarkan I dengan Matthew tapi tula tak lama gak. Sampailah umur I 22 dia pun tinggalkan I." Carina mengangguk lalu memeluk Nick sekali lagi.

"Kita sama cumanya I sempat rasa kasih sayang my dad. Cuma adik I lah yang tak berapa nak kenal ayah I sangat. I dengan Charlie memang rapat sangat dari kecil. Bila my mom meninggal, I dengan Charlie jadi lebih rapat. We realize that we only have each other in this world and yeah I can't live without him" Nick hanya mengangguk lalu meletakkan kepalanya di atas kepala Carina.

"Dah. Jangan sedih sedih. Jom tidur" Nick menutup tv dan menarik tangan Carina untuk bangun. Dari tadi tv yang menonton mereka bukan mereka yang menonton tv. Carina terjerit kecil apabila Nick tiba tiba saja mencempung dirinya. Dia tidak meronta malah melilitkan tangannya ke leher Nick. Setelah masuk ke dalam biliknya, Carina sedikit terkejut apabila Nick menutup pintu itu dan menguncinya.

"Eh, you nak buat apa ni? You jangan nak mengada ngada ea. Bilik you dekat sebelah" Carina meronta ronta di dalam dukungan Nick. Nick hanya tersenyum sinis sebelum mencampak Carina ke atas katil kemudian dia terus saja membuka bajunya. Carina mengesot kebelakang apabila melihat Nick membuka bajunya. Memanglah Nick selalu juga tidak berbaju di hadapannya tapi apabila melihat Nick membuka baju dihadapannya sendiri.. ia adalah situasi yang berbeza.

Carina AmelynWhere stories live. Discover now