"Carina, bukak pintu ni. You dari petang tadi tak makan apa pun. I risau lah. Please, keluar sayang." Nick tidak lagi putus putus mengetuk pintu bilik Carina dari pagi. Carina di dalam bilik hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak bersedia mahu berjumpa dengan Nick lagi.
"Kalau you tak cerita dekat I, I taknak keluar jumpa you. Kalau I keluar pun I taknak cakap dengan you" kata Carina sambil mengunyah keropok. Dia memang ada sebuah almari dimana dia menyimpan makanan ringan di dalam biliknya kerana dia memang suka mengunyah sambil menonton tv.
"Sayang, you nak I cerita apa lagi? I tak ada apa pun yang nak diceritakan" Nick mengeluh perlahan. Mana mungkin dia memberitahu rahsianya yang satu itu. Rahsia dimana dia pernah membunuh ramai orang. Dia juga banyak merosakkan ramai orang dengan dadah yang dijualnya. Dia memilih untuk bersama Carina kerana Carina tidak tahu akan sisinya yang buruk itu. Dia juga yakin Carina akan meninggalkannya jika dia memberitahu rahsia itu dan dia tidak bersedia. Dia tidak bersedia untuk ditinggalkan Carina. Dia tidak pernah serius apabila berkaitan dengan perempuan jadi apabila dia betul betul mencintai Carina, dia tidak akan melakukan sesuatu yang akan membuatkan Carina meninggalkannya dan dia juga akan memastikan Carina tidak akan meninggalkannya.
"Fine. Suka hati you lah" Kata Carina pula lalu memutarkan bola matanya. Dia menukar siaran tv dan kembali menyandar di kepala katil.
"Carina, kalau I dapat masuk bilik ni-"
"Yes, Nicholas . You nak buat apa dekat I, sayang? I tak takut" Carina menjelirkan lidahnya walaupun dia tahu Nick tidak dapat nampak. Dia kemudian ketawa kecil apabila Nick tidak lagi bercakap diluar.
Ya, dia memang tidak mahu berjumpa dengan Nick tapi itu tidak bermakna dia marahkan Nick. Dia sengaja mahu menyeksa Nick kerana tidak berterus terang dengan dirinya tentang siapa Nick yang sebenarnya. Dia yakin Nick pasti menyorokkan sesuatu darinya kerana dari riak wajah Nick apabila dia bertanya soalan tadi.
Apabila Carina sedang seronok menonton tv tanpa diganggu oleh Nick, dia tiba tiba terdengar tombol pintu bergerak gerak seperti seseorang sedang cuba membukanya dengan sesuatu. Dia mengerutkan dahinya sebelum dengan gelabah dia meletak makanannya di atas meja kecil disebelahnya dan memeluk bantal disisinya untuk menutup mukanya tapi dia mengeluarkan kepalanya sedikit untuk melihat. Dia terjerit kecil apabila pintu itu berjaya dibuka dari luar. Kelihatan Nick sedang tersenyum sinis melihatnya.
"Hai sayang" kata Nick lalu menutup pintu bilik itu dan menguncinya semula.
"M-macam mana you boleh bukak pintu ni?" Carina cepat cepat masuk ke dalam selimut apabila sedar yang dia hanya memakai short pants dan sleeveless crop top saja. Memanglah Nick pernah nampak dia memakai sebegitu tapi kali ini muka Nick yang semacam membuatkannya sedikit cuak. Selimut dibetulkan supaya menutup seluruh badannya.
"That's one of my skill, honey" kata Nick sambil sengaja tersenyum gatal melihat Carina.
"Well actually, I can show you my other skill.. if you want to see" kata Nick lalu tersenyum sinis sekali lagi. Ingin saja dia ketawa apabila melihat Carina yang gelabah melihatnya.
"D-don't move" Carina melihat belakangnya dan sedar yang dia tiada ruang untuk melarikan diri dan apabila dia memandang ke depan, tahu tahu saja Nick sudah berada di hadapannya. Carina terjerit kecil apabila Nick menarik kasar selimut yang menutup badannya sehingga jatuh ke lantai. Baru saja dia mahu mengambil selimut itu, Nick terus saja melompat ke atas katil lalu menghempapnya tapi hanya separuh badannya saja.
"You nak pergi mana, ha? I dah cakap. Kalau I dapat masuk bilik ni-"
"Lepaslah! Kita tengah gaduh. Mana boleh bercakap." Kata Carina lalu menolak tubuh Nick yang menghempapnya. God, dia tak tau ke dia ni berat. Nick pula hanya ketawa sebelum memeluk Carina erat.
YOU ARE READING
Carina Amelyn
Action"I fucking hate you!" - Carina menolak dada Nick dihadapannya. "Oh honey, don't be so mean" - kata Nick seraya menarik Carina ke dalam pelukannya. Rontaan Carina tidak dipedulikan. "Let me go!" Jerit Carina "No. No way. You are mine. Forever mine."...