Kalau rakan sebaya semuanya sudah mula bermain dengan lipstik, pewarna kuku dan pengering rambut, Rizki, 12, tak sudi. Kalau rakan-rakan lain sudah mula bergaya bagai selebriti, Rizki, tak termasuk dalam kategori.
Tapi yang paling Rizki benci, rambutnya. Sepatutnya dia bersyukur dengan kurniaan Ilahi kerana tidak menghidap alopecia, namun rambutnya lurus dan keras. Macam dawai.
Tak mahu mengikut kata perapi. Tak makan saman dengan gel. Tak boleh diikat sebab ia membuatkan kulit kepalanya sakit.
Sebab itu dia lebih suka berambut pendek. Nak berlari pun senang.
Bukan dia tak tahu, ramai yang panggil dia 'jantan'. Lebih baik dianggap 'jantan' daripada berperangai 'betina', itu pendapatnya.
Jadi pada hari Remy beriya-iya bertegang urat dengan seorang murid sekelas mengenai ke'jantan'an Rizki, gadis itu terharu jadinya.
Memanglah dia ditugaskan untuk menjaga Remy. Dia lebih tua, dan lebih tahu. Dia sedar dia perlu mainkan peranannya tanpa timbul rasa keliru.
"Rizki perempuanlah," tegas Remy.
"Kalau kau suka, kau ambillah dia jadi kakak angkat. Panggillah dia kakak," Sharif, pelajar sekelas Rizki, tak sudan-sudah mengusik Remy.
"Apa yang kau mengarut ni? Sudahlah!" marah Remy cuba untuk angkat kaki sahaja. Dia mula melangkah.
"Eh kenapa kau tersipu-sipu? Kau suka dia ya? Kau nak jadikan dia girlfriend kau? Remy, girlfriend dia, budak jantan, Rizki! Perempuan tak cukup sifat!" Sharif mengejek lagi, kali ini disambut ketawa rakan-rakannya yang lain. Mereka mengelilingi Remy, sengaja mahu menyakitkan hati.
Rimas!
Lalu bup! Suatu tumbukan padu hinggap ke dagu Sharif.
Pelajar darjah enam itu terkejut, tidak sangka Remy akan membalas begitu.
Sebenarnya memang Remy ada hati pada Rizki. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui. Jadi ada baiknya dia tutup mulut Sharif yang tak faham bahasa itu.
"Woi! Kau pukul aku ya! Tunggu situ!" bentak Sharif.
Remy tegak di kedudukannya. Dia tidak takut. Dia lebih tinggi daripada Sharif. Biarpun Sharif mungkin lebih berisi, Remy pasti dia takkan kalah jika dibuli. Tangannya pun tak rasa sakit langsung.
"Oi cikgu datang!" Rizki menjerit dari sebalik pokok ketapang, lalu Sharif dan gengnya bertempiaran lari.
Remy menoleh ke belakang. Rizki! Agaknya, Rizki dengarkah kata-kata Sharif tadi? Tentang Remy sukakan Rizki? Tak boleh jadi ni.
"Heh, sakit tak tangan tu?" tanya Rizki.
Remy menggeleng dalam malu. Habislah aku, Rizki dah tahu isi hati aku.
"Kau tak ada hobi lain? Bergaduh? Dengan Sharif pula tu. Kau tak tahu ke, dia tu, pergi sekolah, tak mandi pagi tau. Sanggup kau sentuh badan busuk dia?" tanya Rizki sambil mendekati Remy.
Tangan Remy diintainya. Dia lega kerana Remy tidak luka. Remy tidak boleh luka. Kalau Remy luka, mana dia nak cari serbuk kopi?
"Ye ke dia tak mandi? Basah je badan dia tadi," balas Remy, tak pasti apa nak dibualkan dalam saat begini.
"Itu mandi peluh, dohdoh!" Rizki ketawakan Remy.
Kalau Rizki guna perkataan 'dohdoh' itu tandanya dia bergurau. Remy tak ambil hati.
Tapi Remy mahu sangat-sangat .x kira sangat cakap orang tak berguna macam tu."
"Betul juga."
"Memang aku betul. Sharif tu, kalau aku simpan rambut panjang pun, sampai bila-bila dia akan kutuk aku, sebab aku tahu dia tak mandi pagi. Dia pernah tumpang kereta aku ke sekolah, sebab tertinggal bas. Mak dia sendiri yang kata dia tak sempat mandi pagi tu," cerita Rizki tergelak-gelak.
Tersembur ketawa Remy. Ceria hatinya melihat kecomelan Rizki.
Macam jantan apanya? Comel gila Riz ni. Sudahlah comel, baik hati. Pandai belajar dan bawa diri.
Remy, 11 tahun, sudah tahu hatinya takkan ditawan yang lain lagi.
Dalam hati Rizki dia berazam, mulai esok, dia bukan sahaja akan bawa garam ke sekolah. Dia perlu bawa serbuk kopi juga. Dah pandai bergaduh pula si Remy ni.
Terpaksalah Rizki laporkan pada mama dan papa nanti.
Haih.
YOU ARE READING
Remy8
FantasyRemy, anak yatim-piatu, tidak perlu kuasa aneh mahupun sepasang sayap. Dia cuma mahu tahu asal-usulnya, dan dia mahu Rizki, teman baiknya, muncul kembali di sisinya. Tapi bagaimana?