2

472 17 0
                                    

JUNGKOOK terdengar suara yang sedang bercakap. Dia terjaga dari tidur. Dia mengamati sekelilingnya. Dimanakah dia berada? Kawasan itu sungguh asing sekali bagi dirinya. "Dimana aku sekarang? Ini bukan rumah aku." Bisik Jungkook. Jungkook bangun perlahan-lahan menuju ke pintu,  tangannya tidak di ikat. Dia cuba memulas tombol pintu. Perlahan-lahan di pulas. Terdapat lima lelaki di situ, ada yang bermain daun terup. Ada juga yang sedang menghisap rokok.

"Apa kita nak buat dengan perempuan itu?" Tanya salah seorang yang berbadan kurus, dan berambut kerinting.

"Kita akan call ayahnya Jaejoong. Suruh dia bayar hutang-hutang kita." Jawab lelaki yang berbadan gempal. Jungkook tersentak apabila mendengar nama ayah tirinya disebut.

"Kalau dia tidak mahu bayar bagaimana?" Lelaki yang berkepala botak pula bertanya.

"Kalau dia tidak mahu bayar. Kita suruh sahaja perempuan itu bekerja di kelab malam, atau dia juga boleh jadi pelacur." Balas lelaki berbadan gempal sambil ketawa.

"Tunggu dulu. Biar aku call ayahnya." Lelaki berbadan gempal mencapai telefon dari dalam kocek seluarnya. Nombor telefon di dail dan sound telefon dibesarkan.

"Hello Jaejoong. Kau kenal siapa aku?" Tanya lelaki berbadan gempal."

"Aku..aku tahu kau siapa." Tergagap-gagap Jaejoong menjawab.

"Aku call kau sekarang ni kerana aku mahu tuntut hutang aku. Sudah lama aku tunggu untuk kau bayar!" Tengking lelaki berbadan gempal. Jungkook berdiam diri di sebalik pintu dan cuba mendengar perbualan ayah tirinya dengan penculik tersebut.

"Tapi...tapi aku sekarang tiada duit untuk membayar hutang-hutang kau. Beri aku masa lagi." Balas Jaejoong dalam ketakutan.

"Kau dengar sini, anak perempuan kau sekarang berada dalam genggaman aku. Aku nak kau datang sini, bayar hutang-hutang kau kalau kau tak nak anak kau diapa-apakan." Terang lelaki berbadan gempal.

"Anak aku dengan kau sekarang ni?"Jawab Jaejoong.

"Ya. Sekarang kau datang bawa wang sekali, dan kau boleh ambil dia semula."

"Ok. Kalau aku tak nak anak aku. Hutang boleh settle? Lagipun dia bukan anak kandung aku,tapi dia anak tiri aku." Terang Jaejoong.

Air mata Jungkook mula mengalir apabila mendengar Jaejoong berkata sebegitu.

"Jadi kau tak nak dia lagi?" Tanya lelaki berbadan gempal lagi.

"Ya aku memang tidak mahu dia lagi. Dia menyusahkan hidup aku. Jadi deal?" Soal Jaejoong.

"Ok kalau kau sudah berkata begitu. Aku akan jual dia pada kelab malam. Hutang kau selesai." Balas lelaki berbadan gempal. Telefon dimatikan.

"Jadi itu anak tirinya?" Tanya lelaki berkulit hitam pula.

"Yela. Kalau dah macam tu, apa kata sebelum kita jual dia kepada kelab malam, kita rasa dulu tubuhnya? Mesti dia masih virgin lagi. Lagipun kulitnya putih gebu. Aku tidak tahan melihat tubuhnya." Lelaki bermata sepet mula ketawa nakal.

Jungkook sudah mula ketakutan. Kakinya pula sudah sudah tidak boleh berdiri tegak. Dia harus keluar dari situ. Matanya tertacap pada pintu di ruang tamu. Kelihatannya tidak berkunci. Perlahan-lahan jungkook mengatur langkah, supaya mereka berlima tidak perasankan dirinya. Setelah menghampiri pintu ruangtamu, tiba-tiba salah seorang lelaki yang berkurus kering menjerit. "Bos! perempuan tu nak melarikan diri!"

"Tangkap dia!" Jerit lelaki berbadan gempal.

Jungkook dapat meloloskan diri, tetapi ternyata rumah itu berada di tengah-tengah hutan. Ke manakah dia harus pergi di dalam gelap gelita itu, bahkan di dalam hutan.




 Ke manakah dia harus pergi di dalam gelap gelita itu, bahkan di dalam hutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
In Love With VampireWhere stories live. Discover now