11

273 11 0
                                    

JUNGKOOK pelik dengan sikap Taehyung semenjak beberapa hari ini. Lelaki itu terlalu dingin, dan menjauhkan diri dari Jungkook.

Jungkook melihat Taehyung yang ketika itu sedang duduk menonton tv bersama adik beradiknya. Jungkook menghampiri mereka dan duduk di sebelah Taehyung. 

"Tengah tonton tv?" Tanya Jungkook sambil duduk di sebelah Taehyung. Taehyung tiba-tiba bangun. 

"Aku nak keluar sekejap." Taehyung tidak menjawab soalan Jungkook. Jungkook terdiam dengan sikap Taehyung yang tiba-tiba sahaja begitu.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Namjoon.

"Aku ada hal." Taehyung berlalu pergi meninggalkan mereka berempat. Jungkook terasa dengan sikap Taehyung.

"Kau ok jungkook?" Tanya hoseok. Dia berasa kasihan melihat Jungkook di layan sebegitu.

"Saya ok. Tak apa la kalau begitu saya naik atas dulu." Jungkook bangun dan menuju ke biliknya.

"Kenapa Taehyung?" Yoongi begitu pelik dengan sikap uyungnya. Selalunya dia akan melihat Taehyung sentiasa bersama Jungkook. Cuma kali ini lelaki tersebut berubah tiba-tiba. Sepertinya ada yang tidak kena.









"PUAS hati kau sekarang!" Tengking Taehyung.

"Sayang..sayang..sayang..kalau kau tak nak aku lakukan apa-apa pada Jungkook, kau ikut je cakap aku." Seulgi berbisik ke telinga Taehyung.

Kalau nak di ikutkan sudah lama Taehyung ingin membunuh Seulgi. Tetapi atas sebab terhutang budi, yang Seulgi dulu pernah menyelamatkannya dari vampire yang lain, Taehyung membatalkan hasratnya.

"Esok aku akan datang ke rumah kau. Kenalkan aku pada Jungkook." 

"Apa maksud kau." Tanya Taehyung pelik.

"Kenalkan aku pada Jungkook, dan beritahu dia yang aku ni kekasih kau."Terang Seulgi.

"Gila! Aku tak kan buat begitu. Aku akan lukakan hati dia." Bentak Taehyung.

"Betul kau tak nak lakukan? Kau jangan menyesal." Seulgi ketawa sinis.

Setelah berfikir selama lima minit, akhirnya Taehyung setuju dengan permintaan Seulgi. Atas sebab keselamatan Jungkook, Taehyung harus lakukan. Dia tahu yang Seulgi bukan seperti vampire yang lain. Seulgi jenis yang agresif. Jika dia ingin melakukan sesuatu, dia akan lakukan.




"BOLEH aku masuk?" Tanya hoseok. Ketika itu dia melihat Jungkook yang sedang menangis.

"Masuk lah." Jawab Jungkook lemah.

"Kau menangis?" Tanya hoseok lagi.

"Taklah. Mata masuk habuk." Jungkook menipu.

"Jangan tipu aku. Aku nampak kau menangis." Hoseok duduk di sebelah Jungkook.

Jungkook menghelakan nafasnya. "Kenapa dengan Taehyung? Saya ada buat salah apa-apa ke yang menyebabkan dia dingin dengan saya?" Tanya Jungkook.

"Aku pun tak faham dengan hyung aku tu. Tiba-tiba berubah sebegitu. Kau cintakan Taehyung?" Tanya hoseok pula.

"Saya...saya tak tahu." Balas Jungkook. Air mata Jungkook makin deras mengalir.

Hoseok mula merapati Jungkook lalu memeluk Jungkook. Jungkook menangis di bahu hoseok.

Taehyung tiba-tiba muncul di bilik Jungkook. Tetapi dia melihat adiknya yang sedang memeluk Jungkook. Lalu dia mengundurkan diri. Remuk hatinya melihat hoseok dan Jungkook memeluk antara satu sama lain.


In Love With VampireWhere stories live. Discover now