18

279 10 0
                                    

"MINGGU ni saya nak pergi bercamping di tepi tasik." Jungkook memandang ke arah Taehyung.

"Camping? Dengan siapa?" Tanya Taehyung.

"Seokjin dan jimin." Jawab Jungkook.

"Awak sebelum ni pernah ke bercamping?"

"Tak pernah. Tapi ini kali pertama saya nak pergi. Kenapa awak tanya?" Tanya Jungkook.

"Saya bukannya apa risau pula dengan awak. Sebab awak tak biasa berkemah ni. Bahaya."

"Saya bukannya pergi seorang. Kan ada Seokjin dan jimin. Awak jangan risau lah." Jungkook mula duduk di atas riba Taehyung dan merangkul lehernya. 

Taehyung mencuit hidung mancung Jungkook. " Ok awak kena hati-hati pergi sana." Jungkook mengangguk.





JUNGKOOK mula menarik nafasnya, melihat tasik yang begitu luas di hadapannya. "Cantiknya tasik ni."

"Cantik kan. Kami dah lama tak datang sini. Kali terakhir kami datang setahun yang lepas." Terang seokjin.

"Yeke. Cantik sangat. Aku suka" Jawab Jungkook.

"Mari kita pasang khemah." Panggil jimin.

"Ha..ah..lepas ni kita nak cari kayu api pula, sebelum hari ni nak gelap." Jawab Seokjin pula.

Mereka bersama-sama memasang khemah dan seterusnya mencari kayu api.

"Mari kita mandi nak tak?" Tanya jimin.

"Boleh juga tu. Kita mandi sekejap dan lepas tu kita masak untuk makan malam." Cadang Jungkook.

"Ok. Boleh juga. Jom mandi." Ajak Seokjin.

Mereka bertiga menukar pakaian kepada baju mandi. Masing-masing berlari menuju ke dalam tasik. Jungkook berasa begitu teruja kerana tidak pernah merasa gembira seperti itu. 

Semasa dia tinggal bersama jaejoong, hidupnya hanyalah di dalam rumah sahaja. Tidak langsung ke mana-mana. Jika dia ingin mengikuti mereka berdua, dia akan di pukul teruk oleh jaejoong.

"Kenapa kau termenung?" Seokjin berasa pelik melihat Jungkook yang tiba-tiba terdiam.

"Er..tak da apa-apa. Tiba-tiba aku teringatkan jaejoong ahjussi. Dulu kalau aku nak pergi ke mana-mana mesti aku akan di pukul teruk dengan dia."

"Dah la jangan ingatkan lagi pasal ayah tiri kau tu. Kita datang sini nak seronok." Jawab jimin.

Untuk menghilangkan perasaan sedih Jungkook. Seokjin mula memercikkan air pada muka jungkook.

"Hey apa ni." Jungkook mula memercikkan air pada Seokjin dan jimin. Masing-masing bergelak ketawa.








MALAM itu Taehyung berasa tidak sedap hati. Dia tidak tahu kenapa dengan perasaannya ketika itu. Rasa ada sesuatu yang akan berlaku pada Jungkook.

"Kau kenapa? Ada sesuatu di fikiran kau ke?" Tanya Namjoon.

"Apa?" Taehyung tiba-tiba terkejut di tegur hyungnya.

"Kenapa saya tengok kau macam susah hati. Ada apa-apa ke di fikiran kau sekarang ni?" Ulang Namjoon lagi.

"Aku tak tahu. Aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan berlaku pada Jungkook."

"Sesuatu yang berlaku?" Hoseok tiba-tiba menyampuk.

Datang yoongi duduk di kerusi bersama mereka bertiga. "Aku dah lama tak dengar pasal Seulgi. Mana dia ye sekarang ni?"

Taehyung terkesima apabila mendengar nama Seulgi. "Seulgi! Aku kena cari Jungkook sekarang juga!" Jerit Taehyung mula berlari keluar dari rumah agam tersebut di ikuti mereka bertiga.

In Love With VampireWhere stories live. Discover now