20

436 14 0
                                    

AKU tak kan lakukan macam tu." Jawab Taehyung.

"Kalau nak dia hidup, itu sahaja caranya." Balas hoseok.

"Dan dia akan jadi macam kita?" Tengking Taehyung.

Seokjin dan jimin menangis teresak-esak. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa sahabat baiknya akan mati sebentar lagi.

"Cepat Taehyung buat keputusan. Jungkook tidak ada masa lagi. Dia akan mati." Namjoon memandang Taehyung yang berbelah bagi.

"Taehyung!" Jerit Namjoon.

"Saya minta maaf Jungkook. Saya minta maaf." Ucap Taehyung. 

Dia mula merapati Jungkook yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Taringnya mula keluar dari giginya, Taehyung membenamkan taringnya pada leher Jungkook, dan mula menghisap darah Jungkook. Taehyung berasa nikmat merasa darah gadis tersebut.

"Dah cukup Taehyung. Cukup. Kau minum terlalu banyak." Namjoon menarik Taehyung. Darah Jungkook mengalir di tepi bibir Taehyung.

Jungkook masih terdiam kaku di atas tanah. Seokjin dan jimin pula terkejut melihat Taehyung melakukan hal sebegitu.

"Kenapa dia tak bangun?" Taehyung mula menangis. "Jungkook bangun. Bangun." Panggil Taehyung.

Dia memangku tubuh badan Jungkook. Lalu memeluk erat gadis itu. "Jungkook..jangan tinggalkan saya. Jangan tinggalkan saya."

Taehyung mula mengangkat Jungkook dan ingin menuju ke tebing laut. "Kau nak buat apa?" Tanya Namjoon.

"Jungkook tak hidup. Aku akan mati bersama-sama dengannya." Jawab Taehyung.

"Kau jangan jadi gila!" Jerit Namjoon.

Hoseok rasa serba salah. "Mau jangan buat macam ni."

Taehyung telah bersiap sedia untuk terjun ke dalam laut. Tiba-tiba terdengar namanya di panggil.

"Taehyung." Panggil Jungkook.

"Jungkook awak masih hidup. Awak masih hidup." Taehyung merenung mata Jungkook. Dari warna hitam telah bertukar kepada warna putih bersinar.
Taehyung mengucup lembut bibir Jungkook.

Jungkook melihat mayat seulgi yang tidak berkepala. Dia tahu wanita itu sudah pun mati.

"Jungkook." Jerit Seokjin dan jimin dan berlari menuju ke arah Jungkook. Mereka berdua memeluk Jungkook. Jungkook memeluk erat rakannya.

"Saya minta maaf Jungkook." Ucap Taehyung.

Jungkook merenung Taehyung. Dia tidak mengerti dengan kata-katanya. Seokjin dan jimin menunduk.

"Apa maksud awak." Tanya Jungkook.

"Saya dah jadikan awak sebahagian dari kami." Taehyung melepaskan keluhan yang berat.

"Maksud awak?" Jungkook merenung tepat ke arah Taehyung.

"Awak dah jadi vampire."

Jungkook terkejut. Seokjin dan Namjoon juga terkejut mendengar kata-kata Taehyung.














SEBULAN berlalu sejak kejadian di tebing laut, di mana Jungkook sudah tinggal nyawa-nyawa ikan, apabila di tolak oleh Seulgi, demi untuk menyelamatkan nyawanya, Taehyung terpaksa menjadikannya vampire seperti dirinya dan adik beradiknya yang lain.

Seokjin dan jimin pula, pada mulanya tidak dapat menerima hakikat bahawa rakannya itu sudah pun menjadi vampire, tetapi bila di fikirkan balik, mereka harus menerimanya demi untuk rakannya Jungkook.

Taehyung memeluk erat jungkook dari belakang. Dia mula mencium leher Jungkook. Jungkook kegelian.

"Awak menungkan apa?" Tanya Taehyung.

"Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar dah sebulan sejak kejadian di tebing laut tu." Jawab Jungkook.

"Esok kita akan pindah dari sini. Dah tak da apa yang patut kita buat di sini lagi."

Jungkook sudah pun mengetahui tentang perpindahan mereka. "Boleh saya jenguk rumah Eomma dulu, sebelum kita pergi dari sini?" Taehyung menganggukkan kepalanya. 

Dia mula mengangkat tubuh Jungkook dan meletakkan Jungkook di atas katil. Jungkook ketawa. Taehyung mula mengucup bibir Jungkook dengan rakus dan di ikuti Jungkook yang mula membuka pakaian Taehyung satu persatu. Lampu ditutup. Hanya terdengar bunyi esakkan suara mereka berdua.



"JAGA diri baik-baik Jungkook. Kami rindukan kau." Seokjin memeluk erat Jungkook dan di ikuti jimin.

"Ada masa nanti jangan lupa jenguk kami di sini." Jimin menggengam erat tangan Jungkook.

"Jangan risau. Aku tak kan lupakan korang berdua." Balas Jungkook.

Setelah selesai berjumpa rakan baiknya, Jungkook dan Taehyung meninggalkan mereka berdua. Jungkook mula mengalirkan air mata.

"Lepas ni kita pergi ke rumah Eomma awak pula." Ajak Taehyung sambil menyeka air mata Jungkook.

Sampai sahaja di depan rumah Eommanya, Jungkook menangis. Dia tidak akan berpeluang lagi untuk melihatnya.

"Selamat tinggal Eomma." Ucap Jungkook. Taehyung memegang erat tangan Jungkook.






"CANTIK laut dekat sini. Awak pernah datang sebelum ni?" Tanya Jungkook. Dia melihat bintang di langit yang bertaburan. Cuaca pada malam itu sungguh terang.

"Tak pernah. Ini kali pertama saya datang sini." Taehyung mengucup lembut rambut Jungkook.

Jungkook berasa tenang apabila di kucup oleh Taehyung.

"Walau apa pun terjadi, cinta saya pada awak tak kan hilang. Saya akan cintakan awak sampai bila-bila." Taehyung mula melutut di hadapan Jungkook sambil mengeluarkan satu kotak baldu berwarna merah. Dia membuka kotak tersebut. Ada satu cincin bertakhtakan berlian berwarna merah.

"Will you married me?"

Jungkook terpana melihat cincin yang di pegang oleh Taehyung. Dia akhirnya mengangguk tanda setuju. Taehyung bangun dan mula menyarungkan cincin di jari manis Jungkook.

"Saranghae jungkook." Ucap Taehyung.

"Nado saranghae Taehyung." Balas Jungkook. Mereka berdua mula berkucupan antara satu sama lain di hadapan laut yang terbentang luas, disaksikan bulan dan bintang.

















~TAMAT~

In Love With VampireWhere stories live. Discover now