8

323 14 0
                                    

Taehyung duduk di kerusi berhadapan dengan Jungkook. Jungkook kelihatan nyenyak tidur. Dia mengusap rambut Jungkook. "Maafkan aku. Kalau lah Namjoon dan yoongi tak datang tadi, aku tak tahu la apa akan jadi pada kau." Bisik Taehyung.

Muncul hoseok dengan tiba-tiba. "Kenapa Hyung tak bunuh je dia."

"Kau kenapa nak suruh aku bunuh dia?" Marah Taehyung.

"Dia manusia. Memang kita minum darah manusia. Buat apa kita nak simpan dia lagi."

"Kau tak tahu apa-apa, jangan nak sibuk hal aku." Bentak Taehyung.

Badan Jungkook bergerak. Taehyung dan hoseok perasankan keadaan itu, pantas keluar dari bilik itu. Jungkook terjaga. Dia melihat ruang dalam bilik itu. " Tadi macam ada suara bergaduh. Hmm mungkin mimpi." Jungkook berbisik sendiri. Dan menyambung tidurnya semula. Dari luar tingkap berdiri Taehyung dan hoseok melihat Jungkook.

"Hyung ada nak cerita dengan saya?" Hoseok berasa bersalah.

"Mari." Ajak Taehyung.

Taehyung menceritakan ke semuanya. Bagaimana dia berjumpa Jungkook. Hoseok terkejut.

"Tapi dia kan manusia. Bagaimana vampire dengan manusia boleh hidup bersama. Sampai masanya nanti dia akan mati juga." Terang hoseok.

"Aku..aku tak tahu. Aku buntu hoseok. Tapi aku cintakan dia. Aku sayang dia." Jawab Taehyung.







"MACAM mana dapat tak call dia?" Tanya jimin.

"Tak dapat la. Dia pergi mana?Dah dua hari dia tak datang ke kelas." Seokjin begitu risau.

"Apa kata habis kelas ni kita pergi ke rumah Jungkook?" Jimin memberi cadangan.

"Baiklah" Balas Seokjin.






JUNGKOOK terjaga dari tidur. Badannya terasa sejuk. Dia melihat ke luar tingkap. "Salji?" Bisik Jungkook.

Muncul Taehyung, membawa sarapan ke katil Jungkook.

Jungkook kelihatan pelik. "Err...tak da apa-apa berlaku pada diri awak?" Jarinya menunjukkan ke arah luar tingkap. Selalunya vampire tidak boleh terkena cahaya matahari atau pun waktu pagi. Berlainan pula dengan Taehyung.

"Kau pelik? Sekarang musim sejuk. Kami tiada masalah kalau muncul waktu begini. Sebab tiada cahaya matahari." Terang Taehyung.

"Ini ada baju sejuk. Aku beli semalam dan ini sarapan sekali aku bawakan. Makan lah." Taehyung merenung Jungkook. Ingin sekali dia menyentuh pipi Jungkook, mengusap rambut Jungkook dan juga bibirnya ingin menyentuh bibir Jungkook.

Jungkook tidak berselera. Dia hanya menguis-nguis macaroni di dalam pinggannya.

"Kenapa tak makan? Tak sedap?" Tanya Taehyung.

Jungkook menggelengkan kepalanya. Hatinya terasa sayu mengingati rumah ibunya.

"Kau nak pergi lihat rumah kau?" Tanya Taehyung lagi. Mata Jungkook bersinar. Dia mula menggangukkan kepalanya.

"Sekejap lagi aku akan bawa kau ke sana. Lepas kau makan."

Jungkook tersenyum manis. Jantung Taehyung berdegup kencang melihat senyuman Jungkook. "Bagi aku sudu tu. Biar aku suapkan." Dia cuba untuk menghilangkan perasaanya. Taehyung mengambil sudu dari tangan Jungkook. Dia mula mencedok macaroni dari pinggan Jungkook dan mula menyuakan ke arah mulut Jungkook. Jungkook pula hanya menurut.

Mata Taehyung merenung ke arah bibir Jungkook. Dia tidak tahu kenapa dengan perasaannya ketika itu. Perlahan-lahan Taehyung merapati Jungkook. Jungkook pula hanya mendiamkan diri, dan membiarkan Taehyung merapatinya. Jungkook menutup matanya. Bibir Taehyung hanya tinggal beberapa inci sahaja untuk menyentuh bibir jungkook.

"Buat apa tu Hyung?" Tegur hoseok yang tiba-tiba muncul.

Taehyung cepat-cepat mengundur ke belakang. Wajah Jungkook merona merah. "Takpa la kau makan la dulu. Lepas makan kita pergi." Taehyung berlalu meninggalkan Jungkook dan hoseok.

Hoseok ketawa kecil. Lalu pergi meninggalkan Jungkook. "Pabo..pabo Jungkook." Jungkook mengomel sendirian.

Tangan hoseok di tarik dari belakang. "Kenapa kau tiba-tiba muncul." Marah Taehyung.

"Mian hyung. Saya tak tahu Hyung ada dekat dalam tadi." Hoseok ketawa kecil.

"Kenapa ni? Tanya Namjoon. pelik melihat hoseok dan Taehyung.

"Ha..ah la. Korang berdua ni kenapa?" Tanya yoongi pula.

"Oh..sebenarnya.." Belum sempat hoseok menghabiskan kata-katanya Taehyung terlebih dahulu menutup mulutnya.

"Tak da apa la." Balas Taehyung.

"Betul ke ni?" Tanya yoongi lagi.

"Ya. Emm..kejap lagi aku nak bawa Jungkook pergi tengok rumahnya."

"Tak pa la hyung. Hyung bawa la dia jenguk sekejap." Balas Namjoon.

Taehyung tersenyum.

In Love With VampireWhere stories live. Discover now