10

298 11 0
                                    

SUDAH hampir tiga bulan Jungkook tinggal bersama mereka berempat. Hubungan Jungkook dengan adik beradik vampire juga semakin rapat. Jungkook juga sudah mula pergi ke kolej seperti biasa.

"Macam mana kelas hari ni?" Tanya Taehyung sambil memberi satu kucupan pada pipi Jungkook.

"Macam biasa ok." Balas Jungkook tersenyum manis.

"Lepas ni saya tak boleh ambil awak. Awak kena drive sendiri." Taehyung menumpukan pemanduan.

"Kenapa?" Tanya Jungkook pelik.

"Musim salji akan tamat. Awak tahu kan?" 

Jungkook baru teringat yang musim salji bakal tamat, dan akan muncul pula musim bunga. Tidak mungkin Taehyung akan keluar rumah waktu begini seperti sekarang.

Jungkook menghelakan nafasnya. Dia tahu percintaannya dengan Taehyung tidak akan kekal. Taehyung yang dapat membaca fikiran Jessica hanya mampu berdiam.





JUNGKOOK tidak tahu kenapa, malam tu dia mendapat satu mimpi. Seorang wanita yang cuba untuk membunuhnya. Dia cuba untuk menjerit. Lehernya seperti di cekik. 

"Sayang..sayang.." Panggil Taehyung. Jungkook terjaga dari tidur. Terasa seperti kejadian itu benar-benar berlaku. Jungkook memeluk Taehyung. "Awak kenapa? Tanya Taehyung.

"Saya...saya tak tahu. Setiap malam saya bermimpi ada seorang wanita yang selalu munculkan dirinya. Tapi kali ini saya rasa seperti di bunuh oleh wanita tersebut." Jungkook melepaskan pelukan.

"Tak da apa-apa la. Itu hanya mimpi sahaja." Taehyung cuba untuk menenangkan Jungkook.

"Tapi saya mimpi perempuan yang sama!" Bentak Jungkook.

Taehyung mula pelik. "Wanita yang sama?" Gumam Taehyung. "Sudah jangan fikirkan sangat. Tidurlah." Taehyung membaringkan dan menyelimut Jungkook.

"Temankan saya." Jungkook menarik tangan Taehyung. Taehyung menurut.










"KENAPA kau selalu hadir dalam mimpi Jungkook!" Marah Taehyung. Dia melihat seulgi yang tersenyum sinis.

"Sebab perempuan tu kau nak marah aku?"

"Aku tak nak kau ganggu dia lagi. Kau faham tak!" Tengking Taehyung.

"Kenapa kau mahu kan dia? Dia tu manusia. Bukan vampire macam kita." Seulgi merapati Taehyung.

"Aku cintakan dia." Mendatar suara Taehyung.

"Cintakan dia?" Sinis sahaja suara seulgi.

"Kau tak faham."Taehyung merenung laut yang terbentang luas di hadapannya.

"Baik. Aku tak kan ganggu dia lagi. Tapi ada syaratnya." Jawab seulgi.

"Apa maksud kau." Taehyung tidak memahami kata-kata seulgi.

"Stop mencintai dia, jika kau tidak mahu aku mengganggunya lagi. Itu sahaja syaratnya sayang." Seulgi berbisik di telinga Taehyung.

"Tak mungkin!" Tengking Taehyung.

"Well to bad. Aku akan bunuh dia, kalau kau masih bersama dengannya. Jika aku tak dapat miliki kau. Dia pun tak kan juga dapat kau." Seulgi mula ketawa.

"Kau dah gila!"

"Ya aku gila! Aku gila dengan kau. Kenapa kau tak nak terima aku. Kenapa perempuan tu!" Seulgi mula menangis.

Taehyung mula menghelakan nafasnya. Dia keliru. Jika dia bersama dengan Jungkook, Jungkook mungkin akan mati, di tangan seulgi. Taehyung meninggalkan Seulgi yang masih menangis.

Seulgi menjerit. "Arghhhh...kau tunggu Taehyung. Kau tunggu!"

In Love With VampireWhere stories live. Discover now