6

362 16 0
                                    


KENYANG perut Jungkook menikmati makan malam. Dia yang kelaparan sehinggakan tidak mempedulikan empat beradik vampire yang tekun memandang ke arahnya. Baru dia teringat, yang mereka berempat masih belum lagi menjamah makanan.

Bruppp...bunyi sendawa dari mulut Jungkook. "Mian." Ucap Jungkook malu.

"Bukan main lapar lagi." Namjoon ketawa.

"Yela Hyung. Dia kan sudah dua hari tak makan." Kata yoongi. 

"Kamu semua tak makan?" Tanya Jungkook yang malu-malu untuk bersuara.

"Kami tak kisah makan ke tidak. Kalau lapar kami akan keluar mencari binatang di hutan, untuk minum darahnya." Jawab hoseok sambil tersenyum nakal.

"Jangan usik dia." Marah Namjoon.

Jungkook terdiam. Taehyung pula mula bersuara.

"Rasanya kau tak kenal lagi kami siapa kan?" Tanya Taehyung.

Jungkook mengganguk. Dalam masa yang sama dia memikirkan peristiwa semalam. Taehyung yang tahu apa yang difikirkan oleh Jungkook mula memperkenalkan diri.

"Nama aku Kim Taehyung. Yang sebelah kiri kim Namjoon. Sebelah Namjoon pula, kim yoongi. Yang last sekali kim hoseok." Terang Taehyung.

"Dan kamu semua vampire." Jungkook menjawab bagi pihak mereka.

"Haa..pandai pun." Sampuk hoseok.

"Kamu semua bukan adik beradik? Sebab last name kamu semua tak sama." Tanya Jungkook lagi.

"Yup kami semua bukan adik beradik. Tapi yang menghisap darah kami dari orang yang sama." Terang Namjoon pula.

Jungkook mengandaikan umur mereka sudah beratus tahun.

"Ya tepat sekali. Umur kami memang sudah beratus tahun. Tetapi kami tak kan tua." Terang yoongi pula.

"Macam mana awak boleh baca fikiran saya?" Jungkook berasa pelik.

"Kami ada kelebihan. Kami boleh membaca isi hati manusia selain dari berlari laju." Terang hoseok pula.

Taehyung pula hanya diam membisu.

"Kenapa kamu semua nak simpan saya. Kenapa tak lepaskan saya sahaja." Rayu Jungkook.

"Lepaskan kau? Kau dah tahu kami siapa. Tempat tinggal kami. Kau ingat dengan semudah itu kami nak lepaskan kau. Tak mungkin. Mungkin kau akan menjadi makanan kami." Hoseok mula merenung tajam ke arah Jungkook.

Jungkook memalingkan muka ke arah lain. Dia tidak tahu kenapa dia berasa ketakutan apabila bertentang mata dengan hoseok.

"Kau akan jadi orang suruhan kami." Jawab Taehyung yang dari tadi diam.

Lemah Jungkook mendengarnya. " Saya tak boleh balik ke rumah saya semula?Kolej saya? Pelajaran saya? Rakan-rakan saya semua itu macam mana?" Tanya Jungkook lagi.

"Kau boleh pergi ke kelas macam biasa. Tetapi kau tak boleh pulang ke rumah itu semula. Ini kerana ayah tiri kau dah jual rumah peninggalan ibu kau." Terang Taehyung lagi.

Jungkook tersentak mendengarnya. "Macam mana awak tahu? Tak mungkin. Tak mungkin jaejoong ahjussi menjual rumah Eomma." Air mata Jungkook mula mengalir.

"Yup betul. Ayah tiri kau dah jual rumah itu. Aku dan yoongi telah pergi ke sana. Kami dah siasat tentang kau." Terang Namjoon pula.

"Izinkan saya naik ke bilik." Jungkook bangun dan meninggalkan ruang makan, dia tidak mahu menangis dihadapan mereka berempat.







MUKA Jungkook ditekapkan ke atas bantal. Dia menangis sepuas-puasnya. "Eomma..Eomma bagaimana saya harus teruskan kehidupan ini lagi. Jaejoong ahjussi dah jual rumah kita ibu. Apa patut saya buat. Rumah itu sahaja yang saya ada. Kenapa saya tak mati sahaja." Jungkook menangis teresak-esak.

"Jungkook." Panggil yoongi.

Jungkook terkejut apabila mendengar namanya di panggil. "Apa awak buat di sini. Saya tak dengar pun awak masuk." Tanya Jungkook. Air mata di seka.

"Taehyung yang suruh aku datang ke sini, untuk melihat keadaan kau. Kau ok ke?" Tanya yoongi lagi.

"Taehyung?Kenapa dia  dingin dengan aku dan juga pendiam tak banyak bercakap. Tak seperti adiknya yang lain. Tetapi dia mengambil berat." Jungkook bermonolog. "Emm saya ok. Jangan risau." Jawab Jungkook sambil bangun dan duduk berteleku di atas katil.

"Kalau kau ok takpa. Baiklah, kami berempat nak keluar berburu binatang. Kau tinggal di rumah ni. Dan jangan pergi ke mana-mana lagi. Ingat tu." Pesan yoongi.

Jungkook hanya menggangukkan kepalanya. Yoongi berlalu keluar dari bilik itu dengan pantas.

"Lajunya." Bisik Jungkook.










Setelah setengah jam, keempat beradik vampire sudah pun keluar ke hutan, tiba-tiba Jungkook memikirkan sesuatu. "Patut ke aku keluar pergi melihat rumah Eomma?" Bisik Jungkook. Entah bagaimana perasaannya membuak-buak untuk pergi melihat rumah Eommanya untuk kali terakhir. "Mereka berempat sudah keluar ke hutan. Ini peluang aku untuk aku keluar." Bisik Jungkook lagi.

Jungkook bangun dari katil dan berlari keluar dari rumah agam dua tingkat itu.








KEEMPAT beradik vampire sudah pun pulang dari hutan. Tetapi dia melihat pintu rumah mereka terbuka luas.

"Mana perempuan tu pergi?" Jerit hoseok.

Namjoon berlari naik ke atas. Dan turun semula ke bawah. "Dia dah tak da." Jawab Namjoon.

"I knew it. Perempuan tu tak boleh di percayai. Kita patut bunuh dia dari awal lagi!" Bentak hoseok.

"Sabar dulu."Jawab yoongi pula.

"Mari kita pergi cari dia!" Arah Taehyung



In Love With VampireWhere stories live. Discover now