17

279 9 1
                                    

SETELAH dua minggu Jungkook tinggal bersama rakannya, akhirnya Jungkook pulang ke rumah agam milik Taehyung. Rindunya dia pada lelaki itu. Dan selama itu juga wanita yang sebelum ini selalu muncul dalam mimpinya muncul kembali setelah sekian lama tidak muncul. 

Jungkook tidak tahu apakah sebab mimpi itu muncul semula. Tetapi yang bermasalahnya adalah dia tidak dapat mengingati wajah wanita tersebut, kerana wajahnya terlalu kabur. Dia tidak mahu menceritakan mimpinya pada Taehyung kerana tidak mahu lelaki itu risau.

"Hey! Welcome Home!" Ucap serentak tiga beradik vampire. Kecuali Taehyung yang tiada di situ. Jungkook memeluk ketiga-tiganya. Rindunya dia pada mereka.

Muncul Taehyung yang tiba-tiba membawa sejambak bunga pada Jungkook, sambil tersenyum manis. Jungkook berlari ke arah Taehyung lalu memeluknya.

"I miss you." Bisik Jungkook kepada Taehyung.

"I miss you too." Ucap Taehyung kembali.

"Dah-dah jom. Biar dorang berdua nak berdua-duaan." Arah Namjoon.

Mereka bertiga tersenyum lalu meninggalkan Taehyung bersama Jungkook. Namjoon dan yoongi sudah pun mengetahui cerita sebenar tentang Seulgi. Dan wanita itu juga sudah dua minggu tidak muncul kan diri di rumah agam tersebut.

"Mari." Ajak Taehyung.

"Kita nak ke mana?" Tanya Jungkook sambil tangannya memegang sejambak bunga yang diberikan tadi padanya.

"Silakan duduk." Taehyung menarik kerusi untuk memberikan Jungkook duduk. Kelihatan di atas meja ada pelbagai jenis makanan. Jungkook teruja melihatnya.

"Wahh...banyaknya makanan." Perut Jungkook mula terasa lapar.

"Saya masak dan di bantu mereka bertiga." Taehyung memotong daging steak untuk Jungkook lalu di suapkan ke mulutnya. "Sedap tak?" Tanya Taehyung.

"Sedapnya." Balas Jungkook. Taehyung tersenyum.

"Nanti kita keluar." 

"Pergi mana?" Jungkook pelik tiba-tiba di ajak keluar.

Taehyung hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan Jungkook.

JUNGKOOK merenung ke arah langit, kelihatan bulan di sebalik awan, dan bintang-bintang bercahaya terang. Dia dan Taehyung berjalan di tepi pantai. Taehyung menggenggam erat tangan Jungkook. 

"Cantik kan langit tu. Dengan bintangnya lagi." Jungkook menunjuk ke arah langit.

"Ha..ah cantik. Secantik awak juga." Jawab Taehyung.

Jungkook tersenyum malu apabila di puji sebegitu.

"Awak tahu tak, pertama kali saya tengok awak, awak betul-betul dah buat saya jatuh hati. Walaupun wajah awak seiras dengan kekasih saya yang dahulu. Taehyung menyentuh lembut pipi Jungkook.

"Jadi awak suka kan saya sebab saya seiras dengan kekasih awak?" Jungkook berpaling wajahnya dari memandang Taehyung.

"Hey. Tengok saya. Tenung mata saya." Arah Taehyung. Dia tahu gadis itu mungkin merajuk dengannya. Jungkook memandang semula ke arah Taehyung.

Taehyung menyentuh lembut dagu Jungkook. Mata mereka berdua bertaut. "Jungkook walaupun awak dan kekasih saya yang dulu wajah seiras, tapi awak dengan dia berbeza. Saya tak tahu kenapa, bila saya lihat awak hati saya sentiasa berdegup kencang. Saya akan jadi tak tentu arah kalau saya tak nampak awak. Awak lain. Awak tak sama dengan kekasih saya. Saya betul-betul cintakan awak jungkook." Mata Taehyung bercahaya.

Jungkook merenung ke mata Taehyung yang putih bersinar. Dia terharu dengan kata-kata Taehyung. "Saya juga cintakan awak Taehyung." Ucap Jungkook.

Taehyung mula merapati Jungkook lalu mengucup bibir Jungkook, Jungkook membalas ciuman Taehyung, dan memeluk erat badan sasa Taehyung. Sehinggalah Jungkook tiba-tiba terdiam. Taehyung berasa pelik dengan tingkah laku Jungkook yang tiba-tiba berhenti dari menciumnya.

"Kenapa?" Tanya Taehyung.

"Adakah kita akan bersama-sama sampai saya tua?" Tanya Jungkook pula.

Taehyung tersentak apabila di ajukan soalan sebegitu. "Apa maksud awak?" Tanya Taehyung lagi.

"Awak tak kan mati. Dan awak tak kan tua. Tapi saya.." Taehyung meletakkan jarinya pada bibir Jungkook. Jungkook tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

"Boleh tak jangan fikirkan pasal tu buat masa sekarang?"

"No! Kita kena bincang juga pasal ni!" Bentak Jungkook. Mata Jungkook berkaca seperti ingin menangis.

Taehyung melepaskan keluhan yang berat. "Jungkook. Saya cintakan awak seluruh hidup saya. Saya tetap akan setia pada awak, walaupun sampai awak tua. Kalau di takdirkan awak mati, saya juga akan mengikuti awak."

"Jangan! Jangan cakap macam tu." Jungkook memeluk erat tubuh Taehyung.

" Jungkook memeluk erat tubuh Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
In Love With VampireWhere stories live. Discover now