12

272 13 0
                                    

PINTU rumah agam berbunyi loceng. Jungkook menuju ke pintu untuk membukanya. Kelihatan seorang wanita berada di luar sambil tersenyum sinis.

"Nak cari siapa?" Tanya Jungkook.

"Taehyung ada? Tanya seulgi.

"Tapi cik ni siapa ?" Tanya Jungkook lagi.

"Aku kekasih Taehyung. So excuse me." Seulgi menolak tubuh badan Jungkook.

"Eh sayang bila sampai." Taehyung datang menghampiri Seulgi, dan mencium lembut pipi Seulgi. Seulgi membalas ciuman Taehyung. Jungkook seperti tunggul di hadapan mereka berdua.

"Taehyung. Siapa dia ni? Tanya Seulgi berpura-pura.

"Oh ni kawan saya. Dia tinggal di sini. Jungkook ni kekasih saya, Seulgi. Sudahlah mari kita masuk ke bilik." Ajak Taehyung. Taehyung menarik tangan seulgi dan meninggalkan Jungkook keseorangan.

Air mata Jungkook ingin mengalir. Tetapi Jungkook menahan air matanya dari jatuh. "Kekasih?Patutlah dia tidak pedulikan aku sejak akhir-akhir ni." Bisik Jungkook, tetapi di dengari Taehyung dan Seulgi, walaupun Jungkook hanya bercakap di dalam hati. 

Taehyung berasa sedih, melihat Jungkook bersedih. Seulgi pula hanya tersenyum sinis. Puas rasanya apabila dapat menyakitkan hati Jungkook.

Jungkook berlari ke biliknya. Dan menangis sepuas hatinya. Sakit hatinya melihat Taehyung dan Seulgi berduaan di bilik.





"Sayang kita nak buat apa dalam bilik ni." Tanya Seulgi. Dia mula meliuk lentuk di bahu Taehyung.

"Dah kau balik sekarang." Arah Taehyung .

"Apa maksud kau?" Seulgi bangun dan menghadap Taehyung.

"Aku dah kenalkan kau pada Jungkook yang kau kekasih aku. So kau boleh balik." 

"Tapi kita dah ada di dalam bilik ni. Apa kata kalau..." Seulgi mula membuka butang bajunya satu persatu dan di ikuti dengan seluarnya, hingga mendedahkan sesuatu yang tidak patut di dedah. Taehyung menelan air liur. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Seulgi mula merapati Taehyung, dan menolaknya ke katil, Taehyung terbaring. Seulgi dengan bernafsunya mula membuka baju Taehyung sehingga menampakkan dada bidangnya.

Baru sahaja Seulgi ingin mencium leher Taehyung tiba-tiba terdengar sesuatu bunyi kaca pecah dari bilik Jungkook. Taehyung bingkas bangun dan berlari pantas ke bilik Jungkook tanpa memakai baju. Seulgi pula hanya mengenakan baju tanpa memakai seluar.

Jungkook sedang mengutip kaca-kaca yang berderai di atas lantai. Cemin meja solek Jungkook telah hancur pecah, sepertinya dia membaling sesuatu objek keras ke arah cermin tersebut. 

Kelihatan Namjoon dan yoongi sudah pun berada di bilik Jungkook. Kemudian di ikuti dengan Taehyung dan Seulgi. Kecuali hoseok yang tiada di situ. Jungkook merenung tajam ke arah Taehyung dan Seulgi. Namjoon dan yoongi pula tergamam melihat mereka berdua yang berpakaian sebegitu.

Hati Jungkook semakin sakit apabila melihat pasangan kekasih yang berpakaian sebegitu di hadapannya. Tidak semena-mena Jungkook tergenggam kaca di hadapannya. "Ouchh.." Jungkook menjerit sakit. Mengalir darah merah dari tapak tangannya.

Seulgi tidak keruan apabila melihat darah yang mengalir dari tapak tangan Jungkook dan di ikuti dengan Taehyung. Namjoon dan yoongi yang menyedari hal itu cuba untuk menghalang Taehyung dan Seulgi.

"Korang berdua keluar sekarang!" Jerit Namjoon.

Taehyung dan Seulgi terkejut mendengar tengkingan dari Namjoon. Taehyung tersedar. Cepat-cepat Taehyung menarik tangan Seulgi keluar dari bilik Jungkook.

"Maaf saya tak patut buat macam ni." Jungkook menyalahkan dirinya.

Yoongi berlari mengambil kotak kecemasan dan kembali semula ke arah Jungkook. Namjoon membantu mencuci luka jungkook dan membalutnya.

"Awak tak rasa apa-apa ke bila melihat darah saya tadi?" Tanya Jungkook yang pelik melihat mereka berdua.

"Kami sudah biasa. Kami boleh menahan nafsu kami." Jawab yoongi.

"Nasib baik tak da hoseok di sini." Jawab Namjoon pula.

"Perempuan tadi tu siapa?" Jungkook bangun dari kerusi dan duduk di birai katilnya.

"Itu seulgi. Dia juga vampire. Dia memang sukakan Taehyung dari dulu lagi." Terang Namjoon.

Jungkook hanya mengganguk lemah. "Tak pa la saya nak rehat. Terima kasih tolong saya tadi." Jungkook berbaring tanpa mempedulikan Namjoon dan yoongi.

Namjoon dan yoongi berasa kasihan melihat Jungkook. "Mari kita keluar." Ajak Namjoon. Yoongi hanya menurut.

"Macam mana dia?" Taehyung mula risaukan Jungkook.

"Dia ok. Mana seulgi?" Tanya yoongi.

"Aku dah suruh dia balik." Balas Taehyung.

"Sekarang ni aku nak tanya. Apa hubungan kau dengan Seulgi?" Tanya Namjoon pula.

"Apa maksud kau." Taehyung pura-pura tidak mengerti.

"Kau bercinta dengan seulgi?"

"Kau tak payah masuk campur hal aku." Marah Taehyung.

"Sekarang ni kau dah lukakan hati Jungkook." Namjoon mula ingin marah. Sakit hatinya melihat adiknya yang berubah tiba-tiba.

"Kau tak tahu apa-apa. Jadi kau tak payah nak tahu apa-apa pun." Taehyung meninggalkan Namjoon dan yoongi.

"Kenapa dengan dia tu. Mesti ada yang tak kena." Yoongi merasakan ada sesuatu yang di sorokkan adiknya.

In Love With VampireWhere stories live. Discover now