9

319 15 0
                                    

JUNGKOOK terkejut melihat Taehyung yang sudah pun menunggunya di luar. "Err kita naik kereta?" Jungkook pelik.

"Ya. Kenapa?" Tanya Taehyung yang pelik melihat Jungkook.

"Saya ingatkan kita.. I mean...terbang?"

Taehyung ketawa terbahak-bahak. "Kau nak bagi orang nampak?Kita ni nak ke bandar. Bukan ke hutan."

Jungkook menggangukkan kepalanya. "Betul juga." Bisik Jungkook. Taehyung membuka pintu kereta dan mempersilakan Jungkook masuk ke dalam perut kereta.

Kereta Taehyung meluncur laju menuju ke rumah milik mama Jungkook.

JUNGKOOK kelihatan begitu sedih melihat rumah mamanya. "Sampai hati ahjussi jual rumah mama." Taehyung berasa kasihan pada Jungkook. Dia mula menarik Jungkook ke dalam pelukannya. Cuba untuk menenangkan gadis tersebut.

"Badan awak sejuk." Bisik Jungkook ke telinga Taehyung.

"Mian." Ucap Taehyung.

"Kookie!" Jerit Seokjin dan jimin serentak.

"Jin! Jimin!" Jerit Jungkook sambil melepaskan pelukan dari Taehyung.

"Kau pergi mana kookie?"Seokjin dan jimin memeluk Jungkook. Wajah mereka berdua sungguh kerisauan.

"Aku tak pergi mana-mana aku ada." Air mata jungkook mula mengalir.

"Kau menangis?" Tanya Seokjin. Taehyung hanya memerhatikan mereka bertiga.

Jungkook menyeka air matanya. Dia tidak tahu bagaimana dia harus menceritakan apa yang berlaku pada dirinya. Dia di culik, dan juga nyaris di rogol. Sekarang pula dia tinggal bersama dengan adik beradik vampire. Bagaimana dia harus menceritakan ke semuanya kepada sahabat baiknya sendiri?

"Siapa lelaki tu kookie? Kacak. Tinggi. Tapi kan..kenapa warna kulitnya putih seperti mayat? " Tanya jimin dengan wajah yang pelik.

"Err..dia saudara aku." Jungkook cuba untuk menipu.

"Saudara? Kau ada saudara?" Tanya Seokjin lagi. Jungkook mengganguk.

"Tak nak kenalkan kepada kami?" Jimin menyiku badan Jungkook.

"Err..Taehyung.. mari saya kenalkan. Ni sahabat baik saya. Ini Seokjin. Dan ini jimin." Kedua-duanya menyalami tangan Taehyung.

"Handsome la saudara kau." Bisik jimin untuk mengusik. Jungkook tersenyum malu.

"Kookie kau tak nak jemput kami masuk ke rumah?samchon kau ada ke di rumah?"

"Guys. Aku dah tak tinggal di sini lagi. Samchon dah pun jual rumah ni. Sekarang aku tinggal dengan Taehyung." Terang Jungkook.

"What? Sejak bila? Patutlah dua hari kau tak datang kelas. Maafkan kami sebab kami tak bersama-sama dengan kau masa kau susah. Tapi kenapa kau tak call kami?" Tanya Seokjin lagi.

Jungkook terdiam. Cuba untuk mencari idea. 

"Jungkook sudah pun call saya ketika itu. Terima kasih kerana mengambil berat terhadap Jungkook." Taehyung menjawab bagi pihak Jungkook. Dia tahu gadis tersebut sudah mati kutu untuk menjawab semua pertanyaan sahabatnya.

"Mari kookie. Kita ada tempat nak pergi lagi." Ajak Taehyung untuk menghalang sahabat Jungkook bertanyakan beribu persoalan lagi.

Jungkook tersentak. "Ok semua, aku dah nak pergi ni." Jawab Jungkook.

"Bila kau akan kembali ke kolej semula?" Tanya jimin.

"Mungkin dalam masa terdekat ni. Ok aku pergi dulu." Jungkook memeluk mereka berdua. Selepas itu Jungkook dan Taehyung berlalu pergi.






SUNGGUH tenang, Jungkook melihat laut di hadapannya. Walaupun air laut tersebut didalam proses untuk membeku. Jungkook mendepakan tangannya seperti di dalam movie Titanic.

"Saya dah lama tak pergi ke laut." Jungkook menghirup angin laut.

Taehyung tersenyum melihat Jungkook.

"Kau suka?" Tanya Taehyung.

Jungkook menggangukkan kepalanya. Taehyung menghampiri Jungkook. Jungkook pula terdiam, apabila Taehyung merapatinya.

"Kau nak tahu macam mana aku boleh selamatkan kau?" Tanya Taehyung. Jungkook kebingungan.

"Aku jatuh cinta dengan kau sejak aku jumpa kau pada malam aku pergi ke bandar. Sejak dari itu, setiap malam aku akan ke rumah kau untuk menjenguk kau dan menemani kau tidur." Terang Taehyung.

Jungkook mula memikirkan sesuatu. Patutlah setiap malam dia terasa dirinya diperhatikan. Dan apabila dia terjaga dari tidur, dia memerhatikan sekeliling biliknya, tiada apa-apa yang berlaku. Dalam fikirannya, dia mungkin bermimpi. 

"Dan, wajah kau sama dengan wajah kekasih aku di abad yang lalu." Terang Taehyung lagi. Jungkook tersentak.

"Kekasih abad lalu?" Tanya Jungkook pelik.

Taehyung menganggukkan kepalanya lalu badannya rapat menghadap Jungkook. Jungkook terpana melihat wajah Taehyung yang hampir dengan wajahnya.

"Saranghae Jungkook." Ucap Taehyung.

Wajah Jungkook merona merah. Tangan Taehyung mula memegang pipi Jungkook, Taehyung sepertinya mahu mencium Jungkook, bibir Taehyung sudah pun mencecah ke bibir Jungkook. Pada mulanya Jungkook tiada tindak balas, tetapi dia mula menggerakkan bibirnya untuk membalas ciuman Taehyung. Akhirnya mereka berdua, berciuman antara satu sama lain. Dari jauh Seulgi memerhatikan mereka berdua.

In Love With VampireWhere stories live. Discover now