5

362 17 0
                                    

JUNGKOOK terjaga dari tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam. "Lamanya aku pengsan." Bisik Jungkook. Matanya tertancap sesuatu di atas meja sebelah kirinya. Ada satu persalinan baju, dan satu nota kecil di situ.

PAKAI BAJU NI. TADI KAMI KELUAR MENCARI PAKAIAN BARU UNTUK AWAK. MAAF KALAU BAJU NI TAK KENA DENGAN TASTE AWAK. JUMPA DI RUANG MAKAN~TAEHYUNG~

"Taehyung? Siapa Taehyung?" Jungkook berbisik sendiri. Jungkook bangun dan mencapai towel di atas meja tadi. Dia mencari tandas. Tetapi tiada di dalam bilik. Mungkin dia harus keluar untuk mencari tandas yang ada di dalam rumah tersebut.

Jungkook keluar dari biliknya. Suasana sungguh sunyi sepi. Matanya melilau memandang ke kiri dan ke kanan. Tetapi tiada sesiapa di situ. Ini adalah peluang keduanya untuk melarikan diri. Jungkook berlari-lari anak menuju ke pintu utama. Tombol di pulaskan. Ya pintunya tidak berkunci. Jungkook melangkah keluar dari rumah agam dua tingkat itu. Di luar sungguh gelap dan hujan turun renyai-renyai. Jungkook tidak peduli, ini peluangnya untuk melarikan diri 






Jungkook yang hanya memakai baju kemeja putih tidak mempedulikan hujan yang turun mengenai badannya, dan juga telah menampakkan pakaian dalamnya itu. Baru berlari beberapa langkah, kakinya tersadung pada batu. Jungkook jatuh tersembam ke dalam lopak air. Habis kotor mukanya dan bajunya mengenai lumpur.

Jungkook cuba untuk bangun, matanya tertancap pada kaki dihadapannya, terdapat empat orang yang sudah pun berdiri dihadapannya. "Not again." Bisik Jungkook.

"Nak pergi mana?" Tanya yoongi

"Nak larikan diri lagi ke?" Tanya Namjoon pula.

"Kau kalau tak nak kami hisap darah kau, baik kau jangan lari lagi. Kalau tidak..." hoseok tidak menghabiskan kata-katanya.

"Stop it hoseok. Jangan cuba takutkan dia lagi." Jawab Namjoon.

"What? Betul la apa aku cakap. Buat apa kita nak simpan dia lagi. Lebih baik kita bunuh je dia." Balas hoseok lagi. Sambil senyum hingga menampakkan taringnya.

Jungkook ketakutan. Dirinya masih tertiarap di dalam lopak air.

"Kita tak kan bunuh dia. Tapi kita jadikan dia orang suruhan kita." Taehyung tiba-tiba bersuara yang dari tadi berdiam diri.

Tiba-tiba badan Jungkook di dukung, oleh Taehyung. Tahu-tahu sahaja sudah berada di dalam rumah agam itu semula. Sungguh pantas. Rasa dirinya seperti terbang.

"Aku nak kau mandi, dan jumpa di ruang makan." Jawab Taehyung. Matanya memerhati ke arah jungkook yang sungguh kotor. Taehyung meninggalkan Jungkook terpinga-pinga. Sungguh pantas dia berlari.

"Kau dengar tu. cepat pergi mandi!" Arah yoongi pula.

Jungkook terkesima mendengar arahan dari yoongi. Berlari anak Jungkook mencari tandas untuk membersihkan diri. Setelah selesai membersihkan diri, Jungkook kembali ke biliknya, pakaian di atas meja, diambil dan disarungkan kepada badannya. Jungkook merenung dirinya di depan cermin. Dress paras lutut berwarna biru cair, yang di beli oleh mereka. "Cantik." Bisik Jungkook.

Setelah berdandan, Jungkook keluar dari biliknya, dan menuju ke ruang makan. Keempat beradik vampire sudah pun berada di ruang makan. Mata empat beradik memandang ke arah Jungkook yang sedang menuruni tangga.

"Cantik." Bisik Taehyung. Matanya tidak lepas memandang Jungkook.

"Yeke cantik hyung?" Bisik Namjoon.

"Ya cantik. Darah dia mesti manis. Kalaulah aku dapat hisap darah dia." Hoseok pula berbisik.

"Stop it la hoseok. Tak habis-habis la kau ni." Giliran yoongi pula bersuara. Masing-masing sedang bercakap di dalam hati, ini kerana vampire boleh bercakap sesama sendiri, walaupun tidak mengeluarkan suara.

Jungkook berhenti di hadapan mereka. Yoongi bangun dan menarik kerusi untuk memberi Jungkook duduk.

"Terima kasih." Ucap Jungkook. Taehyung dari tadi memandang Jungkook. Jungkook yang perasan mula memalingkan wajahnya ke arah lain.

Di meja pelbagai makanan di sediakan. Perut Jungkook tiba-tiba berbunyi. Wajah Jungkook merona merah.

"Makan lah. Aku tahu kau lapar." Taehyung bersuara.

Jungkook mengganguk. Sudah dua hari jungkook tidak menjamah makanan, sejak dirinya di culik. Tangannya laju mencapai makanan di hadapannya. Dia tidak mempedulikan keempat-empat vampire di hadapannya. Yang penting perutnya harus di isikan dengan makanan.

Taehyung tersenyum melihat Jungkook

In Love With VampireWhere stories live. Discover now