14

270 11 0
                                    

PAGI itu Jungkook mendapat semangat yang baru. Dia sudah penat untuk menangis. Kali ni cukuplah dia menangis. Apa gunanya dia menangis pada lelaki yang tak sudi dengannya. 

Dia mula bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai, dia mengenakan baju body shirt bertali halus dan berskirt pendek.

Dia mencapai beg tangannya dan fail-fail belajarnya. Di capainya telefon bimbit dari beg tangannya. Nombor Seokjin di dail.

"Hello Seokjin."

"Hello kookie. Ada apa call ni?" Tanya Seokjin di corong telefon.

"Malam ni kita pergi kelab?"

"Pergi kelab? Are you serius?" Seokjin pelik. Tidak pernah-pernah Jungkook ingin pergi ke sana. Selalunya bila di ajak, ada sahaja alasannya.

" Ya. Serius. So malam ni kita keluar? Ok?" Jungkook tersenyum.

"Ok. Malam ni kita keluar." Balas Seokjin. Telefon dimatikan.

Jungkook tersenyum puas. Dia sudah malas ingin memikirkan Taehyung lagi. Mungkin dengan cara menghabiskan masa di kelab malam akan mudah untuk dia menghilangkan perasaan sedihnya.

Jungkook mula menuruni tangga. Kelihatan keempat-empat adik beradik vampire sudah berada di meja makan. Pertama kali Taehyung melihat Jungkook yang berpakaian sebegitu.

"Er.. nak pergi mana?" Tanya Namjoon. Jungkook ketika itu kelihatan terlalu seksi.

"Oh saya nak pergi kelas. Lepas tu saya nak pergi ke kelab malam. Mungkin saya balik lewat malam ni."

"Kelab malam? Nak buat apa pergi ke tempat macam tu." Suara Taehyung kelihatan seperti ingin memarahi Jungkook.

"Suka hati aku lah." Balas Jungkook acuh tak acuh. Malas dia memandang wajah Taehyung.

Muncul Seulgi tiba-tiba di muka pintu. "Sayang." Panggil Seulgi.

Jungkook memandang ke arah seulgi. Benci dia melihat wanita tersebut yang berjalan menuju ke arah Taehyung. Mereka berdua bercumbuan di depan Jungkook.

"Ok lah kalau tiada apa-apa saya pergi dulu." Jungkook berjalan keluar tanpa memandang mereka berlima. Terkejut mereka melihat dengan tingkah laku Jungkook yang tiba-tiba berubah. Tidak seperti sebelum-sebelum ni yang asyik mengurung di bilik.

"Kau buat apa dekat sini!" Tengking hoseok.

"Well aku nak jumpa kekasih aku lah. Kau ada masalah ke?" Jeling Seulgi.

"Ye memang masalah aku." Hoseok mula ingin menerkam Seulgi yang di hadapannya. Seulgi pula ingin menerkam hoseok. Masing-masing sudah mula mengeluarkan taring.

"Sudah cukup!" Jerit Taehyung.

"Dah kau pergi balik Seulgi. Aku tak da mood sekarang ni." Taehyung mula bangun dan ingin meninggalkan mereka bereempat.

"Tapi sayang.." Rengek Seulgi.

"Berambus!" Tengking Taehyung sambil berlalu naik ke atas.

Seulgi terkulat-kulat apabila di tengking sebegitu. Dia bangun dan meninggalkan rumah agam empat beradik tersebut. "Tak guna kau Taehyung. Kau tunggu apa yang aku akan buat nanti." Seulgi tersenyum sinis.

"EH apa mimpi kau kookie nak keluar malam-malam ni" Tanya jimin.

"Aku boring la duduk rumah tu. Sekali sekala apa salahnya kalau aku nak keluar berjalan-jalan." Jungkook menipu.

"First time aku tengok kau pakai macam ni. Selalunya jeans dengan tshirt lengan panjang je kau pakai." Tegur Seokjin.

"Kan kita nak pergi ke kelab mesti la kena pakai macam ni." Jungkook tersenyum.

"Oh yela. Sekejap aku siap-siap dulu." Ketika itu mereka bertiga berada di rumah sewa Seokjin dan jimin.

Telefon Jungkook tiba-tiba berdering. Tertera nama Taehyung disitu. Malas dia mengangkatnya. 

"Handphone kau asyik berbunyi je tu. Kenapa tak angkat. Siapa call tu?" Tanya jimin.

"Oh Taehyung. Nanti la aku angkat."

"Kau bergaduh dengan dia ke?" Tanya Seokjin pula.

"Er.. kau dah siap belum ni. Cepat la aku tak sabar ni." Jungkook mengubah topik.

"Kejap. Aku tengah betulkan rambut aku ni." Balas Seokjin.

TAEHYUNG mula naik angin apabila Jungkook tidak mengangkat panggilannya. Dia menumbuk cermin di hadapannya.

"Kau ni kenapa?" Tanya yoongi.

"Jungkook tak pickup call aku." Bentak Taehyung.

"Biar je lah dia nak pergi ke kelab tu. Lagipun aku pun tak pedulikan dia. Aku pun sibuk dengan Seulgi." Yoongi memerli Taehyung.

"Kau tak tahu apa-apa lebih baik kau diam." Taehyung naik angin apabila di perli sebegitu.

"Aku pula kena marah." Gumam yoongi. Dia tidak faham dengan sikap adiknya. Sekejap tidak pedulikan Jungkook. Sekejap ambil tahu pasal Jungkook.






MALAM itu Jungkook menari dengan lincah sekali. Sesekali tu dia meneguk air arak di hadapannya. Ini pertama kali Jungkook meminum air mabuk, sepanjang hidupnya. 

"Marilah kita balik kookie. Kau dah mabuk sangat ni." Seokjin dan jimin memimpin Jungkook.

"Aku tak nak balikk...bagilah..aku..menari..lagi." Jungkook sudah mabuk, dia tidak berdaya berdiri dengan betul.

"Dah-dah cukup. Jom aku hantar kau balik. Dekat mana rumah kau ni." Seokjin bertanya lagi. Dia belum pernah lagi pergi ke rumah Jungkook.

"Lavenders Vill." Jawab Jungkook pendek.

Kereta Seokjin meluncur laju ke Lavenders Vill. Sesampai sahaja di rumah agam milik Taehyung, Seokjin dan jimin terkejut melihatnya. Rumah tersebut jauh ke dalam, seperti berada di hujung hutan.

"Besarnya rumah saudara jungkook ni kan?" Jimin memimpin Jungkook.

"Ha..ah la besar betul rumahnya. Tapi ke dalam sangat." Seokjin bersuara.

"Eh..eh kita dah sampai ke. Alaa..aku tak nak balik." Jungkook mengomel dalam keadaan mabuk.

Seokjin menekan loceng dinding. Pintu rumah di buka. Kelihatan tiga orang lelaki di muka pintu. Jimin dan Seokjin tergamam.

"Eh kita salah rumah ke ni." Jimin kelihatan pelik. Dia dan Seokjin belum pernah lagi melihat tiga lelaki tersebut.

"Maaf kami salah rumah ni." Seokjin jimin berpusing ingin menuju ke kereta.

"Jungkook." Panggil hoseok.

Seokjin dan jimin berpusing balik. "Kamu bertiga kenal Jungkook?" Tanya Seokjin.

"Ye dia tinggal dengan kami." Jawab Namjoon.

"Serius jungkook tinggal dengan semua lelaki ni." Jimin berbisik ke telinga Seokjin.

"Tu la betul ke ni. Tapi Taehyung mana pula?" Bisik Seokjin ke telinga jimin pula.

Tiba-tiba muncul Taehyung di muka pintu. "Jungkook!" Jerit Taehyung.

Taehyung mengambil Jungkook dari tangan Seokjin dan jimin. Seokjin dan jimin terpinga-pinga apabila Jungkook di ambil dari tangan mereka berdua. Taehyung membawa masuk Jungkook ke dalam. Tinggallah mereka berlima di luar.

"Err..kamu semua ni memang saudara jungkook ke?" Tanya Seokjin. Dia melihat ketiga lelaki di hadapannya. Tinggi, kacak, tetapi kulit mereka putih seperti mayat. Sama kulit dengan Taehyung.

"Ye kami saudara dia." Jawab Namjoon.

"Handsome-handsome kan saudara Jungkook ni. Kenapa dia tak kenalkan dengan kita." Jimin berbisik ke telinga Seokjin. Seokjin mencubit tangan jimin.

"Ouch sakitla." Jimin menggosok-gosok tangannya apabila di cubit rakannya.

"Takpa lah kami pergi dulu." Seokjin dan jimin meninggalkan rumah agam tersebut, kereta meluncur pergi.

In Love With VampireWhere stories live. Discover now