15

263 12 0
                                    

TAEHYUNG memimpin Jungkook masuk ke bilik. Sampai sahaja di bilik, Taehyung membaringkan Jungkook di atas katil. Jungkook yang dalam keadaan mabuk terus menarik tangan Taehyung, dan Taehyung terjatuh di atas badannya.

"Taehyung,Kenapa kau buat aku macam ni." Tangannya merangkul leher Taehyung.

Taehyung merenung wajah gadis di hadapannya. Dia rindukan Jungkook. Ingin sahaja dia mengucup bibir gadis itu dan memeluknya. Tetapi dia tidak mampu untuk melakukan hal sebegitu.

Jungkook menarik badan Taehyung, lalu memeluk erat lelaki itu. Dia terlalu rindu pada Taehyung. "Jangan tinggalkan aku Taehyung. Aku cintakan kau Taehyung. Please jangan tinggalkan aku." Jungkook mula merayu.

"Jungkook.. Awak mabuk ni. Tidurlah." Taehyung cuba untuk bangun. Tetapi di tarik Jungkook semula.

"Kenapa Taehyung. Apa yang bagus sangat perempuan tu. Sampai aku kau dah tak pandang dah. Please jangan tinggal aku." Jungkook merayu lagi.

"Jungkook. Sudah lah. Jangan macam ni. Tidur lah." Taehyung melepaskan pelukan dari Jungkook dan mula bangun dari katil. Dia berasa kasihan pada gadis itu.

Jungkook bangun dari katil dan tiba-tiba mula membuka pakaiannya satu persatu. Taehyung menelan air liur, apabila melihat Jungkook yang langsung tidak berpakaian. "Kau nak ini kan. Aku dah sedia Taehyung." Jungkook menghampiri Taehyung dan menolaknya ke dinding.

Jungkook mula mengucup bibir Taehyung. Taehyung mula khayal dengan kucupan yang diberikan Jungkook padanya. Sehinggalah Jungkook membuka butang baju Taehyung satu persatu. Taehyung mula tersedar apabila terasa dirinya tidak memakai baju.

"Jungkook sudah. Awak mabuk sekarang ni." Taehyung menolak jungkook.

Jungkook tersentak. Air mata tiba-tiba mengalir dari tubir mata jungkook. Jungkook mula malu. 

"Jungkook maafkan saya." Taehyung menghampiri Jungkook. Jungkook mengundurkan dirinya. 

"Jangan dekat!" Tengking Jungkook.

"Jungkook." Taehyung ingin memeluk Jungkook untuk memujuk.

"Dah keluar sekarang!" Jerit Jungkook.

"Jungkook jangan macam ni." 

"Aku kata keluar!" Jungkook menangis dan menghempaskan badannya ke katil.

Taehyung akur. "Mianhe." Taehyung mencapai bajunya yang di buka Jungkook tadi, lalu berjalan lemah ke pintu untuk keluar dari bilik Jungkook. Jungkook menangis semahu-mahunya. Dia terasa dirinya seperti sampah.








PAGI itu Jungkook terjaga dari tidur. Dia mula teringat kejadian malam tadi di mana, Taehyung telah menolak ajakkannya. Dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu. 

Dia bangun dari katilnya dan cepat-cepat dia membersihkan diri dan menukar pakaian yang lebih casual. Dia menelefon Seokjin supaya rakannya itu boleh mengambilnya di rumah. Bajunya sudah siap di masukkan ke dalam beg. Dia akan tinggal dalam beberapa hari di rumah sewa rakannya itu.

Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Dia melihat tiada sesiapa di situ. Rakannya Seokjin sudah pun menunggu di luar.

"Eh apa mimpi kau nak tidur di rumah kami ni?" Tanya Seokjin yang tekun memandu.

"Exam kan nak dekat. Aku rasa lebih elok aku duduk dengan kau dalam beberapa hari ni. Nanti dah habis exam aku balik la." Terang Jungkook.

"Oh yeke. Kau dah beritahu ke pada saudara kau tu, yang kau nak tinggal dengan kami buat sementara waktu ni?" Tanya Seokjin lagi.

"Sudah. Aku dah beritahu tadi." Jungkook menipu.

"Yeah..Akhirnya Jungkook akan duduk bersama kita." Jimin gembira. Seokjin ketawa melihat jimin.









TAEHYUNG mengetuk pintu bilik Jungkook. Tetapi senyap. Dia memulas tombol pintu bilik itu. Dia melihat katil Jungkook kosong. Pelik melihat Jungkook yang tiada di situ. Taehyung berlari mencari Jungkook di bawah, di bilik air, dan kesemua tempat. Tetap tiada.

"Hyung, ada kau nampak jungkook?" Tanya Taehyung.

"Entah." Balas Namjoon Pendek.

"Mana dia pergi ni." Gumam Taehyung. Taehyung teringat kejadian malam tadi. Mungkin gara-gara itu Jungkook melarikan diri.

"Kau kenapa?" Tegur hoseok yang melihat Taehyung termenung.

"Ada hyung nampak Jungkook?" Tanya Taehyung.

"Oh ada. Tadi kawan dia datang ambil dia. Macam biasalah mestilah dia pergi ke kelas. Kenapa kau tanya?" Hoseok ternampak Jungkook yang keluar tadi, di ambil oleh rakan-rakannya.

"Tak da apa-apa." Taehyung berlalu pergi. 

Hoseok mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap adiknya itu. Ini kerana setiap pagi Jungkook akan keluar pergi ke kelas. Baginya itu adalah perkara biasa yang akan di lakukan oleh Jungkook.

In Love With VampireWhere stories live. Discover now