7

324 12 0
                                    

7

JUNGKOOK berlari dengan sepenuh hatinya. Dia tidak tahu kenapa jantungnya berdegup dengan kencang. Dia merasakan yang keempat beradik vampire akan mencarinya. Jungkook berlari sekuat hatinya, dia perlu mencari jalan besar. Supaya dia boleh menahan kereta di tepi jalan nanti.

"Saya dah jumpa jalan besar." Jerit Jungkook. Lagi beberapa langkah sahaja, dia akan sampai ke tepi jalan raya. Dari jauh dia ternampak, ada cahaya lampu kereta. Dia perlu segera, supaya dia boleh menahan kereta tersebut.

Belum sempat dia ingin sampai ke tepi jalan raya, badannya di terkam oleh seseorang dari belakang dan di tolak ke atas tanah. Mulut Jungkook ditutup. Jungkook melihat kereta yang ingin di tahannya sudah pun berlalu pergi.

Jungkook memandang ke arah orang yang menolaknya tadi. "Taehyung!" Jerit hati kecil Jungkook. Taehyung berada diatas badan Jungkook. Jungkook tidak dapat bergerak. Mereka berdua bertentang mata.

"Kenapa kau degil. Aku dah cakap jangan lari. Kenapa kau lari juga." Marah Taehyung.

"Please bagi saya balik. Saya nak balik. Saya nak tengok rumah Eomma saya. Izinkan saya balik." Rayu Jungkook.

"Rumah itu dah jual. Kau tak faham lagi ke? Kenapa balik  sana lagi? Aku dah selamatkan kau!" Marah Taehyung lagi. Taehyung terlalu marah ketika itu. Entah bagaimana,Taehyung melihat ke arah leher Jungkook yang putih, dan nadi lehernya berdenyut laju. Taehyung merasakan sesuatu yang tidak pernah dia rasakan. Jungkook pula hanya diam menangis.

Taehyung merapati Jungkook, dan mula mencium leher Jungkook. Jungkook terdiam bagai dipukau. Tidak tahu kenapa, Taehyung merasakan yang dia perlu merasa darah gadis tersebut. Taehyung mula mengeluarkan taring. Dia jadi tidak sedar. Belum sempat Taehyung menggigit leher Jungkook, pantas Namjoon dan yoongi menghalang tindakan hyung nya. 

"Taehyung apa yang kau cuba buat ni!" Tengking Namjoon.

Jungkook sudah berada dalam pangkuan yoongi, dan pengsan tidak sedarkan diri.

Taehyung terkejut. Dia melihat gadis itu sudah tidak sedarkan diri. "Apa aku dah buat?" Taehyung terdiam.

Hoseok pula baru sampai. "Apa dah jadi ni?" Tanya hoseok.

"Taehyung cuba  menghisap darah Jungkook." Terang yoongi.

"Lah..biarlah kalau dia nak hisap pun." Balas hoseok.

"Stop it hoseok." Marah Taehyung. Taehyung terus lari meninggalkan tempat itu.

"Kenapa pula tu?" Tanya hoseok.

Namjoon dan yoongi membawa pulang jungkook. Tidak mahu dia melayan adik bongsunya itu. Hoseok pula mengikuti selepas itu.










"APA aku dah buat. Apa aku dah buat." Ulang Taehyung.
"Aku tiada niat pun nak buat dia macam tu." Taehyung merenung ke arah laut dihadapannya.

"Kau sukakan dia bukan?" Tegur Seulgi yang muncul tiba-tiba.

"Apa kau buat dekat sini?" Balas Taehyung.

"Sayang, dia kan manusia. Kenapa kau nak kan dia. Aku ni macam mana?" Bentak Seulgi. Seulgi juga merupakan salah seorang vampire juga.

"Berapa kali aku cakap, aku tiada perasaan terhadap kau. Kenapa kau tak faham-faham lagi." Taehyung mendengus.

"Aku tahu kau selalu pergi tengok dia di rumah tiap-tiap malam. Sampailah dia di culik. Kau juga yang selamatkannya." Terang Seulgi.

"Kau mengintip aku?" 

"Aku tak tahu apa yang istimewanya perempuan tu. Sampai kau sukakan dia. Sedangkan dia manusia. Kalau kau berkahwin dengannya sekali pun, dia akan tua dan akan mati. Tapi kau, masih tetap seperti ini." Terang Seulgi lagi.

TAEHYUNG POV

Taehyung teringat peristiwa tiga bulan yang lepas, malam itu dia terasa ingin pergi ke bandar. Pertama kali, dia melihat Jungkook ketika itu keluar pergi membeli arak untuk ayah tirinya. Apabila dia melihat wajah Jungkook, dia terkejut. Ini kerana wajah Jungkook hampir sama dengan wajah kekasihnya pada abad yang lalu. 

Dengan itu setiap malam, Taehyung akan pergi ke rumah Jungkook. Melihat Jungkook tidur dan menemani Jungkook. Apabila matahari menjelma, Taehyung akan beredar. Taehyung berasa kasihan terhadap Jungkook, yang selalu dipukul oleh ayah tirinya. Sehinggalah Jungkook diculik.

TAEHYUNG POV END

"Dah aku nak pergi dulu."Jawab Taehyung sambil meninggalkan Seulgi sendirian.

"Apa yang istimewanya perempuan tu." Bisik Seulgi.




In Love With VampireWhere stories live. Discover now