16

278 13 1
                                    

SUDAH pukul 9 malam, Jungkook belum lagi pulang. Dia cuba untuk menghubungi Jungkook tetapi tidak berjawab. Taehyung mula kerisauan.

"Mana pula dia pergi ni." Gumam Taehyung. Dia menunggu lagi sehinggalah pukul 10 malam Tapi masih juga tidak pulang. Dia mencapai jaketnya untuk mencari Jungkook.

 Dia mencapai jaketnya untuk mencari Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Namjoon.

"Aku nak cari jungkook." Balas Taehyung.

"Eh dia tak balik lagi ke?"

Taehyung menggelengkan kepalanya. "Aku keluar dulu." Taehyung berlalu ke pintu untuk keluar.






SAMPAI sahaja di bandar Taehyung cuba mencari rumah kawannya Jungkook. Tiba-tiba namanya di panggil. 

"Taehyung kau nak pergi mana?" Tanya Seulgi.

"Kau buat apa dekat sini. Kau ekori aku?" Marah Taehyung.

"Kau nak cari perempuan tu?" Tanya Seulgi lagi.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku dah cakap beberapa kali kan, tapi kau masih juga inginkan perempuan tu. Kau tak ingat kata-kata aku yang lepas. Kalau kau masih ingin bersama dengan dia, aku tak kan teragak-agak untuk bunuh dia." Seulgi tersenyum sinis.

Taehyung tiba-tiba menerkam Seulgi. Seulgi tersungkur. "Kalau kau ganggu dia. Aku juga tak kan teragak-agak untuk bunuh kau."

Seulgi tersentak. Dia tidak sangka yang Taehyung akan membunuhnya jika dia menganggu Jungkook.

"Kau sanggup bunuh aku di sebabkan perempuan tu?"

"Ya aku sanggup bunuh kau, kalau kau ganggu dia! Aku dah tak nak ikut kata-kata kau lagi. Aku dah tak peduli!" Jerit Taehyung.

"Taehyung!" Jerit Seulgi.

"Sekarang kau berambus dari hidup aku!" Tengking Taehyung.

Seulgi bangun dan meninggalkan tempat itu. Taehyung ingin mencari Jungkook. Dia harus menceritakan semuanya pada gadis itu. Tak tertanggung lagi perasaannya ketika itu.




PINTU rumah Seokjin di ketuk. Seokjin bangun dari katil dan menuju ke pintu. Kelihatan Taehyung di luar.

"Jungkook di sini?" Tanya Taehyung.

"Eh encik Taehyung. Ha..ah Jungkook ada. Tapi dia dah tidur." Jawab Seokjin.

"Boleh saya jumpa dia sekejap?

"Boleh masuk lah. Bilik dia yang hujung tu." Seokjin menunjukkan bilik Jungkook. Taehyung masuk dan menutup pintu. Seokjin berlalu ke biliknya semula.

Taehyung merenung Jungkook yang sedang tidur. Perlahan-lahan dia baring di sebelah Jungkook. Dia mengusap lembut pipi Jungkook. Jungkook menggerakkan badannya. Perlahan-lahan mata Jungkook terbuka. Alangkah terkejutnya Jungkook melihat Taehyung yang sudah pun berbaring di sebelahnya.

"Awak buat apa dekat sini." Jungkook bangun dari pembaringan.

"Saya rindu awak." Ucap Taehyung.

"Apa maksud awak? Saya tak faham."

Taehyung memeluk erat Jungkook. Dia rindukan pelukan dari gadis itu. Jungkook berasa pelik. Dia tidak faham Taehyung yang tiba-tiba sahaja berubah laku. 

"Awak ni kenapa?" Jungkook menolak Taehyung dari memeluknya.

"Saya tahu saya ni dah abaikan awak,tak peduli awak langsung. Tapi saya buat semua tu adalah bersebab." Terang Taehyung.

Jungkook terdiam. "Apa yang menyebabkan awak berubah sikap. Cuba awak terangkan pada saya. Sebab saya tak faham dengan perangai awak ni."

"Sebenarnya seulgi akan membunuh awak, jika saya bersama dengan awak. Nak tak nak saya terpaksa ikut kata-kata dia. Ye saya tahu saya tak patut abaikan awak. Tapi saya terpaksa." Terang Taehyung.

Jungkook tergamam mendengarnya. Dia tidak menyangkakan yang Seulgi akan membunuhnya jika Taehyung bersama dengannya. "Jadi sekarang ni?"

"Saya tak nak dengar kata-kata dia lagi. Saya akan bunuh dia kalau dia menggangu awak." Taehyung memeluk erat Jungkook. Pada mulanya Jungkook diam membatu. Akhirnya Jungkook membalas pelukan Taehyung. Rindunya dia pada lelaki itu.

Taehyung mula mencium bibir Jungkook dan Jungkook membalas ciuman Taehyung. Baru sahaja Jungkook ingin membuka baju Taehyung, tiba-tiba Taehyung berbisik di telinga Jungkook. "Mereka berdua ada dekat luar."

Pintu di ketuk dari luar. Kelam kabut Jungkook bangun untuk membuka pintu biliknya.

Pintu di buka. Kelihatan Seokjin dan jimin di luar. "Korang berdua buat apa?" Tanya jimin.

"Err..." Tergagap-gagap suara Jungkook.

"Saya nak balik dah." Taehyung menyampuk.

"Awak nak balik dah?" Raut wajah Jungkook sepertinya tidak mahu melepaskan Taehyung pergi. Taehyung mengganguk.

"Awak tak nak balik Jungkook?" Tanya Taehyung pula.

"Buat sementara ni Jungkook tinggal dengan kami. Sebab sekarang tengah exam. Nanti dah habis exam baru dia balik." Jimin menjawab bagi pihak Jungkook.

"Oh. Ok la. Saya balik dulu." Taehyung merapati Jungkook lalu mengucup bibir Jungkook dan berlalu pergi.

"Kau bercinta dengan dia?" Tanya Seokjin selepas Taehyung meninggalkan rumah itu.

"Aku tak tahu. Tapi aku memang cintakan dia." Balas Jungkook tersenyum manis.



" Balas Jungkook tersenyum manis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
In Love With VampireWhere stories live. Discover now