4

390 14 2
                                    

KEDENGARAN suara bercakap-cakap di hadapan Jungkook. Mata Jungkook bergerak-gerak. Dia cuba untuk membuka matanya. Setelah berhempas pulas akhirnya matanya terbuka sedikit demi sedikit. Di hadapannya kelihatan empat lelaki yang memandang ke arahnya. Jungkook mengamati wajah keempat-empatnya. "Ini mereka yang semalam." Bisik Jungkook. Tetapi di dengari keempat-empatnya walaupun Jungkook bercakap di dalam hati.

Masing-masing memiliki wajah yang tampan, hidung yang mancung, tetapi berkulit putih pucat dan memiliki bola mata berwarna putih sinar. Pelik bagi Jungkook bila seseorang itu memiliki bola mata yang berwarna putih.

"Adakah mereka ini vampire?" Bisik Jungkook lagi. Dia teringat kejadian malam tadi. Yang kelima-lima penculik sudah pun mati, di tangan mereka. Yang paling tidak di lupakan, kepala lelaki gempal terputus dari badan. Jungkook mula ketakutan. Jungkook melihat tubuh badannya yang sudah bertukar pakaian lain. Kelihatan seperti kemeja lelaki berwarna putih yang labuhnya separas pehanya, dan tanpa memakai seluar ataupun skirt. Wajah Jungkook merona merah. "Baju siapa aku pakai ni?" Fikir Jungkook. 

Namjoon yang sudah tahu apa di fikiran Jungkook mula bersuara. "Taehyung yang tukarkan baju awak. Baju yang awak pakai tu baju dia."

Jungkook terkejut, yang salah seorang boleh tahu apa yang dia fikir ketika itu.

"Mari kita keluar dari bilik ini. Biarkan dia rehat." Arah Taehyung. Masing-masing bangun meninggalkan Jungkook sendirian. Pintu di tutup. Jungkook bingkas bangun. Dia melihat keliling biliknya. Kelihatan lama seperti bilik era Victoria. Terdapat gambar lelaki dan wanita. Gambar tersebut menggambarkan seorang lelaki yang sedang menggedong seorang wanita, sambil mulutnya menghisap darah wanita itu.

Jungkook penasaran. "Aku kena keluar juga dari sini. Aku tidak boleh tinggal disini. Aku akan jadi mangsa seperti dalam gambar tersebut." Bisik Jungkook.

Jungkook menuju ke pintu perlahan-lahan, tombol di pulas, kakinya laju melangkah, terdapat banyak pintu di situ. Akhirnya dia ternampak tangga. Dia berlari menuju ke tangga dan mula menuruninya. Baru sahaja menuruni beberapa tangga tiba-tiba Taehyung sudah pun berada di hadapannya. Jungkook cuba untuk melarikan diri, tetapi Taehyung pantas menarik Jungkook dan menolak Jungkook ke dinding.

Jungkook tidak dapat bergerak. Ini kerana Taehyung sudah merapatinya. Wajah Taehyung terlalu rapat pada wajah Jungkook. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Mata Taehyung terlalu bersinar. Jungkook teruja melihatnya. "Kau nak pergi mana?"Tanya Taehyung. Hela nafas Taehyung terlalu rapat pada wajah Jungkook. 

"Encik tolong lepaskan saya." Jungkook merayu.

"Tapi aku dah selamatkan kau. Kenapa kau nak lari?." Tanya Taehyung lagi.

Air mata Jungkook mula mengalir. Dia ingatkan, apabila sudah selamat, dia sudah terlepas dari lima lelaki semalam. Sekarang dia perlu menghadap empat vampire pula. Ini gila.

Taehyung mengundurkan diri sendikit. Jungkook yang perasan keadaan itu mula mengaturkan langkah untuk melarikan diri, belum sempat dia membuka pintu utama, kelihatan tiga beradik vampire, sudah berada di depan pintu utama. Jungkook terkejut.

"Mana kau nak pergi." Tanya hoseok.

"Tolonglah lepaskan saya." Rayu Jungkook.

Tiba-tiba hoseok mengeluarkan taringnya. Jungkook yang melihatnya sungguh terkejut. Kepalanya tiba-tiba terasa seperti berpusing. Akhirnya Jungkook jatuh rebah di depan mereka bertiga.

Jgn lupa vote n komen

In Love With VampireWhere stories live. Discover now