13

250 14 0
                                    

JUNGKOOK banyak menghabiskan masa di dalam bilik sahaja. Tidak mahu makan ataupun minum. Sejak kes dua hari yang lepas Jungkook langsung tidak mahu mempedulikan Taehyung.

Pintu Jungkook di ketuk dari luar, kelihatan hoseok yang sudah pun berada di depan pintu. Di tangannya membawa dulang yang berisi nasi dan ayam panggang. Dia meletakkan dulang tersebut di atas katil. 

"Jungkook mari makan. Kau dah dua hari tak makan." Ajak hoseok.

Jungkook hanya menggelengkan kepalanya. 

"Marilah makan. Nanti kau sakit kalau tak makan." Hoseok cuba untuk memujuk. Dia mengambil pinggan yang berisi nasi lalu mencedok nasi tersebut untuk di suapkan ke mulut Jungkook. Jungkook mengelak dan memandang ke arah luar tingkap.

"Kau kenapa ni?" Tanya hoseok lagi. Dia melihat mata Jungkook sembam kelihatannya gadis tersebut banyak menangis.

"Saya nak bersendiri." Balas jungkook pendek.

"Tapi kau kena makan Jungkook. Kalau tak, kau sakit. Nanti Taehyung risau."

Jungkook mula naik angin apabila mendengar nama Taehyung di sebut. Jungkook mengambil pinggan dari tangan hoseok dan membaling ke atas lantai. Lalu pinggan yang di balingnya tadi pecah berderai. Hoseok terkejut dengan tingkah laku Jungkook.

"Kau kenapa ni!" Tengking hoseok.

"Keluar! Saya kata keluar!" Jungkook menjerit-jerit.

Muncul Namjoon dan yoongi. " Kenapa ni?" Tanya Namjoon. Mereka pelik melihat Jungkook yang menjerit-jerit tidak tentu arah.

Yoongi cuba untuk memujuk Jungkook. Jungkook menangis semahu-mahunya. Namjoon mengajak hoseok keluar dari bilik tersebut.

"Kita kena jumpa juga Taehyung. Tanya dia apa masalah dia dengan Jungkook." Hoseok menahan marah.





"AKU tak boleh teruskan lagi." Taehyung meraup wajahnya.

"Sayang..sayang sayang.. Kalau kau tak nak aku lakukan apa-apa pada Jungkook baik kau ikut sahaja cakap aku." Seulgi tersenyum sinis.

"Kau faham tak aku tak suka kau! Aku cintakan jungkook. Kau tak boleh paksa aku. Kenapa kau tak faham-faham huh!" Bentak Taehyung.

"Kau memang betul-betul kacang lupakan kulit kan. Kau tak ingat ke aku pernah selamatkan kau. Ini yang kau balas?" Seulgi duduk di atas batu besar yang menghadap laut. Taehyung hanya menundukkan kepalanya. Ya jika tidak kerana Seulgi, mungkin sekarang ni dia sudah tiada lagi. Dan dia mungkin tidak akan mengenali Jungkook.

"Kenapa kau tak biarkan aku mati je masa tu. Biar terus aku hilang dari dunia ni. Dari aku hidup beratus tahun."

"Jadi sekarang ni kau nak salahkan aku sebab aku selamatkan kau?" Seulgi bangun dan menuju ke arah Taehyung. Tangannya mula memegang pipi Taehyung. Taehyung menepis tangan Seulgi. "Sekarang ni kalau kau tak nak aku lakukan apa-apa pada Jungkook, lebih baik kau ikut cakap aku!" Tengking Seulgi.

Taehyung terdiam. Jika dia membantah mungkin Jungkook akan mati di tangan Seulgi. Taehyung akur dengan kata-kata Seulgi. Seulgi tersenyum puas. Dia mula mengucup bibir Taehyung dengan rakus. Taehyung pula hanya membatukan dirinya tanpa ada perasaan.







"HYUNG nak cakap dengan kau sikit." Hoseok duduk di sebelah Taehyung yang ketika itu sedang duduk menonton tv.

"Dengar tak hyung cakap ni!" Tengking hoseok.

"Hyung nak apa." Balas Taehyung. Tetapi matanya masih memandang ke arah tv.

"Kau kenapa sekarang ni? Kenapa kau abaikan Jungkook. Dia sekarang tak nak makan tak nak minum. Muka dia pun dah cengkung sekarang ni. Kau langsung tak jenguk dia." Geram dia melihat Taehyung yang tidak fokus padanya.

"Aku busy. Aku tak da masa nak jenguk dia." Mendatar sahaja suara Taehyung.

"Kau jangan tipu aku. Aku tak percaya. Ada benda yang kau sorok dari aku." 

Taehyung berdengus kasar. "Jangan nak sibuk hal aku." Taehyung mula bangun. Tetapi tangannya di tarik oleh hyungnya.

"Taehyung please. Beritahu je aku. Kenapa macam ni? Aku tahu ada benda yang kau sorokkan." Hoseok mula merayu.

Taehyung tidak tahu haruskah dia menceritakan keadaan sebenar. Dia melepaskan keluhan yang berat. "Seulgi akan bunuh Jungkook jika aku rapat dengan Jungkook. Aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa."

"Apa? Kenapa sampai macam tu sekali." Hoseok tidak menyangkakan yang Seulgi bersikap begitu.

"Ya. Dia telah mengugut aku kalau aku rapat dengan Jungkook. Dia juga memaksa aku untuk perkenalkan seulgi pada Jungkook sebagai kekasih aku. Aku terpaksa. Aku tak nak Jungkook di apa-apakan." Terang Taehyung.

"Ini dah melampau! Kenapa kita tak bunuh je seulgi." Bentak hoseok.

"Tak boleh. Aku tak boleh bunuh dia, sebab dia pernah selamatkan aku dulu." 

Hoseok berasa kasihan pada adiknya. Dia tidak menyangka yang Seulgi sanggup mengugut adiknya. Jika adiknya tidak mengikut kata-katanya, Jungkook pula akan menjadi mangsa.


In Love With VampireWhere stories live. Discover now