"Berani kau buat macam ni dengan aku?! Berani kau kan?!!" Wanita yang berusia lingkungan 50 tahun itu menampar kuat muka anak gadisnya.Kepalanya terteleng kuat, air mata sudah mengalir deras. Bahunya terhenjut-henjut dan mulutnya ditutup menggunakan telapak tangannya untuk menahan esakan yang semakin meliar.
"Maafkan Aurora mama, maafkan Aurora" Aurora melutut di kaki Puan Nora. Kaki Puan Nora digoncang dengan kuat. Puan Nora menggelengkan kepala berkali-kali menafikan apa yang dikatakan oleh Aurora. Dia sangat terkejut dan tidak percaya selepas dengar bicara Aurora.
"Aurora, mama nak tanya sikit ni" Puan Nora memanggil anaknya yang sedang menyapu didapur itu.
"Ye ma. Mama nak tanya apa?" Aurora datang mendekati Puan Nora lalu duduk disebelahnya.
"Kebelakangan ni..mama selalu nampak Aurora muntah-muntah. And selalu juga nampak yang selera makan Aurora makin bertambah. Mind to tell me?" Puan Nora mengangkat sebelah keningnya.
"Aa..aaa..tak-tak de apa-apa mama...mama jangan risaulah ye" Aurora mengusap tangan mama-nya.
"No. I want you to tell me" kata Puan Nora tegas. Air liur Aurora terasa kesat. Dia sudah tiada idea untuk membohongi mama-nya lagi.
"Sebe-sebenarnya..Au-Aurora mengan-mengandung mama" selepas dia berkata begitu, kepalanya terus ditundukkan. Takut amarah mama-nya meletus.
"What?! What are you talking about? How can you pregnant?!" Puan Nora terus berdiri dan memandang tajam anak gadisnya itu.
"Kau buat apa belakang aku Aurora? Kau menyundal ke dekat belakang?!" Amarahnya sudah sampai di tahap yang tinggi. Tidak percaya apa yang baru didengarinya.
"Jawab Aurora! Jawab! Aku tanya ni!" Puan Nora menunjal kuat kepala Aurora. Aurora terkedu apabila mama-nya yang lemah lembut dan baik itu terus bertukar.
Tiada lagi percakapan yang sopan, tapi hanya ada carutan yang meniti dibibir.
Adik-beradik Aurora yang mendengar Puan Nora menengking seseorang itu, terus berlari laju kebawah.
"Ma! Mama buat apa ni?!" Terkejut Alfie apabila melihat Puan Nora menjunjal kuat kepala Aurora.
"Alfie jangan masuk campur!" Tika ini, Puan Nora seperti dirasuk syaiton.
"Ma..Aurora minta maaf ma..ni bukan kehendak Aurora ma.." esakannya makin menjadi-jadi. Alfie yang melihat dilanda sedih. Alfie mendengar semua perkara. Mana mungkin tidak dengar apabila Puan Nora menjerit seperti kak ponti mengawan.
"Bukan kehendak kau, kau cakap? Hoi, sampai mengandung ni apa cerita?! Kau tak payah nak membongaklah!" Rambut Aurora ditarik kuat.
Kepala Aurora terdongak dengan kasar. Air mata berjujuran keluar. Alfie yang melihat pantas menepis tangan mama-nya dan menarik Aurora kedalam dakapannya.
"Sudahlah tu ma..mama tak kesian ke dengan Aurora? Aurora kan anak mama?" Alfie mengusap perlahan rambut Aurora untuk menenangkannya.
"Mama kata jangan masuk campurkan? Apa yang susah sangat nak faham?!" Puan Nora memandang tajam wajah Alfie.
"Dia adik Al, Al kena protect adik. What do you expect? I let you hurting her? No mama no! She is my sister.Not a stranger!" Alfie menjerit kepada Puan Nora.
Puan Nora terkedu. Tidak pernah anak lelakinya itu meninggikan suara padanya walaupun sekali. Tetapi buat pertama kali, anak lelakinya berani meninggikan suara terhadapnya. Demi membela Aurora.
"Ohh..hahaha..hahaha! Berani Al tinggikan suara pada mama ye. Berani Al kan..sebab nak bela betina sial ni!" Puan Nora menunding jari kearah Aurora yang sedang terkelu lidah itu.
Allahu..mama-nya dulu tidak pernah meninggikan suara mahupun mencarut. Tapi pada hari ini, dia dengar semuanya. Hancur hati Aurora apabila Puan Nora memanggilnya betina sial.
Apa perasaan seorang anak apabila ibu bapanya bercakap buruk tentang dia? Sedih kan? Itulah perasan Aurora, malah sakitnya tidak dapat dirasai lagi.
"Mama, kenapa mama cakap macam tu dengan adik ma? Ya Allah ma, bawalah mengucap sikit! Mama ni dah kenapa? Tak sayangkan adik ke?!" Kali ini amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Kasihan dia melihat adiknya dipanggil begitu dengan ibu sendiri.
Alfie seperti tidak kenal dengan mama-nya yang sekarang. Puan Nora seperti seorang psiko. Sangat sangat sangat psiko. Macam orang mental dan orang gila pun ada.
Aurora tidak dapat menahan sedih, dia berlari keatas dengan pantas. Sampai saja di tingkat atas, abang kedunya Albie memegang erat pergelangan tangannya.
Tetapi Aurora menepis kasar dan berlalu ke biliknya. Dia mengambil beg yang berada diatas almari dan memasukkan kesemua bajunya didalam beg itu. Hanya beberapa helai baju saja yang muat kerana dia menggunakan beg galas.
Kesemua beg tarik berada didalam bilik Puan Nora. Takkanlah dia mahu masuk kedalam bilik Puan Nora semata-mata untuk mengambil beg? Apa pula wanita itu kata nanti.
Sambil dia menzip beg galas itu, dia terfikirkan masa depan anaknya nanti. Aurora mrngusap perlahan perutnya yang memboyot itu. Usia kandungannya sudah masuk sembilan bulan, tapi nampak kecil saja perutnya itu. Maklumlah dia pun berbadan kecil dan suka memakai baju besar.
Ehem2..aku tak pandai bahasa inggeris. Ehh bukanlah tak pandai cuma kurang mahir, jadi maafkanlah sekiranya grammar berterabur ke bersepah ke ehh. Dan silalah tegur. Ampunilah beta. Sekian bubye.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...