6

4.8K 180 2
                                    



"Awak duduk dalam bilik bawah eh? Sebab nanti senang nak gerak" jelas Rafael kepada Aurora. Aurora tercengang melihat rumah itu. Rumah mewah yang berwarna peach lembut itu sangat menarik perhatian.

Tak tahu pula ada juga lelaki yang suka warna lembut-lembut ni. Biasanya kalau yang bujang mesti cat rumah mereka dengan warna yang gelap-gelap.

"Ahhh ah boleh-boleh. Untuk Raf, semua boleh" tersengih-sengih Aurora apabila berkata. Dia menatap wajah Rashad sambil tersenyum. Acad, mama malulah! Apa yang dia nak malu pun tak tahulah. Rafael bukannya boleh tengok muka dia.

Rafael yang berada dibelakang Aurora tersenyum lebar. Ehh lah dia ni, sepatutnya lelaki yang mula dulu bukan perempuan. Buat malu sahaja!

"Amboi, ni untuk awak. Kenapa tiba-tiba untuk saya pula? Saya yang beranak ke?" Tanya Rafael. Dia menggoyangkan kerusi roda itu kedepan kebelakang dengan laju.

"Eh eh janganlah goyangkan! Saya main-main je lah!" Jerit Aurora. Dia menepuk-nepuk tangan Rafael.

Rafael tergelak kuat melihat reaksi Aurora. Selepas itu, dia menolak Aurora ke suatu bilik yang tidak kurang besarnya.

"Awak duduk dalam bilik ni dulu. Jangan risau, ni bukan bilik bibik atau pembantu rumah. Bilik ni normal seperti biasa" Rafael menolak Aurora ketepi katil supaya mudah untuk Aurora bergerak.

Dia membantu Aurora untuk naik keatas katil. Dia menghulur Rashad yang tadi dipegang untuk Aurora naik keatas katil.

"Err saya ada ambil sorang pembantu ni. Dia macam tolong-tolong orang yang tengah berpantang. Kalau saya, saya mana reti buat. Kalau buat anak tu retilah" Rafael menggaru kepalanya sambil tersengih melihat Aurora yang menjeling tajam dirinya.

"Ishh dah lah, awak tolong keluar. Saya nak tukar baju" Kata Aurora jelas. Dia membetulkan kain yang dipakainya takut terkeluar pula mata orang itu. Bukan dia tidak nampak yang Rafael merenung betisnya apabila kainnya tersingkap keatas.

Cis..nasib sayang je ni aku tak buat apa-apa!
Kalau tak, dah lama kena smackdown.

Rafael tersengih apabila kelakuannya ditangkap oleh Aurora. Dia tenung bukan biasa-biasa woo, ni dia tenung macam nak makan orang. Dia menghulurkan kedua belah tangannya kepada Aurora. Aurora menjungkitkan kening pelik.

Rafael menggerakkan bibirnya kearah Rashad yang memandang siling dari tadi. Aurora membulatkan mulutnya lalu tangan bergerak mengambil Rashad dan menyerahkan kepada Rafael. Selepas itu Aurora membuat gaya tangan menghalau untuk ditujukan kepada Rafael.

Rafael menjeling tajam. Orang tahulah nak keluar! Ishh!

Tok tok

"Sir, ada orang nak berjumpa. Boleh saya bawa dia masuk?" Bodyguard yang ditugaskan menjaga rumah Rafael berkata kepada Rafael apabila terdapat seorang wanita yang melambai-lambai kearah cctv dengan tidak tahu malu.

"Hmm suruh dia masuk. Tu saya suruh dia datang tu. Suruh dia tunggu dekat depan dulu, nanti saya datang" Balas Rafael dengan lembut. Haihh lah..kalau bodyguard didepannya perempuan, agaknya cair meleburlah dia tu.

Rafael keluar dari pejabat untuk menuju ke ruang tamu berjumpa dengan wanita yang dijemputnya.

"Holy shit sisturr, cantik siot rumah ni! Besar gila babyyy!" Dari jauh lagi boleh mendengar suara seorang wanita terpekik-terlolong memuji rumahnya itu. Rafael tersenyum sinis. Hehh ni Rafael lah, mesti pilih yang paling terbaik punya!

"Oh my oh my oh my sooo prettyyyyyy! Eee aku curi rumah ni kang, naya je!" Tidak bertapis langsung ayatnya itu. Rafael menjungkitkan kening. Nak curi rumah aku? Alamatnya pecahlah kepala kau perempuan. Lagipun nak curi rumah aku, kau fikir rumah aku besar tahi lalat kau ke?

𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬Where stories live. Discover now