9

3.6K 152 7
                                    




"Assalamualaikum!" Jerit seseorang diluar rumah agam milik Rafael. Aurora yang berada didalam bilik menaikkan sebelah keningnya. Aik, siapa pula tu?

Terdengar pintu hadapan terbuka dengan kasar kerana dentuman yang berlaku amat kuat. Ehh tercabut pula pintu tu kang oii!

"Nova, tolong bawa akak kedepan. Nak tengok siapa datang" pinta Aurora kepada Nova yang sedang elok tidur ditepinya. Bertuah punya budak, orang suruh jaga dia pergi tidur. Mampos kalau Rafael tahu.

Lengan Nova ditepuk sedikit kuat untuk menyedarkan Nova. Ni tidur sampai Alam Barzakh ke gila, susah sangat nak bangun.

"Haa? Bawa kedepan? Ha kejap..uwarghhh" amboi, senonoh betul rupanya. Ni kalau Elijah nampak ni, memang dimakinya sekejap lagi.

Aurora menggelengkan kepala apabila melihat Nova yang sedang mengeliat dihadapannya. Dengan muka sememeh tu. Nova, Nova.

Nova membantu Aurora untuk duduk diatas kerusi roda. Maklumlah, rumah besar. Bilik dia pula boleh dikatakan jauh juga untuk orang seperti dia.

Nova menolak kerusi roda Aurora ke ruang tamu. Bila lihat dari belakang, ternampak tiga susuk badan yang masih berpakaian sekolah. Ermm macam baru balik sekolah. Memanglah baru balik sekolah, dah pakai pakaian sekolah. Tak kan baru balik bergusti pula.

"Ehh Aurora, sejak jumpa Rafael terus duduk sini eh? Ketagih betul dengan Rafael tu!" Aurora memandang geram orang yang jerit kepadanya tadi.

"Awak jangan macam-macam Raider. Saya tumbuk awak kang sia-sia hidup" Aurora menjeling Raider yang tergelak kuat apabila Aurora mengugut untuk menumbuk wajah kacak Raider.

"Takdalah, Rafael ajak awak duduk sini ke?" Raider duduk diatas sofa sambil terkangkang luas. Amboi, nampak betul penat dia tu ya?

"Taklah, saya tak tahu pun ni rumah siapa. Saya main duduk je" Aurora membuat muka menyampahnya.

"Saya yakin awak baru balik dari sekolah, tak belajar ke kat sekolah? Bodoh semacam je saya tengok?" Raider menjeling wajah Aurora.

"Diam ah Aurora. Baru beranak tu buat cara baru beranak. Pergi masuk bilik sana! Eee pukul kang" Raider membebel mengutuk Aurora sambil berjalan kearah biliknya yang berada di tingkat atas.

Aurora memandang Raider yang sudah berlalu sehingga dia sudah tidak kelihatan.

"Err hai, saya Rainey. Adik Rafael, Adik Raiden, Adik Raider dan Adik Rainer" Wow, sampai semua adik-beradik dia sebut ye? Bagus bagus.

"Ohh haii. Nama akak Aurora Avery. Boleh panggil dengan panggilan apa yang korang suka" Jelas Aurora. Dia tersenyum ceria.

"Akak baru lepas bersalin ke?" Tanya Rainey kepada Aurora. Dia duduk disebelah Rainer yang dari tadi berdiam diri.

"Haah. Kenapa?"

"Kenapa akak keluar? Masuk dalam balik kak! Orang baru lepas bersalin tak elok keluar" Wajah Rainey yang tadi tersenyum bertukar terkejut apabila mendengar apa yang Aurora kata.

Rainey mula membebel kepada Aurora sambil menolak kerusi roda yang didudukinya. Dia juga sempat bertanya kepada Nova, dimanakah bilik Aurora berada. Aurora hanya membiarkan Rainey membebel kepadanya. Tahulah dia bahawa masih ada orang yang risau akan dirinya.

Diruang tamu yang sebentar tadi riuh seperti pasar malam mula sunyi kembali apabila hanya Rainer dan Nova sahaja yang tinggal.

Nova memandang Rainer, Rainer memandang kembali. Rainer memandang Nova, Nova memandang kembali. Perlakuan itu berterusan sehingga Rainer memutuskan untuk membuka mulutnya yang dipenuhi emas.

𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬Where stories live. Discover now