"Baju Aurora pun dah pilihkan nak yang mana?" Tanya Rafael kepada Nova yang diangkut bersama Elijah. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja Rafael mengheret Nova. Nova pun apalagi, dia pun heretlah Elijah. Elijah dengan tidak rela hanya mengikut."Haa dah Sir. Baju dorang yang lain pun saya dah letak dekat cashier. Jomlah kita pergi dekat cashier" Rafael hanya mengangguk dan pergi ke tempat pembayaran.
"Okey..yang ni baju Puan Aurora, Sir.Rafael, Sir.Raiden, Sir.Sebastian, Sir.Ian, Sir.Dylan, Sir.Benjamin, Tuan Raider, Tuan Rainer dengan Cik Rainey. Enough?" Satu-satu Nova mengasingkan baju mereka semua. Takut keliru pula nanti.
Rafael dalam diam terkejut dan kagum dengan Nova. Dalam masa beberapa hari sahaja Nova boleh menghafal kesemua nama mereka. Belum kira lagi pembantu rumah dengan bodyguard yang Nova sudah buat kawan.
"Good. Elijah, please call the other bodyguards and ask them to pick up all these things" Elijah mengangguk. Dia bergerak memanggil bodyguards yang tidak jauh dari mereka.
"Let's go Nova" Mereka berdua berlalu keluar dari butik dan pergi ke kafe yang dari jauh boleh dengar bising dia.
Bisingnya disebabkan oleh beberapa lelaki dan seorang perempuan yang tidak mahu kalah bercakap kuat.
Semakin lama mendekati, nampaklah wajah sahabat dan adik beradiknya yang membuat bising.
"Rai, did you watched their Vlive? Oh my god, i wanted to cry! Yeosang is too beautiful for this world!"
"Alaa, Ainer! Jomlah train sesama! Aku bosanlah kalau kau takda. Nanti-nanti jelah kau pergi beli barang assignment!"
"Sebastian, how many times do i have to tell you, that this isn't my fault!"
Sungguh huru-hara. Dalam satu meja yang diduduki oleh tujuh orang, ada tiga topik yang diceritakan dalam satu masa. Tak tahulah nak dengar yang mana satu.
Pelanggan yang lain hanya melihat mereka dari jauh. Sekali lagi.
Rafael dengan cepat pergi kearah mereka untuk menegur suara mereka yang boleh dikatakan semua tempat dengar.
"Woi! Perlahan sikitlah cakap. Satu tempat ni boleh dengar korang bersembang!" Rafael mengetuk meja dengan kuat sambil membebel membuatkan mereka semua terus terdiam. Dia kemudian duduk dengan perasan malu apabila semakin ramai memandang. Tetapi itu tidak memutuskan semangat dia untuk membebel lagi.
"Dengan sepenuh jiwa dan raga eh, korang bersembang? Dengan penuh bangga, dengan penuh semangat! Tu haa..dari hujung sana tu ah aku boleh dengar korang! Nakharam bunyi dia! Kecuali Rai dengan Rainer, aku tahu dorang tak bising. Ni haa, anjing-anjing saya sekalian" Raiden yang berada dihujung meja hanya memandang Rafael yang sedang memarahi mereka dengan hujung mata. Sibuk meng-scroll Twitter. Sila follow ye Twitter Raiden.
Selepas habis saja mereka membeli baju, Raider terus menuju kebiliknya, bersiap untuk pergi ke training. Rainer pula bersiap untuk membeli barang assignment.
Selepas Rainer menyumbat kesemua barang keperluannya kedalam beg, dia terus menuju keluar dari bilik.
Semasa hendak masuk lif rumah mereka, tiba-tiba ada seseorang melanggar bahunya dengan kuat. Badan Rainer tertolak ketepi. Orang itu dengan selamba masuk tanpa meminta maaf kepada Rainer.
"Abang Aider, Abang Aider marah ke?" Rainer bertanya kepada orang yang melanggar bahunya tadi. Raider pula hanya buat tidak tahu.
"Ala..sorry lah Abang Aider, Rainer tak boleh nak tolak. Sebab dah janji dah dengan dorang hari ni. Ainer terlupa yang kita kena training hari ni" Rainer dengan bersungguh-sungguh memujuk Raider yang memandang dirinya nak tak nak.
"Haa, nanti kita keluar sama-sama! Untuk sehari tu, kita keluar berdua je. Nak tak?!" Raider menahan dirinya daripada bersetuju. Tapi malangnya, dia tidak berjaya. Bukan senang nak ajak Rainer keluar. Introvert kan? Asyik duduk saja dalam rumah.
Ting
Mereka berdua keluar serentak dari lif. Dengan Rainer mukanya yang gembira kerana dia tahu Raider akan setuju, dan muka Rainer yang terpaksa mengalah.
"Eeee...kau ni pandaikan? Geram aku lah!" Raider mencubit dan menarik-narik pipi gebu milik Rainer. Rainer menampar perlahan tangan abangnya. Lama sikit baru dia lepaskan. Ternampak kulit Rainer yang putih, menjadi sedikit merah dibahagian pipi.
"Hehehe. Abang Aider tak marah dah kan? Kan? Kan? Okeylah, Ainer gerak dulu. Bye Assalamuaalaikum!" Rainer melambai kearah Raider dan masuk kedalam kereta yang sedang menunggunya didepan pintu.
Raider tersenyum melihat adiknya sebelum menukar reaksi mukanya dari senyum kepada beku. Reaksi biasa mukanya. Dia kemudian menunggu pemandunya untuk menghantar dia ke tempat training.
"Tuan Raider" Pembantu Raider menunduk kearahnya sebelum dia membuka pintu untuk Raider.
Raider menunduk sedikit lalu masuk kedalam kereta.
Setelah beberapa minit, akhirnya Raider sampai juga ke tempat training-nya yang dimana, pada setiap hari sabtu dia akan datang.
Keretanya berhenti didepan pintu masuk. Diatas pintu masuk itu, Terdapat satu lambang yang dikenali diseluruh dunia. 𝑳𝑪𝑵𝑹. Atau pun nama panjangnya, 𝑳𝒂 𝑪𝒐𝒔𝒂 𝑵𝒐𝒔𝒕𝒓𝒂 𝑹𝒆𝒖𝒃𝒆𝒏. Sebut sahaja nama itu, semua orang kenal.
Tidak kira dari dalam, atau luar negara. Semua orang tahu. Sebut saja nama itu, mereka semua terus berhenti. La Cosa Nostra Reuben, satu nama yang gah dan tidak asing lagi. Mereka menjalankan beberapa perniagaan yang sudah luas dipersada dunia.
Semua perniagaan yang mereka jalankan, semuanya suci, baik-baik. Kecuali satu kerja, 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂. Bukanlah kerja itu bermaksud tidak suci, tapi memang tak suci. Agak pening, bukan? Saya pun pening.
Kerja Mafia hanyalah menjual senjata api dan membunuh musuh. Itu sahaja. Kecuali jika ada hal penting, terpaksalah membuat kotor. Senang.
𝑳𝒂 𝑪𝒐𝒔𝒂 𝑵𝒐𝒔𝒕𝒓𝒂 𝑹𝒆𝒖𝒃𝒆𝒏 ditubuhkan oleh Rocco Archie Reuben, iaitu moyang kepada Rafael. Semua yang diusahakan oleh dia, diturunkan kepada anaknya, Rex Atlas Reuben dan diturunkan kepada Raydon Anderson Reuben, dan diturun kepada anaknya yang sekarang menjadi ketua, Rafael Arlo Reuben.
Dan sekarang, Raider berada di Markas LCNR. Berlatih untuk menjadi Mafia yang hebat.
Raider melangkah masuk kedalam Markas, yang lain hanya memandang. Pelik melihat Raider yang keseorangan. Kerana Biasanya Rainer akan datang bersama dengannyan
"Alaa...janganlah pandang-pandang aku"Raider menggumam perlahan. Benci dan malu apabila dipandang orang ramai. Biasanya ada Raider dekat sebelah jadi dia taklah malu sangat. Haih, baru berapa jam dah rindu dekat Raider. Uhuk uhuk.
Untuk mengelakkan daripada dipandang lagi, Raider memutuskan untuk menjeling sesiapa sahaja yang bertentang matanya. Matanya yang berwarna Amber, sangat cantik apabila dipandang. Raider gemar mentajamkan pandangannya. Ia membuatkan orang disekeliling menjadi takut.
Setelah lepas dari pandangan-pandangan mata, dia sampai kebilik peribadinya. Private room, yang hanya dibuat untuk orang-orang teratas sahaja. Termasuk kesemua adik-beradiknya. Tidak kisah jika mereka pernah datang atau tidak pernah.
Raider segera membuka bajunya dan mencampakkan baju itu kedalam bakul, lalu bergerak ke almari. Dia mencapai sehelai singlet hitam dan sehelai seluar sukan berwarna hitam. Kasut Nike Air Max 270 yang berada didalam almari kasut diambil dan dipakai sebelum dia keluar dari bilik.
Hiii hehehe. Sorry lambat update👏🏻hahaha.
FUN FACT: Nama La Cosa Nostra ialah NAMA SEBENAR kumpulan Mafia di Itali. Tapi cerita ni TIDAK didedikasikan untuk kumpulan mafia itu❌Okeyy tu je byeeeee. Kalau ada benda nak tanya, jangan malu2 tanya je😚okey byeeeee.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...