3

9K 307 36
                                    



Tok tok tok

"Waalaikumsalam!" Terdengar suara Raiden menjawab salam. Padahal beri salam pun belum lagi.

"Kau ni bodoh tu boleh simpan sikit tak? Penat lah asyik layan bodoh kau yang semakin bodoh. Penat!" Rafael terus meluru masuk dan menjerit dengan kuat.

"Pergi mampos!" Raiden pula menjerit. Dia menjeling tajam wajah Rafael. Suka hati je panggil orang bodoh. Orang tak bodohlah!

"Anak-anak kau pun nak guna juga kebodohan kau tu. Janganlah guna sampai habis. Kang semua pandai kau sorang je bodoh tak ke bangang tu?" Rafael berjalan kearah Raiden lalu menunjal kuat kepala Raiden.

"SEPERTI YANG SAYA KATA, PERGI MAMPOS!!" Raiden menjerit kuat lalu mendepakan kedua belah tangannya dan berpusing-pusing didalam bilik itu.

Rafael menendang kuat badan Raiden. Dia yang tidak bersedia terlentang diatas lantai. "Sakitlah anjing! Babi betul! Kau pahal sepak aku? Nak mampos ke?!" Raiden bangun dan mengusap wajahnya perlahan. Perit anjirr!

"Mampos?! Ha ni mampos kau sampai!" Rafael berlari kearah Raiden dan melempang pula muka Raiden. Raiden terjatuh lagi sekali diatas lantai. Boleh bawa maut sial lempang dia! Anjirr!

"Rasa apa? Strawberi? Coklat? Vanilla?" Soal Rafael melihat Raiden yang sedang berusaha untuk bangun. Pengajaran untuk si setan.

"Rasa nak lagi" Raiden memandang sinis wajah abangnya. Heh..ni Raiden lah!

"Nak lagi? Ha kejap on the way" Rafael menyinsing lengan bajunya bersiap sedia untuk melempang sekali lagi muka Raiden.

"Ehhh aku main-main je. Hehehe" Raiden menahan tangan abangnya yang hendak melempang itu. Dia membuat muka comel dan tersengih.

"Fikir comel ke?" Soal Rafael. Dia menjeling wajah Raiden.

"Sikit ah" Raiden membuat muka bangga.

"Memang comel pun, rasa nak je rogol kau!" Jerit Rafael. Geram dengan adiknya yang sial itu. Mereka berdua terus berlawan mulut tanpa mengendahkan keadaan disekeliling.

"Ehem!" Terdengar suara deheman dari seseorang mengejutkan mereka. Mereka terus berhenti berperang.

"Eh, ni siapa?" Tanya Raiden pelik. Siapa pula minah ni. Takde angin, takde ribut tiba-tiba je muncul.

Wanita itu hanya tersenyum manis apabila mendengar soalan itu. "Saya orang yang encik tolong tu lah" riang saja dia berkata.

Automatik Rafael terus tersenyum. "Ohh yang nak beranak tu eh?" Tanya Rafael sambil tersenyum.

"Ha ye..saya lah tu!" Dia berkata sambil menjerit. Tak tahulah apa yang happy sangat.

"Ohh, tak payah lah jerit" wanita itu tersenyum malu apabila ditegur.

"Jap-jap..yang mana eh?" Dengan muka blur Raiden bertanya. Ya Allah, siapa perempuan ni?!!

Rafael tersenyum malu memandang wanita itu. Adik siapalah yang bengap semacam ni. Tak mengaku abang aku ngan dia ni.

"Encik ni memang lambat pickup ke? Kan saya nak beranak, encik berdua ni tolong" wanita itu tolong menjelaskan bagi pihak Rafael.

Raiden hanya tersengih dah menggaru tengkuknya. Apabila diberikan masa untuk berfikir, dia mula menganggukkan kepala. "Ok ok dah ingat. Hehe" Raiden tersenyum malu.

Rafael kembali memandang wanita itu dan bertanya pelbagai soalan.

"Sekarang macam mana? Ada sakit-sakit ke?" Rafael bertanya dengan nada yang prihatin.

𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬Where stories live. Discover now