Semasa Ikhwan sedang memesan makanan kesukaan Rainer dan dia, Rainer melihat keadaan sekelilingnya berulang kali. Tetap berwaspada.Sambil melihat sekeliling, dia membuka beg sandangnya lalu menenggelamkan tangan didalam beg yang dipenuhi barang itu. Dia mencapai telefonnya yang dari tadi bergetar.
✨Second bro✨ is calling...
"Hello Ainer"
"Yes? Why are you calling me?"
"Where are you?"
"Haa? Dekat mall ni. Kenapa?"
"Mall? Buat apa?"
"Jalan-jalan dengan kawanlah. You want to come here ke? Datanglah, Ainer dengan kawan je ni. Kitorang dekat Mc Donalds. Ok bye"
Rainer terus menutup panggilan telefon bila Ikhwan datang menghampirinya. Dia mengemas sedikit meja sebelum Ikhwan meletakkan dulang.
"Who?" Ikhwan bertanya apabila tadi dia ternampak Rainer sedang menjawab panggilan telefon.
"My bro" Rainer mengambil makanannya dan membuka balutan kertas yang berwarna putih itu. Dia menyua burger itu kedalam mulut.
"Rainer kau tahu semalam, aku pergi rumah family aku lepastu aku terjumpa mak cik aku weh! Kau tahu mak cik aku yang aku cakap dia kepoh tu? Haa yang tu ah, dia ada semalam"
Ikhwan menepuk lengan Rainer sambil bercerita. Tangannya tidak berhenti-henti mencicah fries kedalam cili sos. Sehingga penyet fries itu.
"Ohh mak cik kau suka tampar-tampar takda sebab tu eh?" Rainer pula menepuk lengan Ikhwan berkali-kali.
"Haa yang tu ha. Oh. My. God! Semalam aku tengah syok makan mee kan, lepastu dia datang-datang dengan takda sebabnya tetiba tampar belakang kepala aku. Tersedak siot aku! Mee yang aku nak telan semalam tu dia keluar balik ikut hidung. Aku ingat semalam aku dah boleh jumpa malaikat maut dah!"
Mereka berdua tergelak kuat. Tangan sibuk menampar-nampar antara satu sama lain dan sibuk mencicah fries dan nugget. Kemudian mereka sambung balik bergosip.
"Eh Ainer?"
Terhenti kunyahan Rainer apabila ada orang menyebut namanya. Dia memusing kebelakang dan ternampak Raider yang sedang memegang dulang.
"Abang Aider? What are you doing here? Sini-sini duduk sini" Rainer mengajak Raider duduk bersebelahan dengannya.
"I just came back from training. Tetiba rasa nak jalan-jalan pula. Have you finished buying your assignments things?" Raider menghirup air coke miliknya.
"Yes, baru je habis. Kitorang lapar tadi astu singgah Mc Donalds jap" Raider memandang kearah Ikhwan yang dari tadi senyap apabila Raider muncul.
Ikhwan yang perasan ada orang memandang mengangkat kepalanya dan tersentak apabila nampak Raider melihatnya.
Ikhwan hanya tersenyum segaris. Aura Rainer dengan abang dia ni lain betul. Cukup berbeza. Macam bidadara dan setan. Itu adalah conclusion Ikhwan sendiri. Ikhwan dalam hatinya cuba untuk tidak melukakan mana-mana pihak. Raider baik Raider baik Raider baik.
"Habis lepas ni terus balik ah"
"Ainer nak tunggu Abang Aiden dulu. Dia kata nak datang tadi. Lepastu tengoklah nak pergi mana-mana ke" Rainer mengemas bekas plastik makanan dan menyatukan dulang dia dan Raider.
"Bang Aiden datang? Asal dia nak datang?" Raider berkerut seribu. Asal si gila tu nak datang pula? Takda kerja ke apa.
Rainer mengangkat bahu menunjukkan dia tidak tahu. Lagipun dia terus menutup panggilan abangnya tadi tanpa bertanya.
"Heyyylo babiesss!" Seseorang tiba-tiba memeluk Raider dan Rainer sejurus itu mencium pipi mereka berdua. Mereka berdua tersentak.
"Euwww Raiden disgusting" Raider berkerut dengan jijik sambil menggosok pipinya dengan kasar.
"Eh, kau kenapa lap ciuman kasih sayang aku tu? Kurang ajar kau ni kan? Buat penat aku kerja tanggung kau berdua, macam ni kau balas?" Raiden menggeleng dengan perlahan kononnya sedih dengan kelakuan Raider.
"Ah over ah engko. Rafael yang tanggung kami" Raider menjeling Raiden lalu menunjal perlahan kepala abangnya.
Rainer tergelak melihat gelagat kedua-dua abangnya. Sengal bethol!
"Kau ni setan betullah perangai tu Raider. Cuba jadi macam Rainer, dia diam je bila kena cium dengan aku. Aku tak fahamlah kenapa aku ada adik macam kau. Kau tak nak ke cuba berubah macam Rainer. Aku malulah dengan kau"
"Kau tu yang setan. Rainer diam sebab dia tak nak layan abang bodoh dia ni. Jap jap jap, kau fikir aku tak malu ke ada abang macam kau? Aku lagi malulah. Aku rasa nak sorok kepala dalam beg Ainer bila kau datang tadi. Engkau punya presence pun dah memalukan"
"Jom Rainer kita tengok wayang sama-sama. Kita tinggalkan abang ketiga kau yang tak guna ni" Raiden menjelir lidah pada Raider dengan nakal.
"Ehh Rainer sini kat aku, kita pergi main bowling tinggalkan abang kedua Ainer ni" Raider mengacah-acah seperti mahu menumbuk Raiden.
Rainer yang melihat kelakuan kedua abangnya memandang Ikhwan yang sedang kusyuk melihat perbahalan mereka. Rainer tersenyum sedikit lalu memukul belakang kepala mereka berdua.
"Hahaha. Dah habis? Now let's go watch some movie" Rainer mengemas meja mereka dan berlalu meletakkan dulang.
"Ermm Rainer, kau dengan abang kau nak tengok wayang ke?" Ikhwan bertanya kepada Rainer yang sedang menyimpan barangnya.
"Haah. Jomlah tengok sekali. Mesti takda orang nak ambilkan kau?" Rainer tersenyum kepada Ikhwan supaya dia terambil bait itu.
"Suka hati ah"
"Takda orang nak ambilkan ke? Jom nanti aku hantar"
"Tapi saya boleh je call orang" perlahan-lahan Ikhwan berkata. Siapa yang tak boleh ambil aku ni? Aku bukannya sedih sangat sampai takda orang sudi nak ambil.
"Okey jom tengok wayang!" Rainer mengheret mereka bertiga ke TGV dengan gembira.
I'm alive but I'm dead👻
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...