Bang bang bangTiga-tiga peluru tepat berada di sasaran. Tidak ada satu pun yang tersasar. Mereka lain yang berada ditepinya berasa kagum, walaupun mereka tahu keputusan dia tetap sama.
"Well done, Alan! As expected" seorang lelaki memuji Raider yang sedang meluru kearah satu meja. Raider membuka bahagian magazine untuk mengira berapa peluru lagi yang ada.
Satu, dua dan tiga. Perfect. As expected from our impressive trainer. Hanya tinggal tiga peluru sahaja. Bilangan yang sempurna. Tidak lebih, dan tidak kurang.
Pistol MP -445 Varyrag dibetulkan semula lalu diletakkan didalam kotak khas yang berwarna coklat sebelum dia pergi ke meja lain untuk mengambil senjata api yang lain.
Terdapat pelbagai pilihan senjata api yang ada. Raider tanpa teragak-agak memilih sniper MK11 MOD 0, untuk dicuba.
Bang bang
Dan sekali lagi dia mensasar dengan tepat. Raider dengan muka bekunya, pergi kearah meja untuk meletakkan kembali sniper tersebut sebelum keluar dari bilik itu untuk pergi ke bilik lain.
Untuk menjadi Mafia, mereka perlu melakukan beberapa ujian untuk melihat sama ada mereka layak atau tidak. Selepas mereka diterima, mereka akan menjalankan latihan untuk meningkatkan kebolehan mereka. Tetapi Raider tidak perlu melakukan ujian kerana semua orang tahu akan kebolehannya dalam berlawan dan menggunakan senjata api. Dia boleh dikatakan trainer yang paling terbaik antara trainer yang lain.
Tetapi tidak kurang juga dengan pasangannya iaitu Rainer. Rainer juga mempunyai kebolehan dalam berlawan dan menggodam. Dia antara orang yang paling susah untuk dijumpai kerana proses penggodaman hanya orang tertentu sahaja yang tahu taktiknya.
Dan LCNR sangat beruntung kerana mempunyai Rainer. Antara dua kebolehan itu, Rainer lebih gemar menggodam sesuatu daripada berlawan. Lain pula dengan Raider, antara berlawan dan menggunakan senjata api, Raider lebih suka menggunakan senjata api. Kerana dia kata lebih senang, tak perlu lari laju.
Walaupun begitu, kebolehan mereka berdua dalam berlawan tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan cara mereka berlawan itu sempurna, excellent! Mereka berlawan seperti Mafia yang sudah berpengalaman walaupun hakikatnya mereka baru berlatih dalam dua tahun. Sebab itulah mereka berdua selalu dipanggil Arlan Duo. Gabungan nama mereka berdua iaitu Alan dan Aron.
Setelah Raider masuk kedalam bilik itu, dia mendengar suara beberapa orang bersorak. Dia juga nampak kelibat dua orang lelaki sedang berlawan. Darah-darah habis merecik. Salah satu daripada mereka tercampak kuat ke lantai. Ditepi mereka ada sekumpulan lelaki sedang melompat-lompat menyokong sahabat mereka.
Raider melihat lalu tersenyum sinis. Macam budak-budak.
Dia hanya melihat perlawanan itu sehingga ada seseorang menyebut namanya.
"Wey ajak Alan wey. Aku dengar orang kata dia pro. Aku nak tengok juga betul ke tidak dia pro" orang disekeliling hanya memandang lelaki itu dengan diam. Berasa takut dan tertanya-tanya apa yang akan terjadi dengan lelaki itu.
"Kenapa korang diam? Korang fikir aku tak boleh kalahkan dia ke?!" Tiba-tiba dia menjerit. Raider hanya memandang tajam lelaki itu sambil tersenyum sinis.
Raider berdiam sekejap sebelum dia sendiri yang pergi kearah lelaki tadi. Dengan hanya pandangan mata Raider yang tajam sahaja mampu membuat mereka takut.
"Kau nak kalahkan aku? Sah-sah kau budak baru dekat sini" dengan penuh sinis Raider berkata. Kerana dia tahu, hanya trainer yang baru masuk sahaja yang tidak mengenali dirinya. Hampir kesemua trainer disitu mengenali dia dan adik beradik dia. Mustahil mereka tidak kenal. Dia kemudian tergelak sedikit mendengar lelaki tadi memarahinya.
"Asal? Kau fikir aku tak boleh kalahkan kau? Memang aku budak baru pun. Apahal? Ada masalah?!" Dia menjerit di depan muka Raider. Raider hanya menahan dirinya dari memukul muka hodoh lelaki tadi.
"Tak nak kalah eh? Bring it on bitch!" Raider bercakap sedikit kuat bagi orang lain mendengar. Mereka yang lain bersorak kuat. Jarang-jarang Raider mahu bercampur dengan orang lain.
Tanpa bercakap apa-apa, lelaki tadi yang dikenali sebagai Newton berlari lalu menumbuk muka Raider. Raider dengan pergerakannya yang pantas, dapat mengelak.
Raider dengan laju menyepak perut Newton lalu kaki Newton yang terangkat diambil dan ditolak kebelakang dengan kuat sebelum Newton jatuh tersembam. Orang ditepi mereka menyorak dengan kuat, menyokong Raider.
Dia kemudian pusing kebelakang lalu meniup kukunya. Ini Raider lah!
Newton yang perasan Raider pusing kebelakang dengan laju bangun dan lari kearah Raider. Tidak sedar yang Raider tahu dimana dia berada.
Newton mengunci lengan Raider dari arah belakang. Raider yang tahu akan taktik itu, dengan tangkas melepaskan dirinya dari dikunci lalu mengangkat Newton kebelakang badannya sebelum badan itu dicampak jauh.
Semakin kuat mereka menyorak Raider. Nama Raider dilaung-laungkan.
Raider pergi kearah Newton yang sedang mengerut sakit. Dia yang ternampak Newton ingin bangun kembali dengan pantas menyepak perut Newton. Kemudian dia menekan leher Newton dengan kakinya. Raider tersenyum sinis lagi.
"Heh, aku tak tahulah mana abang aku kutip kau ni. Orang macam ni yang dorang ambil? How disappointed. I thought they knew better. But...I don't think so. Kalau kau budak baru, buat cara budak baru. Kau tak payah nak tunjuk pailang kau dekat sini. Orang macam kau ni, aku boleh jumpa dekat lorong tahu? Aku boleh je kalau nak bunuh kau sekarang. You're so pathetic! Menyusahkan!" Semakin lama semakin kuat Raider menekan leher Newton. Dia dapat dengar bunyi Newton merungut.
Raider kemudian menunduk kebawah dan menarik kepala Newton dengan kasar lalu berbisik.
"You better behave if you want to stay here longer. I'll not hesitate to kill you. I'll watch you from afar. Mark me, bitch" Raider kemudian menolak kepala Newton dengan kasar sebelum pergi dari situ. Mukanya beku dan matanya tajam. Cukup untuk membuat mereka senyap.
Hiii hehehe. Mesti korang dah tidur kan? Good nightttt🌙✨K byeeeee.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...