Apabila Rafael ternampak Eleanor menjeling-jeling Rainer, Rafael dengan laju menyorokkan Rainer dibelakangnya.Muka Eleanor bertukar masam. Ish Sir ni, baru cinta saya dengan Tuan Rainer nak berputik. Kacau je!
"Sir, ketepilah! Baru nak tengok muka bakal suami saya" Eleanor tersengih-sengih ketika berkata. Mata Rafael membulat. Wajah Rainer bertukar merah mendengar pernyataan Eleanor. Muka Raider pula dibuat-buat geli.
Rafael menjeling apabila mendengar. Euww, siapa perempuan yang suka perasan ni?
"Hahahaha tergelak aku dengar. Eleanor, kau sure ke Rainer setuju nak jadi bakal suami kau. Takut kau je yang kena tinggal nanti" Perkataan bakal suami ditekankan. Rafael tersenyum sinis. Tercyduk tak tu?
"Alaa Sir ni, doa je lah yang baik-baik. Hahahaha kan Rainer sayang?" Raider menutup mulutnya dibuat-buat muntah.
Sebelum Eleanor merapu lagi banyak, baik dia bawa Rainer masuk dalam bilik dulu. Raider menarik tangan Rainer perlahan sebelum berlari laju masuk kedalam lif.
Eleanor terpinga-pinga melihat Rainer yang sudah masuk kedalam lif. Dia juga perasan muka Rainer terkebil-kebil melihat wajah abangnya.
"Hahahaha kena tinggal! Nasib baik Alan dah bawa lari dulu. Kalau tak, kau dah propose dah dia kat sini" Rafael tergelak kuat. Perutnya ditekan-tekan.
Rainey memandang abangnya menyampah. "Abang, benda tu tak lawak mana pun?" Tanya Rainey kepada abangnya.
"Tu pada Rainey, pada abang lawak. Rainey tak tahu apa benda. Eee rasa nak buat kenduri je- ehh jap. Cakap pasal kenduri, abang buat cukur jambul untuk Rashad" Rainey memandang pelik abangnya.
"Bagus tu memang bagus, yang tak bagusnya kenapa cakap dekat Rai? Rai bukan mak dia. Tu haa mak betul dia" Rainey menunjuk kearah Aurora yang menundukkan kepala sambil bermain dengan anaknya.
Aurora yang perasan seakan ada orang memandangnya mengangkat kepala. Melihat Rafael yang sedang memandangnya dan Rainey yang menghalakan jari telunjuknya ke Aurora.
"What?" Tanya Aurora pelik.
"Takda apa. Rai naik dululah. Nak tengok ATEEZ" Mulutnya sempat membebel sebelum bergerak.
"Aku tak faham...kenapa Yeosang handsome sangat? Dan kenapa San comel sangat?! Ehh aku tak fahamlah, explode ovari aku. Oh god" Mulutnya tidak habis-habis membebel. Aurora memandang pelik Rainey yang lalu dihadapannya sebelum Rafael berkata.
"Biarkan budak tu. Tak habis-habis dengan Kpop dia. Haih" Rafael mengeluh perlahan teringatkan adiknya. Eleh dia pun sama duk layan (G)I-DLE.
"Haa ni saya nak cakap. Awak nak tak buat Rashad punya cukur jambul?" Tanya Rafael terus kepada Aurora. Aurora terkejut.
"Nak tu memang lah nak tap-"
"Bagus. Lagi empat hari majlis cukur jambul. So esok saya nak bawa awak pergi beli baju kita apa semua. Tuan rumah kan, kena lah cantik-cantik" Rafael tersenyum.
"Ehh tapi barang-barang apa semua macam mana? Saya duit takdalah banyak mana" Jelas Aurora. Rafael tersenyum.
"Yang tu awak tak payah risau. Biar saya settle-kan. Awak kena tunggu lagi empat hari je lepas tu..boom marhaban yaa marhaban" Rafael menyanyi sambil berpusing. Wow, tak sangka ada choreography.
"Hahaha bodohlah awak ni. Dahlah saya nak masuk bilik" Aurora menampar lengan Rafael.
"Nak itutt" Suara dibuat-buat comel.
"Nak ikut? Haa jom. Bangun-bangun dalam kubur" Aurora menjeling tajam wajah Rafael yang sedang tersengih.
"Takdalah saya main-main je. Tunggu lepas kita kahwin nanti eh? Bukan setakat masuk dalam bilik, saya masuk dalam awak pun boleh" Rafael mengenyit matanya. Aurora pula tiba-tiba sahaja gelabah.
"Hmm..aaa..jumpa nanti waktu makan. Bye" Laju sahaja Aurora bergerak dari situ. Mukanya sudah bertukar merah. Tangan dikipas-kipaskan dimuka.
"Bye...cute" Rafael tersenyum melihat perlakuan Aurora yang sedang berlari perlahan masuk kedalam bilik. Dalam tak sedar, masih ada seorang makhluk tuhan yang masih tidak bergerak. Sakan melihat perlakuan dua orang dihadapannya.
"Amboi Sir, masuk dalam awak pun boleh eh? Ermmm gatei Sir ni. Hahahaha nak terkencing saya dengar hahahaha. Masuk balik, masuk balik! Tak sangka Sir ni agak luc juga ye?" Dengan sakan Eleanor menggelakkan Rafael yang sudah merah mukanya. Aduh, kantoi blue.
"Eleh kau, kau pun sama luc juga. Diam ah" Balas Rafael pula.
"Saya dah lama masuk dalam bidang ni. Sir apa tahu" Muka dibuat-buat bangga. Rafael menjeling sahaja.
"Daripada kau menyakat aku sampai mampus, apa kata kau tolong Amelia kat dapur. Dah pukul berapa dah ni. Dah nak makan malam dah" Dengan segera Rafael menukar topik perbualan sebelum Eleanor sambung menyakatnya.
"Alo-alo, tukar topik pula. Ala, Sir biasalah tu menggatal masa nak tumbuh cinta-cinta tu. Nanti Sir tengoklah, dia menggatal balik. Kalau betul..bagi Rainer dekat saya. Muahahaha" Sekali lagi Rafael menjeling tajam wajah Eleanor.
"Tak habis-habis dengan adik aku tu. Dah pergi dapur sekarang!" Arah Rafael kepada Eleanor.
"Alaa si-"
"Ahh takda-takda. Sekarang!" Kata Rafael dengan kuat.
"Hmm yelah" Eleanor berjalan kedapur dengan tidak rela. Mukanya habis masam.
"Muka kau tu jangan masam sangat. Habis makanan aku pun sama masam!" Laung Rafael kepada Eleanor yang sudah semakin jauh.
"Diam ah Sir. Mekak je" Mata Rafael membesar. Bukannya perlahan dia cakap.
"Apa kau cakap? Mekak?! Haa meh aku nak mekak!" Rafael menyinsing lengan bajunya.
"Saya main-main je. Ishh" Eleanor berlari laju kearah dapur.
"Heyy lah dia ni" Kepalanya digelengkan.
Hiii hehe. Aku dah tukar balik chapter ni. Nampak macam sedih sangat pula🙁 So aku padam semua balik HAHAHAHAHA. Kita dalam hidup ni, taknaklah sedih2 je kan? So aku bagi lah happy2 dulu🤣k byeee.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...