"Give me..Frappuccino Chocolate Cream Chip""Nama?"
"Rafael" Setelah mengambil baki wang, Rafael pergi kearah sekumpulan lelaki yang sedang bersembang sesama sendiri dengan tenang.
"Abang Ian, Rainer rasa Rainer tak bolehlah train esok. Sebab Rainer esok nak keluar kejap, cari barang assignment" Kata Rainer sambil mencapai telefonnya yang dipegang oleh Raider.
"Esok tak boleh? Ermm..kalau macam tu lusalah. Lusa busy tak?" Ian menjungkitkan sebelah keningnya kepada Rainer.
"Lusa rasa-rasanya takda buat apa-apa. Bolehlah kut" Ian mengangguk kepalanya berpuas hati.
"Haa kau Raider, esok kau pergi train tahu? Jangan tak pergi pula. Aku tahu esok kau tak buat apa-apa. Daripada kau terbongkang atas katil baik kau ikut aku"Raider membuat muka. Tangan penumbuknya ditumbuk perlahan keatas meja.
"Ala..aku nak train sekali dengan Ainer. Bosanlah bang sorang-sorang" Mukanya mengharap yang Ian akan setuju.
"Sorang-sorang apa benda? Ramai je yang ada dekat situ" Ramai-ramai tapi tak kenal buat apa? Dia terasa asing disitu walaupun kesemua mereka mengenalinya. Teman boraknya juga hanyalah Rainer yang setia berada di sisinya walaupun Rainer mempunyai beberapa kenalan disitu.
Rainer hanya membalas 'Ya' dengan perlahan sambil matanya memandang Rafael yang bangun untuk mengambil airnya.
"Semua dah dapat air ke? Jomlah pergi jalan-jalan kejap" Benjamin memberi cadangan kepada mereka dan mendapat persetujuan.
Setelah beberapa minit berjalan-jalan didalam mall, akhirnya mereka kembali pulang dengan beberapa barangan yang dibeli untuk diri sendiri atau mungkin juga untuk seseorang.
Mereka semua duduk kepenatan diatas sofa. Rafael sempat memesan kepada pembantunya untuk membuat air kepada kawannya yang sedang berlawan mata dengan siling.
"Harini korang tidur sini ke?" Tanya Rafael sambil memandang Ian yang sedang khusyuk menekan-nekan telefonnya.
"Aku tak, esok pagi nak kena balik rumah mak aku jap. Tapi aku rasa yang lain tidur sini kot" Ian memandang Sebastian yang juga sedang memandang kearahnya.
"Haa aku tidur sini. Dylan dengan Sebastian dah cakap dengan aku tadi yang dorang nak tidur sini" Sebastian menghirup sedikit air yang baru sahaja terhidang.
"Okey. Rainer, Raider pergi naik tidur. Dah pukul berapa dah ni" Mereka bedua mengangguk kepala serentak lalu bergerak dari situ.
"Aku naik dululah" Sebastian mengangguk kepala tanpa memandang Rafael.
Sebaik sahaja Rafael naik ke bilik, Ian terus menghabiskan minumannya dan berlalu keluar meninggalkan Sebastian bersama Benjamin dan Dylan.
"Aku pun naik dululah. Korang bila nak naik?" Sebastian bertanya kepada Dylan dan Benjamin.
"Kitorang nak main game dulu" Sebastian hanya menganggukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu naik keatas.
Kedua mereka iaitu Dylan dan Benjamin, menukar pakaian mereka daripada baju kerja ke baju tidur sebelum mereka bersedia untuk bermain game sepanjang malam. Keropok, air gas dan makanan ringan juga tidak dilupakan.
Kawan-kawan Rafael semuanya sudah lebih dari sekali tidur dirumah Rafael, jadi tidak hairanlah jika mereka buat rumah Rafael seperti rumah sendiri.
"Good morning!" Dengan ceria Dylan menyapa kesemua orang didalam rumah itu. Lain pula dengan Benjamin, mukanya tersangatlah tidak rela untuk bangun pagi. Mukanya masam, mata dijelingkan kepada sesiapa yang lalu bersebelahan dengannya.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...